Thursday, November 23, 2006

sambung sikit lagi...

Salam...

Turun ke tngkat bwh airport nak ke tmpat chacking...alamak!! jmpa CC free lgi laa...bestnya.CC nii hnya ble guna dlm 15mnt jee..pastu kena tutup...ble guna smula. Bukan mcm CC di H.7! xder krusi..pakai brdiri jee...tp seronok sbb ramai yg mcm kta(pntang jmpa PC,lbih2 lg yg prcuma! hee3...

So, di sini ana nak ucapkan jutaan TKasih yg tlh byak mmbntu ana spnjang urusan ana nak balik nii...brsmbung lai laa..coz operator dah umum flight yg nak brlepas...k, to be contenue..jgn ke mana2!..

Manfaatkan barang percuma...heee3

Assalamualaikum

Pada tmn2 yg sntiasa ikuti prkmbangan blog ini ;
sedikit catatan spnjang prmusafiranku ke tanah air...

Ana skarang dok di Airport Cangi, Singapore...smpai sini pkul 7pg dari Dubai...
Cadangnya nak jln2 pekej prcuma sekitar Bndar Singa nii coz flight ke KL pkul 12tgh...kami mmg layak utk dptkan pekej prcuma trsebut....seronok rasanya...

Sbb semua tuu free....tapi bila dah buat bbrapa ijraat..nmpaknya pihak SIA xbagi jg, katanya kami kena btul2 sharp dgn time...takut2 trlewat @ ditinggalkan flight ke KL nnti....

Ermm...rugi rasanya jk trlepas pluang yg sekali-sekala dtg nii...but...bila lalui pntu terakhir utk jaulah trsebut...pihak SIA xbenarkan...takut risiko pd kami sndiri...frust laaa...nak raound2 Singapore!!!

Tapi...ana terasa kmbali cukup gmbira...bila dpt tahu kat mator Sngapore nii ada menyediakan khidmat CC prcuma...pe lagi terus brkejar ke sana utk ana up-datekan blog ana ana nii...bersmbung...

Wednesday, November 22, 2006

gembira dalam sediih...sediih dalam gembira

Assalamualaikum wrh.
Teman2 yg dikasihi sekalian...
Entah kenapa rasa hati begitu ngilu...sediih...sebak...pilu...
ngilu...kerana hati ini tidak akan lagi tercuit dgn segala telatah kalian...
sediih...kerana terpaksa berpisah jauh dgn kalian yg sememangnya sudah sebati dgn diriku ini...
sebak...bila mengenangkan betapa ukhuwwah yg tlh terbina ini akn berada dlm satu tempoh ujian...ya, ujian yg bakal menentukan sejauh mana persaksian bersama ikrar kita selama ini dapat dibuktikan atau tidak...
temanku...ku cukup bimbang bila mengenangkannya...takut bunga ukhuwwah kita yg sedang berbunga mekar ini akan menguncup layu...oh tidak! itulah yg paling ku takut...
pilu...bila memikirkan bilakah kita bisa bersua kembali di suatu hari yg lain...untuk mengulang kembali bibit2 mesra ukhuwwah kita di suatu ketika dulu...oh, adakah kalian semua masih ingat saat bercanda kita suatu hari, suatu detik, di suatu ruang yg telah Allah swt kurniakan kepada kita...demi utk mengajar kepada kita...hakikat sebuah kasih sayang dan pengorbanan!
Rasa juga gembira...kerana bakal bersua dgn bonda tercinta yg telah sekian lama kutinggalkannya...Oh, ku cukup terharu bila memikirkan betapa seorang ibu tua itu yg sudah buat sekian lamanya menanti anak kesayangannya setiap kali Syawal menjelma! Maafkan anakmu ini wahai bondaku...
Tetapi...hati ini masih tidak mampu mengingati kalian semua...sehingga ia berbisik betapa keputusanku utk meninggalkan kalian seolah-olah ku melanggar sumpahku utk sehidup-semati bersama kalian...ahhh...kenapa nii...kenapa niii...
Mataku dah berair...hidungku dah mengalirkan sesuatu...teman...maafkan ku....tolong maafkan! pipiku dah basah...ada sesuatu yg menitis!!!
Sungguh! ku tak sanggup tinggalkan kalian semua! tolonglah...kenapa nii..apa yg sebenarnya berlaku kepada diri ini...
Teman2 dgrlah ini...
Ketahuailah semua bahawa sesungguhnya "ana Uhibbukum Fillah"
Terima kasih krn telah menghadiahkan kepadaku sekuntum bunga yg cantik lagi harum bernama 'ukhuwwah'...akan ku hirup wanginya dan akan ku cium bila ku merindui kalian semua...
Doakan diri yg kerdil lagi naif nii terus thabat memburu syahid Fi sabilillah....
Kenang daku dlm tahajjud kalian...
Ku masih tetap dalam gembira dalam kesedihan...

Friday, November 10, 2006

Ermm...sekadar nak bagitau jer...

ANDAINYA PEREMPUAN TAHU…SEBENARNYA…

1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...

