Friday, October 13, 2006

Bila tanganku mula menghayunkan pena...


Suatu Kisah benar...suatu petang di Bulan Ramadhan…
...bila dah rezeki dari Allah siapa boleh halang?!

Seperti hari2 lain ku pada hari itu duduk di pej (kantor Jamiyyah) menunggu2 kot ada sesiapa yg dtg ingin berurusan dgn kami, memohon sebarang khidmat kebajikan dan seumpamanya…sebetulnya itulah tugas rutinku sekarang sebagai 'penunggu setia pejabat' yg agak berbeza dgn jiwa & naluriku…keluar berceramah ke serata ceruk bumi Mesir sebelum ini…ku tetap terima amanah berat berhadapan dgn syuun ini walaupun agak lari sedikit drp dhomir jiwaku sebelum ini…moga2 inilah sahamku ke akhirat nanti..amiin

Satu yg menggelikan hatiku…bila pergi ambik Kasful Taqdiraat dgn syuun, madah yg satu-satunya aku dpt Imtiyaz utk sesi terakhirku di sini ialah Madah Khotobah! Mungkin Dr pun perasan yg muka aku nii muka 'kaki ceramah' kot..klakar plak bila dikenang2kan

Jam 4 petang hari tuu…rakan setugasku di office 'Mr.S' mendapat panggilan drp 'Dk H'… menjemput kami iftar di tapak program ' Mukhayyam daim'..maka legalah hatiku yg memang kami makhluk2 ungu nii dah tak berapa 'kuasa' utk masak di 'kantor' kami dek kerana keletihan yg tramat sangat & k…yg satu lagi tuu laaa…

Jam hampir 4.15ptg ku diminta 'Ust A' utk mengisi usrah maya dlm laman internet. Ku pun dgn segala kekurangan membentangkan sedikit tazkirah Ramadhan di bawah lembayung tajuk ; Rijal wa Nisa' Suratul Asi…tajuk ini ku adaptasikan dari suatu ceramah Prof Dr Yusof Al-Qardowi yg pernah ku ikuti suatu ketika dulu…

Detik & Saat mendebarkan itu bermula bila…jam kat dinding 'kantor' telah menunjukkan ke angka 5…maknanya 'waktu berbuka' dah makin hampir, dalam dok seronok memberi tazkirah tuu..terdetik juga di hatiku…"kat mana aku nak iftar nii?" "sempat ke nak pergi ke tempat program tuu?" aku tutup keraguan yg lahir tuu dgn simpulan kemas…"ermm..jika dah ada rezeki tak kemana..serah saja kepada Allah…

Alhamdulillah…moderator yg juga berada di bumi Mesir tuu kemudian membuat pengumuman kepada hadirin yg mendengarnya drp seluruh dujia tuu…( ada dari Jepun, England, US dll…) bahawa kami di sini dah nak masuk waktu berbuka daah…(harap mereka paham laa kat tukang tazkirah nii pun)

Selepas tuu aku dgn 'Mr S' terus bergegas keluar drp kantor kami utk ke tapak program tuu & berbuka di sana..tup2 sampai depan jalan utk kami menyeberang ke sebelah sana (depan mahmal) tiba2…jam di tangan waktu itu telah menunjuk ke angka 5.15ptg, dah hampir benar dgn waktu berbuka…tup2 depan kami berhenti sebuah kereta 'kura melambai2 tangan ke arah kami…mcm biasa terdetik di hatiku..barangkali si Arab nii nak bertanyakan arah jalan coz 'kami sememangnya makhluk yg amat dipercayai di sini'…

Dadaku tiba2 merasa berdebar..dap..dup..dap…ku menghampiri lelaki berjambang separuh umur dalam mobilnya tuu…ingatkan hapaa..ropenya dihulurkan kepada kami 2 kotak makanan utk berbuka..so dgn penuh 'machonya' akupun dgn muka 'sposen' ambiklah pemberian tadi dgn 'selambanya' & alhamdulillah sempat ku ucapkan TQ & Allahumma balighna lailatul Qadr! Kpd si jambang yg bermuka manis lkagi jernih tuu…
Kami pun terus melintasi jalan & mencari2 sebuah Texi utk terus ke tapak program yg dalam hal keadaan waktu sudah lewat (ada ker taxi yg akan ke sana…bermain2 dlm kepala kami..') selepas tuu…alhamdulillah sebuah texi yg dipandu seorang 'baba' berhenti menawarkan khidmatnya pada kami, tiba2 semasa di atas texi tuu..sesuatu di luar jangkaan pun berlaku…telefonku berbunyi mengeluarkan suara lagu raya yg sememangnya 'merimaskan hatiku' …'Dk H' telah mengeluarkan satu 'kenyataan rasmi' yg mengejutkan kami berdua ; 'tak usah mari laa sebab makanan kat sini pun tak cukup…anapun kena balik berbuka di pejabat nii'

