Tuesday, August 15, 2006

Gubra sebenarnya cuba mengangkat pemikiran liberalisme!!!

PENGARAH Yasmin Ahmad yang dikatakan sudah bosan dengan kecaman terhadap Sepet dan tak mahu lagi menyertai sebarang pesta filem di negara ini telah menang lagi melalui filem Gubra di Pesta Filem Malaysia Sabtu lalu.

Kemenangan Gubra telah mengesahkan mirip pemikiran golongan dunia seni hiburan, khasnya dunia perfileman Melayu bahawa unsur-unsur kemanusiaan atau humanisme dan liberalisme mestilah mengatasi lunas-lunas Islam.

Pendek kata apa yang hendak diperjuangkan oleh Yasmin dan rakan-rakannya ialah dalam usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia, soal agama adalah soal peribadi, soal rohaniah yang tidak ada hubung kait dengan cara hidup sekarang di mana orang Islam hanya merupakan salah satu daripada kaum-kaum yang mendiami bumi Malaysia ini.

Soal ketuanan Melayu dan keagungan Islam bukan menjadi perhitungan Yasmin.
Sedikit sebanyak kemenangan Gubra selarilah dengan rumusan seminar tentang hala tuju di Finas minggu lalu iaitu filem-filem Melayu sekarang mestilah memaparkan aspek-aspek kemanusiaan.
Soal-soal murtad di kalangan umat Islam sekarang adalah soal remeh-temeh yang tidak ada kaitan dengan soal cinta. Justeru dalam soal cinta, wanita Islam diajak mengikut kehendak hati sanubarinya tidak kira dengan siapa sekalipun walaupun suasana sekarang memerlukan jejaka itu kena masuk Islam.

Jadi menerusi Sepet dan Gubra mengajak wanita Melayu Islam supaya (sepertinya) meneroka percintaan dengan bukan Islam kerana kalau dilihat kepada suami Orkid dalam Gubra, lelaki Melayu memang tidak guna satu sen, sentiasa bersikap curang.

Apabila sudah kahwin terpulanglah kepada masing-masing memenuhi atau tidak memenuhi kehendak agama. Ini kan soal peribadi apatah lagi kehendak fardu kifayah. Sebab itulah dalam Gubra, Yasmin memaparkan seorang bilal memegang anjing pada waktu subuh (yang pastinya dibasahi embun) dalam perjalanannya ke surau. Bilal itu dan isterinya juga bersikap liberal dalam hubungan mereka dengan jiran, dua orang pelacur wanita Melayu.

Bukan sahaja tidak memberikan nasihat di segi agama, malah bilal dan isterinya juga tidak pernah menasihati mereka di segi kesihatan diri dan bahaya orang jahat yang sentiasa wujud dalam dunia pelacuran. Akhirnya yang seorang itu dijangkiti AIDS dan seorang lagi dibunuh lelaki dadah.

Dalam Gubra juga Yasmin memperjuangkan ‘hak sama isteri Islam’ di mana Orkid memaki-hamun dan menyepak terajang suaminya yang didapati curang. Soalnya, Orkid terjumpa dengan suaminya dengan teman wanitanya di satu kafe sedang dia (dengan rambut mengerbang dan berpakaian seperti perempuan sundal) keluar berjalan dengan lelaki bukan Islam dan bukan mahram (abang teman lelaki Cina dalam Sepet yang mati dalam kemalangan).

Apakah hukum dalam Islam seseorang isteri itu keluar rumah tanpa izin suaminya.
Tetapi ini Islam liberal yang sedang diperjuangkan oleh Yasmin dan beberapa NGO.

Dalam filemnya yang akan datang Yasmin akan memaparkan kisah cinta dua orang kanak-kanak yang pasti akan menimbulkan kontroversi lagi dan inilah yang disukai oleh Yasmin.

– BAKI MINUDDIN,
Al-Hamra' : AWAS!!! Umat Islam Malaysia...ini lagi kejayaan puak2 Islam Liberal !!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home