6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan…

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham Kenapa perempuan bersikap begitu begini... kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..
15. Bila lelaki tertengok wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

16. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
17. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...
18. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
19. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir daripada perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100% walau bagaimana sekali pun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga insan biasa dan mempunyai kelemahan!
Al-Hamra' : Bila dah tahu, jadi faham-fahamlah...baikilah kelemahan yg ada bukannya nak ambik kesempatan plak...hmmm

Saturday, October 28, 2006

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Daripada ;
Hj. Abdul Fatah bin Hj. Jaafar
Setiausaha Agung PMRAM 2006,
Seluruh Krew Al-Hamra',
dan Saf Kepimpinan Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM
2006

Tuesday, October 24, 2006

Sebuah Cerpen di 1 Syawal...indahnya bersama Islam?!


SUBHANALLAH…ADAKAH LAGI KALIMAH LAIN YG LAYAK DIUCAPKAN BILA MENATAP BAIT-BAIT AYAT DIBAWAH…??

SUBHANALLAH! ISLAM ITU INDAH…apabila hati telah terikat dengan CINTA ALLAH…

"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."
Bait-bait kata itu aku tatap dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.
Menjadi seorang isteri... .kepada insan yang disayangi... ..idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku. Baru petang tadi. Aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.

KISAHNYA BERMULA BILA…

" satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika. "Waalaikumusalam," jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku. "Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain dekat luar tadi.
Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. `' Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan `abang' dari bibirnya. Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati' nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.
Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini. Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata. "Ain baru saja masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan ? `' ujarku. `' Ha'ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye ? `'Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.
Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, kusalami dan kucium tangannya. Lama. Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya. "Abang... .." aku terdiam seketika.
Terasa segan menyebut kalimah itu dihadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya. "Ya sayang... " Ahhh... .bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku. "Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah.
" Tutur bicaraku ku susun satu persatu. `'Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya." `'Insya Allah abang... .Ain sayangkan abang. `' `'Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.'' Dengan telekung yang masih tersarung. Aku tenggelam dalam pelukan suamiku.
Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis. Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku. Membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar kusambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan. Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami?

Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'. Lalu, kucium tangannya, kupohon ampun dan maaf. Kuhadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik! Ahhh... .dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah.
Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami. `' Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu . `' Aku teringat akan potongan hadis itu.
Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Kuhiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata. Makan minumnya kujaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali. Aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja.

Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki. Namun. Aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga. Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.
' Ya Allah! Aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.' `' Ain baik, cantik. Abang sayang Ain. `' Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah. Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.
Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami. Namun, pada suatu hari. Aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga. "Ain... ..abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain." "Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. `' Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu.
Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu? "Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka. "Tidak Ain. Sebenarnya... ... ," bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya. "Ain... ... abang... ..abang nak minta izin Ain... ... untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak.
Seketika aku kehilangan kata. "A... ..Abang... ..nak kahwin lagi?" aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.
Tanpa bicara, dia mengangguk. `' Dengan siapa abang ? `' Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi... .hatiku... hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini. `' Faizah. Ain kenal dia, kan ? `' Ya. Aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah.
Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah. " A... .Abang... ... Apa salah Ain abang?" nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku. "Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik.
Abang sayang pada Ain." "Tapi... .Faizah. Abang juga sayang pada Faizah... .bermakna... .. sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi." "Ain... ..sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah... .Abang tak mahu wujud fitnah antara kami. Lagipun... .abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu. `' Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku.
Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku? Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.
Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan. Aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya. Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu. Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya! Selama seminggu.
Aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati. Oh Tuhan... ..ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu. Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?
Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian. Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini. Aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak. Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata. Aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi.
Aku benar-benar terluka. Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya. Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi? `Oh Tuhan... berilah aku petunjukMu.' Dalam kegelapan malam. Aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya.
Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku. Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku ? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah ? Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atasku untuk menguji keimananku. Aku rela Ya Allah. Aku rela. Biarlah. Bukan cinta manusia yang kukejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam. Aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku? Dengan hati yang tercalar seguris luka.
Aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini. Aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah. Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah. "Ain?... ... Ain serius?" "Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri.
Abang jangan risau... Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia," ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya. Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku.
Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku. `'Izah... ... akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak cakapkan, `' setelah aku merasakan cukup kuat. Aku memulakan bicara. `'Apa dia, Kak Ain. Cakaplah, `' lembut nada suaranya. "Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?" "Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?" Ada nada kehairanan pada suaranya.
Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk. "Pernah dia cakap dia sukakan Izah?" "Sukakan Izah? Isyyy... .tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni? `' 'Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita... ... .
" Aku terdiam seketika. "Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka? " Dengan amat berat hati. Aku tuturkan kalimah itu. "Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. `'Apa yang Kak Ain cakap ni ? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain, `' kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya. "Tidak Izah. Akak tak bergurau... ... Izah sudi jadi saudara Kak Ain?" ujarku lagi.
Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku. "Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang... ... Ustaz Harris... ..mahu... melamar saya?" Dari nada suaranya. Aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas. Aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku. Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.
"Kak Ain... ..saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka," ujarnya sebak. Matanya kulihat berkaca-kaca. "Izah... Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang Harris.
Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain." "Kak... maafkan Izah." Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam pelukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami.
Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain. "Jadi... Izah setuju?" Soalku apabila tangisan kami telah reda. `'Kak Ain... .ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap.

Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain." "Soal Kak Ain... .Izah jangan risau, hati Kak Ain... Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar.
Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `' "Akak... ..Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu." "Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah." Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah... ..inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku.
Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.' Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang. Namun. Aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama.
Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua. "Ain... ..abang minta maaf sayang," ujar suamiku pada suatu hari, beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah. "Kenapa?" "Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi... .Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang... .malu dengan Ain." "Abang... .syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain.
Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `' `'Ain... .Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini. Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain." "Tapi... abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga.
Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin." "Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya." Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.
Pada hari pertama pernikahan mereka. Aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya. Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi.

Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru. Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini.
Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman bermainku. Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan. `' Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?" ujarnya lembut.

"Ain rindu abang. Rindu sangat. `' Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan. `'Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang ? `' Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku. `'Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain ? `' Aku menduga keikhlasan bicaranya. 'Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang.
Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang. `' Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku. Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku.
Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati. Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku.

Katanya. Aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku.
Giliran kami dihormatinya. Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah.
Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia- siakan kasih sayangku padanya.

Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu. Aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan.
Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta. Soal anak-anak. Aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka.

Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi `ibu' mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh... anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.
Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi... .. ku kikis segala perasaan itu.

Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami. Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku. Aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w

"Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga."
(Riwayat at-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).
Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi.
Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan. Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun. Aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.

Al-Hamra': Subhanallah! itulah mungkin terkeluar drp mulut kita bila membaca cerpen di atas. Tetapi ...sememangnya ia indah bila dibaca tetapi amat payah untuk menterjemahkannya...hanya iman yg mantap bisa merealisasikannya!!

Monday, October 23, 2006

aLamak...ada aRTikeL BesT pLak deKat2 Raya Nii...