Hayya!…itulah munkin terpacul dari mulut kami berdua…lalu ku pun memohon maaf pada 'baba texi' tuu utk dia patah balik ke kantor kami yg tidak menyediakan apa2 juadah utk berbuka tuu…siapa sangka?! hati kami berbunga kembali bila menatap juadah berbuka yg ada di atas ribaan kami pemberian 'brother jambang kereta 'kura' tadi!!! Alhamdulillah kami bersyukur kpd Allah…

Sepanjang perjalanan dari 'gamik Nuri' ke kantor kami yg memang dah tak jauh dari situ (nasib baik texi yg kami naik baru sampai ke situ jer..) aku & 'Mr S berkira2@muhasabah akan rezeki yg kami dapat pada petang tuu tanpa disangka2…kataku...kalaulah kita tak sampai di depan jalan tuu tepat jam 5.15 petang mungkin kita takkan dapat juadah berbuka petang nii..siapa yg gerakkan hati kita utk kesana…siapa pulak yg gerakkan hati 'brother jambang' utk datang ke situ dan berikan kami juadah tuu..dan kalaulah kami memilih utk pergi dgn melalui jalan lain tentulah kami tak akan dapat itu semua…waah..semua2 nii kan satu keajaipan yg kami dapat pada petang Ramadhan tuu..

Pengajaran yg terbesar dapat kami sepakati bersama pada petang Ramadhan yg cukup bersejarah tuu ialah…"Bila dah Allah telah tentukan rezeki itu utk kita, maka ia tetap akan tak ke mana" yg penting kita kena yakin dgn janji2 Allah!!! Aku mula teringat kisah Saidina Ali K.W yg melakukan satu kebaikan terus dibalas oleh Allah dgn sepuluh biji epal…bukankah satu hasanah itu akan dibalas dgn 10 kebaikan daripada Allah?! Aku mula berkira2 dan mencongak2…bukankah sebelum itu aku bertazkirah utk sahabat2 di alam siber dari serata dunia tuu..

Jadi apa yg aku lakukan itu kan sebahagian daripada kebajikan…entah2 'makarona/spegeti berlauk ayam & karipap daging tuu…harganya LE 10.00 kot??...sebagai timbal balas drp Allah ats kebajikan yg dah ku lakukan tadi…yeelah sebetulnya pun aku hanya diminta utk menggantikan tempat org lain pada petang tuu..dalam keadaan yg agak tidak bersedia..tapi kerana diminta..maka ku terimalah juga dgn berat hati….

Subhanallah…cantiknya pengajaran yg akau dapat pada petang Ramadhan Muazzhom tuu…aku mula teringat kepada satu hadis yg cukup memberi kesan kepadaku…hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Abbas yg berbunyi…mafhumnya ;

"Jagailah Allah (Islam) …nescaya Allah akan menjaga kamu, jagailah Allah (Islam) nescaya kamu akan dapati Allah swt akan bersama kamu…jika kamu ingin meminta sesuatu maka mintalah hanya kepada Allah…jika kamu inginkan perlindungan maka pohonlah perlindungan hanya daripada Allah…ketahuilah ; jika seluruh ummah berkumpul untuk memberikan manfaat (nikmat) kepada kamu…nescaya tidak dapat mereka memberikan walau sebarang manfaat melainkan semuanya yang telah ditentukan Allah yg kamu akn mmperolehinya…bahkan jika seluruh ummah berkumpul untuk memudaratkan kamu…nescaya tidak dapat walau sedikit mereka memudaratkan kamu kecuali semua yg telah ditetapkan Allah kamu akn menerimanya…telah diangkat kalam (qodho;) dan buku juga telah ditutup (semuanya tlh ditetapkan Allah sejak azali lagi)

Ku telah ceritakan kisah ini kpd mak angkatku..lalu ku rasai kamu semua juga berhak mengetahuinya…dariku pena Al-Hamra'

1 Comments:

Blogger lidah penghunus said...

assalamualaikum. jemputlah ke http://lindunganbulan.blogspot.com dan http://karyamuslim.blogspot.com

8:42 PM  

Post a Comment

<< Home