MINGGU ini saya paparkan pandangan Encik Zawawi yang saya rasa patut sangat dibaca oleh kaum wanita kerana ia berkaitan luahan hati kaum lelaki tentang poligami. Sebelum ini kita banyak membaca kisah penderitaan wanita yang dipoligamikan saja sedangkan kaum lelaki jarang menceritakan mengapa mereka ingin berpoligami.
Kata Zawawi, kaum wanita cuma bercerita tentang masalah dan perasaan mereka yang kebanyakannya bercakap mengikut perasaan kerana tidak suka dipoligamikan sedangkan mereka tidak tahu apa yang sebenarnya tersirat dalam hati kaum lelaki dan apa yang mereka lakukan adalah mengikut landasan ajaran agama Islam sebenarnya.Untuk mengetahui pandangan beliau selanjutnya, ikuti tulisan beliau di bawah ini.
Katanya, penulis tidak patut berat sebelah tanpa menceritakan apa sebenarnya perasaan dan kehendak kaum lelaki tentang konsep berpoligami mengikut Islam.
“Saya merasakan perlu untuk mencurah perasaan hati kami atau melontarkan pandangan, pendapat mahupun idea yang telah lama terpendam dalam hati kami kerana banyak perkara yang berlaku dalam isu poligami ada hubung kait dengan permasalahan kebanyakan suami, mengapa mereka ingin berpoligami. Bukan hanya mengikut nafsu tetapi ada sebab tertentu.
“Dari apa yang saya perhatikan kebanyakan kaum wanita cuma melahirkan perasaan marah mereka saja bila suami kahwin lagi dan kemarahan ini berlarutan sejak sekian lama, mungkin hingga ke akhir zaman, yang entah bila akan ada penghujungnya.
“Sebenarnya saya adalah peminat tetap ruangan (Di Celah-Celah Kehidupan) DCCK ini, saya jarang ketinggalan menatap rencana tentang rumah tangga ini sejak tahun 1980-an lagi. Kerana berminat jugalah saya menyimpan banyak keratan dalam buku khas saya, semuanya saya kumpul dari zaman saya masih muda lagi hinggalah kini.
“Kerana masalah poligami ini juga amat ketara maka saya telah membuat kajian secara rambang di merata tempat, seperti di IPTA/IPTS, di mana bilangan kaum Hawa lebih dari tiga suku berbanding kaum Adam, di maktab-maktab perguruan, di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta, kilang-kilang perusahaan, di pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta dan banyak lagi, wanita jauh melebihi kaum lelaki.
“Itu padangan jauh, yang dekatnya cuba lihat dalam keluarga kita sendiri. Kita dapati anak-anak perempuan kita lebih ramai daripada lelaki. Saya sendiri ada empat orang anak, cuma seorang lelaki. Begitu juga jiran saya bilangan anak perempuan melebihi lelaki. Adik-beradik saya pun sedemikian.
“Di samping itu cuba kita perhatikan bilangan ibu tunggal juga jauh lebih ramai daripada bapa tunggal. Belum masuk lagi bab keempat bilangan anak dara tua (andartu) ataupun anak dara lanjut usia (andalusia) juga lebih ramai bilangan mereka daripada bujang-bujang terlajak sekarang.
“Jadi sebagai manusia yang diberikan otak, cubalah kita berfikir dengan hati terbuka mengapa kita harus membiarkan masalah ini terus berlaku, kerana masalahnya nanti akan mempengaruhi struktur masyarakat dan peningkatan kaum Melayu dalam negara kita.
“Kita juga kena lihat, memikirkan, merenungi, atau menghayati secara rasional, dengan hati terbuka, ikhlas, penuh keinsafan, keredaan atau secara profesional. Cuba renungkan mengapa Allah turunkan agama Islam dengan hukum-hukumnya, mengapa Islam membenarkan lelaki beristeri sampai empat. Ingatlah Allah s.w.t. tidak saja-saja turunkan hukum tersebut tanpa sebab tertentu. Ingat Allah Maha Mengetahui, Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Allah tahu apa yang dimaksudkan-Nya.
“Dengan kata lain, Allah tahu apa yang akan berlaku kapada manusia, cita rasa, naluri, keinginan, sifat, sikap dan tanggungjawab kepimpinan serta tugas-tugas berat yang dipikul oleh manusia bernama lelaki itu. “Kalau suami tersebut tidak menunaikan tanggungjawabnya menjadi pemimpin yang baik sebagai ketua keluarga di dunia, maka dia akan menerima padah dan akan menjawab di hadapan Allah nanti.
“Allah Maha Adil, jadi kalau anda sebagai isteri maka tuntutlah ketidakadilan suami anda di akhirat nanti. Janganlah kaum wanita cuma mementingkan kehidupan di dunia ini sahaja, ingatlah dunia ini cuma sementara ini, yang kekal itu adalah akhirat.
*Keharmonian:
“Jadi kalau kaum wanita khasnya selagi mengaku beragama Islam dan mengucap dua kalimah syahadah, maka hendaklah anda berusaha menjaga dan memperbaiki keharmonian dalam rumah tangga anda, bahagiakan suami anda, ceriakan rumah tangga anda di samping hidupkan semangat kecintaan yang ada dalam hati suami supaya suami tetap mencintai anda.
“Tetapi jika sudah ditakdirkan anda dimadukan, maka hendaklah kaum wanita menerimanya dengan hati terbuka, jangan sekali-kali menolak atau melanggar hukum yang telah ditentukan-Nya. “Sebaik-baik jalan sebagai isteri pertama, anda hendaklah berusaha memperbaiki hubungan dengan madu-madu anda, insyaAllah semuanya akan berjalan dengan aman.
Di samping itu banyakkan berdoa, solat sunat, zikir dan membaca al-Quran memohon kepada Allah keredaannya supaya rumah tangga anda lebih bahagia dan lebih penting Allah akan membuka pintu-pintu kebahagiaan dan kesenangan-Nya. Ingat Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya.“Lihat keliling anda, zaman ini ego wanita begitu besar, balasannya ujian yang telah diturunkan oleh Allah iaitu lebih ramai wanita daripada lelaki, jadi salah satu cara untuk memperbaikinya adalah dengan meramaikan jumlah kaum lelaki berpoligami.
Kepada kaum wanita, jangan cepat melenting, berfikirlah secara rasional bukan emosional.“Manusia ini, tidak kira apa rupa bangsanya, atau agamanya, berapa umurnya, apa gendernya, sangat suka melakukan kerja-kerja terlarang. Kita melihat apa yang di larang oleh kerajaan dan agama, maka perkara itulah yang mereka suka lakukan.
“Setiap yang dilarang ada positif dan negatifnya, dan perkara yang dibenarkan pun ada positif dan negatifnya, cuma perbezaannya bagaimana kita melihat dan mengamal sesuatu perkara itu secara lebih bijaksana. Kita tidak semestinya terlalu rigid, kita mesti bersikap secara kualitatif daripada sikap kuantitatif, kita kena ambil kira dari semua segi dan pendekatan yang lebih positif kerana Allah sentiasa menolong hamba-hamba-Nya yang reda, ikhlas dengan ketentuan-Nya selepas berusaha dan berdoa.
“Soal keadilan, mana ada keadilah dalam dunia ini, saya cabar sesiapa saja, tunjukkan keadilan itu. Keadilan itu sangat subjektif, manusia dan dunia ini sememangnya tiada keadilan, keadilan itu hak Allah. Secara bodohnya, cuba kita lihat jari-jari kita, mana sama panjangnya dan secara rasionalnya, cuba lihat anak-anak kita, adakah kita adil pada mereka, tanya hati kecil kita kerana kita tidak boleh membohongi hati dan diri kita, apakah kita adil kepada anak-anak kita?“Kerana itu anggapan bahawa isu wanita suka merampas suami orang itu sudah tamat.
Wanita bukan perampas! tetapi konsep berkongsi suami perlu diperluaskan secara lebih praktikal lagi dan secara lebih rasional. Sesiapa yang boleh membantu atau menolong saudara seagamanya kalau bukan kaum wanita sendiri.
“Kaum lelaki hanya boleh membantu mereka dengan cara menjadikan mereka isteri-isteri dan bertanggungjawab ke atasnya, inilah sebenarnya konsep yang diharuskan agama serta digalakkan bagi mengimbangi permasalahan sosial, di samping mengurangkan masalah andartu, membantu ibu-ibu tunggal serta anak-anak kehilangan kasih sayang belaian mesra seorang ayah.
“Apa yang lebih penting lagi mengurangkan pembohongan kaum lelaki, yang selama ini banyak yang menipu kerana ingin berkahwin dua. Di samping mengurangkan dosa-dosa isteri yang membatasi naluri dan tabiat kaum lelaki yang diharuskan oleh agama Islam . Dan anda perlu ingat manalah tahu esok lusa masalah andartu atau ibu tunggal pula akan berlaku dalam keluarga anda sendiri.
“Wanita yang belum kahwin ini juga ingin merasakan kenikmatan, kegembiraan dan kebahagiaan bersama suami dan mempunyai alam rumah tangga, apa salahnya mereka berkongsi sama kegembiraan tersebut, pokoknya isteri-isteri tersebut bersikap positif dan reda, jangan fikirkan lelaki berpoligami itu hanya inginkan seks. Lelaki juga ada kalanya macam kanak-kanak perlukan belaian. Luaran saja nampak mereka gembira tetapi di dalam hati, mereka kesepian, kesunyian walaupun hidupnya aman.
“Tetapi ada syarat lelaki berpoligami, mesti bertanggugjawab terhadap rumah tangga, isteri dan anak anak. Dan jangan cepat tangan sampai memukul dan mencederakan isteri, kalau itu terjadi hilanglah rasa kasih sayang isteri. Ingat isteri itu amanah Allah!!!
“Kebanyakan lelaki, tidak kira berapa umurnya, apa pangkatnya, sedetik di dalam hatinya berhajat beristeri lebih dari satu, tetapi apakan daya, anak-anak dah besar, cucu dah banyak dan isteri sentiasa membangkang. Kerana itu menjadi tugas isteri menggembirakan suami tanpa membelakangkan batas-batas agama.
*Kerjaya:
“Sebenarnya wanita yang ingin berpoligami ini bukan mahukan wang ringgit, kerana mereka punya kerjaya tersendiri, mereka hanya mahukan status bersuami, ada tempat bergantung kasih, mencurah sayang, melipurlara dan mengadu hal. Maka jika suami bersikap dan bersifat positif ke arah membina keluarga besar yang harmoni, berpendidikan dan beragama itulah yang dituntut dan diwajibkan dalam Islam.
“Saya bukan menyokong suami berpoligami, tetapi ingatlah ini hukum Allah, jangan terlalu tamak di dalam kehidupan di dunia, suami bukan hak kita selamanya, diri kita pun cuma sementara. Esok entah lusa kita akan pergi tinggalkan apa yang amat kita sayang. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berpesan, “Aku tinggalkan dua perkara, al-Quran dan Sunnahku, selagi berpegang kapadanya, kamu tidak akan sesat.
”Demikian pandangan Zawawi bahawa setiap lelaki itu berhajat untuk berpoligami, cuma keadaan tidak mengizinkan. Juga penting, mereka belum berani membuka mulut memberitahu isteri tentang hajatnya, yang banyak berlaku mereka nikah secara sembunyi untuk mengelakkan sebarang permasalahan.
Namun terpulanglah kepada pandangan dan pendapat anda tentang isu hangat ini. Kerana biasanya wanita memang benci poligami, ada yang lebih rela bercerai dari dipoligamikan. Kaum lelaki ada selera tersendiri. Terserah...
Sebelum mengakhiri ruangan ini saya ingin mengucapkan selamat berhari raya dan maaf zahir batin jika sepanjang menulis di ruangan ini ada hati-hati yang terguris dan terluka.

*Dipetik dari; Mingguan Malaysia

Al-Hamra' : Terimalah ini semua sebagai ketentuan daripada Allah,sebagai hamba tak berhak utk kita mempersoalkan hukum Allah! Namun hanya iman yang mampu kita terima segalaNya dengan pasrah!


UCAPAN UNTUK SEMUA...

Assalamualaikum Warahmatullah...
Bersempena dengan fajar Syawal yang akan terbit...
meninggalkan mentari Ramadhan yang akan sirna...
maka...
saya ingin menyusun sepuluh jari...
memohon jutaan kemaafan kepada semua...
tak kira yang ana kenal atau tidak...
atau yang ana pernah jumpa atau belum...
alhamdulillah...
ana dah maafkan semua salah silap kalian...
Ya, kalian di luar blog ini...
entah siapa...tak apa...
ana maafkan semuanya...
ana nak ucapkan...
kepada kalian...
SELAMAT HARI RAYA IDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN...
Kullu A'mm Antum Bi Khair!
TERUSKAN SEMANGAT RAMADHAN ANDA
DI SEBELAS BULAN MENDATANG
GUNAKAN FALSAFAH INI...
KEBAIKAN SEBULAN...
UNTUK KEJAYAAN 11 BULAN...
SEMOGA ANDA BERJAYA...
Siiru A'la Barakatillah!
dariku untuk kalian ; Hj Abdul Fatah Hj Jaafar
(Pemegang kunci: iSTaNa PeRMaTa Al-HaMRa')
siapa nak masuk istana nii..
kena daftar dulu laa...

Friday, October 20, 2006

TAZKIRAH RAMADHAN...


Petikan ucapan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna sempena kedatangan Ramadhan Al-Muazzhom

Kita panjatkan puji syukur ke hadirat Allah swt. Kita ucapkan shalawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.
Wahai Ikhwan yang mulia. Saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari sisi Allah yang diberkati dan baik:
Assalamua'laikum wa rahmatullah wa barakatuh...

Pada malam ini, yang merupakan akhir bulan Sya’ban, kita menutup serial kajian kita tentang Al-Qur’anul Karim, tentang kitab Allah swt. Insya Allah, pada sepuluh malam yang pertama bulan Syawal, kita kembali kepada tema tersebut. Setelah itu kita akan membuka serial baru dari ceramah-ceramah Ikhwan, yang temanya insya Allah: Kajian-Kajian tentang Sirah Nabi dan Tarikh Islam.

Ramadhan adalah bulan perasaan dan ruhani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian Salafush Shalih mengucapkan selamat tinggal kepada sebagian lain sampai mereka berjumpa lagi dalam shalat ‘Id. Yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (shalat malam) dan kami ingin menyendiri hanya dengan Tuhan kami.

Ikhwan sekalian, sebenarnya saya berupaya untuk mencari kesempatan untuk mengadakan kajian Selasa pada bulan Ramadhan, tetapi saya tidak mendapatkan waktu yang sesuai. Jika sebagian besar waktu selama setahun telah digunakan untuk mengadakan kajian-kajian tentang Al-Qur’an, maka saya ingin agar waktu yang ada di bulan Ramadhan ini kita gunakan untuk melaksanakan hasil dari kajian-kajian tersebut. Apalagi, banyak di antara ikhwan yang melaksanakan shalat tarawih dan memanjangkannya, sampai mengkhatamkan Al-Qur’an satu kali di bulan Ramadhan. Ini merupakan cara mengkhatamkan yang indah. Jibril biasa membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an dari Nabi saw. Sekali dalam setahun.
Nabi saw. mempunyai sifat dermawan, dan sifat dermawan beliau ini paling menonjol terlihat pada bulan Ramadhan ketika Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau. Beliau lebih dermawan dan pemurah dibandingkan dengan angin yang ditiupkan. Kebiasaan membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an ini terus berlangsung sampai pada tahun ketika Rasulullah saw. diberi pilihan untuk menghadap kepada Ar-afiq Al-A’la (Allah swt.), maka ketika itu Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau dua kali. Ini merupakan isyarat bagi Nabi saw. bahwa tahun ini merupakan tahun terakhir beliau hidup di dunia.

Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an. Rasulullah saw. pernah bersabda mengenainya ;
“Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanyamemberikan syafaat. ”
(HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)

Wahai Ikhwan, dalam diri saya terbetik satu pemikiran yang ingin saya bicarakan. Kerana kita berada di pintu masuk bulan Puasa, maka hendaklah pembicaraan dan renungan kita berkaitan dengan tema bulan Ramadhan.
Ikhwan sekalian, kita telah berbicara panjang lebar tentang sentuhan perasaan cinta dan persaudaraan yang dengannya Allah telah menyatukan hati kita, yang salah satu dampaknya yang paling terasa adalah terwujudnya pertemuan ini kerana Allah. Bila kita tidak akan berjumpa dalam masa empat pekan atau lebih, maka bukan berarti bara perasaan ini harus padam atau hilang. Kita tidak mesti melupakan prinsip-prinsip luhur tentang kemuliaan dan persaudaraan kerana Allah, yang telah dibangun oleh hati dan perasaan kita dalam majelis yang baik ini.
Sebaliknya, saya yakin bahwa ia akan tetap menyala dalam jiwa sampai kita biasa berjumpa kembali setelah masa percutian ini, insyaAllah. Jika ada salah seorang dari Anda melaksanakan shalat pada malam Rabu, maka saya berharap agar ia mendoakan kebaikan untuk ikhwannya. Jangan Anda lupakan ini! Kemudian saya ingin Anda selalu ingat bahwa jika hati kita merasa dahaga akan perjumpaan ini selama minggu-minggu tersebut, maka saya ingin Anda semua tahu bahwa dahaganya itu akan dipuaskan oleh mata air yang lebih utama, lebih lengkap, dan lebih tinggi, yaitu hubungan dengan Allah swt., yang merupakan cita-cita terbaik seorang mukmin bagi dirinya, di dunia maupun akhirat.

Kerana itu, Ikhwan sekalian, hendaklah Anda semua berusaha agar hati Anda menyatu dengan Allah swt. Pada malam-malam bulan mulia ini. Sesungguhnya puasa adalah ibadah yang dikhususkan oleh Allah swt. bagi diri-Nya sendiri.
“Semua amalan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa. la untuk-Ku dan Aku akan memberikan balasannya.”

Ini, wahai Akhi, mengisyaratkan bahwa setiap amal yang dilaksanakan oleh manusia mengandung manfaat lahiriah yang bisa dilihat, dan di dalamnya terkandung semacam bagian untuk diri kita. Kadang-kadang jiwa seseorang terbiasa dengan shalat, sehingga ia ingin melaksanakan banyak shalat sebagai bagian bagi dirinya. Kadang-kadang ia terbiasa dengan dzikir, sehingga ia ingin banyak berdzikir kepada Allah sebagai bagian bagi dirinya.
Kadang-kadang ia terbiasa dengan menangis kerana takut kepada Allah, maka ia ingin banyak rnenangis kerana Allah sebagai bagian bagi dirinya. Adapun puasa, wahai Akhi, di dalamnya tidak terkandung apa pun selain larangan. Ia harus melepaskan diri dari bermacam keinginan terhadap apa yang menjadi bagian dirinya. Bila kita terhalang untuk berjumpa satu sama lain, maka kita akan banyak berbahagia kerana bermunajat kepada Allah swt. Dan berdiri di hadapan-Nya, khusus-nya ketika melaksanakan shalat tarawih.

Ikhwan sekalian, hendaklah senantiasa ingat bahwa Anda semua berpuasa kerana melaksanakan perintah Allah swt. Maka berusahalah sungguh-sungguh untuk beserta dengan Tuhan Anda dengan hati Anda pada bulan mulia ini. Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan keutamaan. Ia mempunyai kedudukan yang agung di sisi Allah swt. Hal ini telah dinyatakan dalam kitab-Nya,
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil).”
(Al-Baqarah:185)

Wahai Akhi, pada akhir ayat ini Anda mendapati:
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”
(Al-Baqarah: 185)
Puasa adalah kemanfaatan yang tidak mengandung bahaya. Dengan penyempurnaan puasa ini, Allah swt. akan memberikan hidayah kepada hamba-Nya. Jika Allah memberikan taufiq kepada Anda untuk menyempurnakan ibadah puasa ini dalam rangka menaati Allah, maka ia adalah hidayah dan hadiah yang patut disyukuri dan selayaknya Allah dimahabesarkan atas karunia hidayah tersebut.
“Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.”
(Al-Baqarah: 185)
Kemudian, lihatlah wahai Akhi, kesan dari semua ini.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Al-Baqarah; 186)

Wahai Akhi, di sini Anda melihat bahwa Allah Yang Maha Benar meletakkan ayat ini di tempat ini untuk menunjukkan bahwa Dia swt. paling dekat kepada hamba-Nya adalah pada bulan mulia ini. Allah swt. telah mengistimewakan bulan Ramadhan. Mengenai hal ini terdapat beberapa ayat dan hadits. Nabi saw. bersabda,
“Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, setan-setan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!"

Wahai Akhi, pintu-pintu surga dibuka, kerana manusia berbondong-bondong melaksanakan ketaatan, ibadah, dan taubat, sehingga jumlah pelakunya banyak. Setan-setan dibelenggu, kerana manusia akan beralih kepada kebaikan, sehingga setan tidak mampu berbuat apa-apa. Hari-hari dan malam-malam Ramadhan, merupakan masa-masa kemuliaan yang diberikan oleh Al-Haq swt., agar orang-orang yang berbuat baik menambah kebaikannya dan orang-orang yang berbuat jahat mencari karunia Allah swt. sehingga Allah mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan kepada Allah.
Keutamaan dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah bahwa Allah swt. telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Qur’an. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh bulan Ramadhan. Kerana itu, Allah swt. mengistimewakan dengan menyebutkannya dalam kitab-Nya.
” (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an.”
(Al-Baqarah: 185)

Ada ikatan hakikat dan fisik antara turunnya Al-Qur’an dengan bulan Ramadhan. Ikatan ini adalah selain bahwa Allah telah menurunkan Al-Qur’an di bulan Ramadhan, maka di bulan ini pula Dia mewajibkan puasa. Kerana puasa artinya menahan diri dari hawa nafsu dan syahwat. Ini merupakan kemenangan hakikat spiritual atas hakikat material dalam diri manusia. Ini berarti, wahai Akhi, bahwa jiwa, ruh, dan pemikiran manusia pada bulan Ramadhan akan menghindari tuntutan-tuntutan jasmani. Dalam kondisi seperti ini, ruh manusia berada di puncak kejernihannya, kerana ia tidak disibukkan oleh syahwat dan hawa nafsu. Ketika itu ia dalam keadaan paling siap untuk memahami dan menerima ilmu dari Allah swt. Kerana itu, bagi Allah, membaca Al-Qur’an merupakan Ibadah paling utama pada bulan Ramadhan yang mulia.

Pada kesempatan ini, Ikhwan sekalian, saya akan meringkaskan untuk Anda semua pandangan-pandangan saya tentang kitab Allah swt., dalam kalimat-kalimat ringkas. Wahai Ikhwan yang mulia, tujuan-tujuan asasi dalam kitab Allah swt. dan prinsip-prinsip utama yang menjadi landasan bagi petunjuk Al-Qur’an ada empat:

1. Perbaikan Aqidah

Anda mendapati bahwa Al-Qur’anul Karim banyak menjelaskan masalah aqidah dan menarik perhatian kepada apa yang seharusnya tertanam sungguh-sungguh di dalam jiwa seorang mukmin, agar ia bisa mengambil manfaatnya di dunia dan di akhirat. Keyakinan bahwa Allah swt. adalah Yang Maha Esa, Yang Mahakuasa, Yang menyandang seluruh sifat kesempurnaan dan bersih dari seluruh kekurangan. Kemudian keyakinan kepada hari akhir, agar setiap jiwa dihisab tentang apa saja yang telah dlkerjakan dan ditinggal kannya. Wahai Akhi, jika Anda mengumpulkan ayat-ayat mengenai aqidah dalam Al-Qur’an, niscaya Anda mendapati bahwa keseluruhannya mencapai lebih dari sepertiga Al-Qur’an.
Allah swt. berfirman dalam surat Al-Baqarah;
“Hai manusia, beribadahlah kepada Rabb kalian Yang telah menciptakan kalian dan orang-orang yang sebelum kalian, agar kalian bertaqwa. Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagi kalian dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untuk kalian; kerana itu janganlah kalian mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kalian mengetahui.”
(Al-Baqarah: 21-22)

Wahai Akhi, setiap kali membaca surat ini, Anda mendapati kandungannya ini melintang di hadapan Anda. Allah swt. juga berfirman dalam surat Al-Mukminun,
“Katakanlah, Kepunyaan siapa-kah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak ingat?’ Katakanlah, ‘Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya ‘Arsy yang besar?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak bertaqwa?’ Katakanlah, ‘Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (adzab)-Nya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kalian ditipu?’ Sebenar-nya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka, dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta.”
(Al-Mukminun: 84-90)

Allah swt. juga berfirman di surat yang sama;
“Apabila sangkakala ditiup maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu dan tidak pula mereka saling bertanya. Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikannya) maka mereka itulah orang-orang yang dapat keberuntungan. Dan barangsiapa yang ringan timbangan (kebaikannya), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahanam.”
(Al-Mukminun: 101-103)

Allah swt. juga berfirman;
“Apabila bumi diguncangkan dengan guncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya. Dan manusia bertanya, ‘Mengapa bumi (jadi begini)?’ Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.”
(Az-Zalzalah: 1-8)

Allah swt. berfirman;
“Hari Kiamat. Apakah hari Kiamat itu? Tahukah kalian apakah hari Kiamat itu?” (Al-Qari’ah: 1-3) Dalam surat lain Allah berfirman, “Bermegah-megahan telah melalaikan kalian. Sampai kalian masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui (akibat perbuatan kalian itu). Dan janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui.”
(At-Takatsur: 1-4)
Wahai Akhi, ayat-ayat ini menjelaskan hari akhirat dengan pen-jelasan gamblang yang bisa melunakkan hati yang keras.

2. Pengaturan Ibadah

Anda juga membaca firman Allah swt. mengenai ibadah. “Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat.”
(Al-Baqarah: 43)
“…diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian.”
(Al-Baqarah: 183)
“…mengerjakan haji adalah kewa-jiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.” (Ali-Imran: 97) Maka aku katakan kepada mereka, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.”
(Nuh: 10)
Dan banyak lagi ayat-ayat lain mengenai ibadah.

3. Pengaturan Akhlak

Mengenai pengaturan akhlak, wahai Akhi, Anda biasa membaca firman Allah swt.
“Dan demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)-nya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya.”
(Asy-Syams: 7-8)
“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yang ada dalam diri mereka sendiri.”
(Ar-Ra’d:11)
“Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran. (Yaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian. Dan orang-orang yang sabar kerana mencari ridha Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (Yaitu) surga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang shalih dari bapak-bapaknya, istri-istrinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu. (Sambil mengucapkan), ‘Salamun ‘alaikum bima shabartum (keselamatan atasmu berkat kesabaranmu),’ maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”
(Ar-Ra’d: 19-24)
Wahai Akhi, Anda mendapati bahwa akhlak-akhlak mulia bertebaran dalam kitab Allah swt. dan bahwa ancaman bagi akhlak-akhlak tercela sangatlah keras.
“Dan orang-orang yang memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahanam).”
(Ar-Ra’d: 25)

Inilah peraturan-peraturan tersebut, Ikhwan sekalian, sebenarnya, peraturan-peraturan itu lebih tinggi daripada yang dikenal oleh manusia, kerana di dalamnya terkandung semua yang dikehendaki manusia untuk mengatur urusan masyarakat. Ketika mengupas sekelompok ayat, maka Anda mendapati makna-makna ini jelas “Seperempat Juz Khamr” dalam Al-Quran yang diawali dengan
“Mereka bertanya kepadamu tentang khamr dan judi”
(Al-Baqarah: 219),
lebih dari dua puluh lima hukum praktis: tentang khamr, judi, anak-anak yatim, pernikahan laki-laki dan wanita-wanita musyrik, haid, sumpah, ila’, talak, rujuk, khuluk, nafkah, dan hukum-hukum lainnya yang banyak sekali Anda dapatkan dalam seperempat juz saja. Hal ini kerana surat Al-Baqarah datang untuk mengatur masyarakat Islam di Madinah.

Ikhwan tercinta, hendaklah Anda semua menjalin hubungan dengan kitab Allah. Bermunajatlah kepada Tuhan dengan kitab Allah. Hendaklah masing-masing dari kita memperhatikan prinsip-prinsip dasar yang telah saya sebutkan ini, kerana itu akan memberikan manfaat yang banyak kepada Anda, wahai Akhi. Insya Allah Anda akan mendapatkan manfaat darinya.

Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada Sayidina Muhammad dan kepada segenap keluarga dan sahabatnya.