Friday, August 18, 2006

Lubnan : Satu catatan.....

LUBNAN : RAKYATNYA SUDAH LAMA MUSNAH SEBELUM MUSNAH...?
Ramai yg marah dan sedih dgn apa yg berlaku di Lubnan tapi jarang kita nak tanya pasal apa bala sebegini boleh berlaku ? Cerita dibawah mungkin boleh menyedarkan kita . saya pun siang tadi dah clarify dgn one ustazah yang husband dia penah ke lubnan dan negara2 islam yang lain..infact she said lubnan dah mula bertukar arus dah mula nak jadi seprti turkey...turkey pulak now dah mula ada perubahan, masjid dah mula dipenuhi anak muda bila time solat...
“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa balabencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya."
(Al-Anfaal : 25)
SUNNATULLAH DI SEBALIK DERITA BUMI ISRA'
Serba salah........
Duduk rasa bersalah, berdiri tak tentu arah. Saya berasa gusar dan tidak selesa untuk berbuat apa sahaja semenjak berita perang baru di bumi Syam memenuhi media. Ia mengingatkan saya kepada peristiwa yang berlaku pada tahun 1997 di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut. Pagi itu saya bertolak dari Amman ke Istanbul dengan menaiki pesawat Middle East Airlines (MEA), penerbangan kebangsaan Lubnan. Kapal terbang yang saya naiki akan berhenti di Beirut selama 2 jam sebelum menukar pesawat untuk meneruskan perjalanan ke Istanbul. Akan tetapi saya berasa sedikit hairan kerana saya dan penumpang-penumpang yang lain terpaksa menempuh beberapa lapisan pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Amman sebelum dibenarkan menaiki pesawat berkenaan.
Ketibaan kami ke Beirut juga berada dalam suasana yang agak pelik. Kelihatan begitu ramai askar yang mengawal lapangan terbang dan ia bukan pemandangan biasa di situ. Ini bukan kali pertama saya transit di Beirut. Kami diperiksa oleh pihak askar sebelum dibenarkan masuk ke dewan transit. Mungkin ada sesuatu yang berlaku. Tak apalah, yang penting saya hanya perlu berada di situ sekitar dua jam kerana pesawat ke Istanbul akan berlepas pada jam 3:30petang. Satu jam... Dua jam... Tiga jam... Saya mula gelisah.
Penumpang-penumpang lain yang transit juga nampaknya semakin resah. Ada yang mula tidak senang duduk dan menyerang kaunter pertanyaan dengan pelbagai soalan. "Apa sudah terjadi? Mengapa kami tersangkut di sini? Apa yang berlaku?", seorang pelancong Eropah bertanya kepada pegawai bertugas. Merah mukanya menahan marah. "Ya, kami mahukan penjelasan. Apa yang berlaku?", penumpang-penumpang yang lain juga mendesak pegawai tersebut. "Kami belum mendapat pelepasan daripada pihak tentera untuk membenarkan pesawat terbang. Ia mungkin berlarutan hingga 24 jam", pegawai tersebut memberitahu. Apa? 24 Jam... Aduh, saya kebingungan.
Orang ramai mula kecoh. Dalamkesibukan pegawai-pegawai bertugas menenangkan keadaan, tiba-tiba satu letupan besar berlaku. "BOOM!!!", bunyinya seperti letupan bom dan saya yakin jaraknya tidak jauh dari lapangan terbang. Ya Allah, bangunan lapangan terbang bergegar dan saya seperti lemah lutut berdiri sendirian di tengah-tengah kekalutan itu. Orang ramai hening seketika. Terdiam dan terpinga-pinga mencari punca letupan tersebut. Kami tidak mendapat sebarang penjelasan dari pihak berkuasa. Saya berasa sedikit menyesal. Kerana mahu menjimatkan 30 Dinar, saya memilih untuk transit di Beirut, berbanding dengan penerbangan terus Amman –Istanbul dengan menaiki pesawat Royal Jordanian atau Turkish Airlines.
"Hmm. Ya Allah. Kalau ditakdirkan aku mati, biarlah matiku dalam perjuangan dengan penuh kemuliaan. Janganlah pula mati ketika transit sendirian di Beirut ini", saya cuba mententeramkan diri. Suasana lapangan terbang menjadi agak tenang berbanding sebelum letupan. Masing-masing masih terpinga-pinga memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku petang itu. Dalam keadaan yang agak gusar, fikiran saya terbang mencari kembalimemori-memori saya tentang Lubnan. Beirut yang saya baca sebagai Paris Timur Tengah, sememangnya bandar yang menakutkan. Saya terfikir, alangkah deritanya jiwa Sheikh Fathi Yakan berjuang di Lubnan kerana pada pemerhatian saya, Beirut menjuarai keruntuhan moral paling teruk di kalangan negara Arab.
Saya masih ingat ketika kali pertama saya transit di Beirut setahun sebelumnya. Saya bertanya kepada seorang pegawai MEA di kaunter pertanyaan,"boleh saya tahu di sini ada tempat Solat atau tidak?" "Tempat solat? Oh, kamu boleh Solat di tepi tangga itu.", pegawai tersebutmenunding jari ke arah tangga gelap menuju ke restoran di tingkat atas balai transit. Saya terkejut. Subhanallah. Saya sedang di Beirut atau di Paris? Alangkan Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle pun ada tempat Solat. "Boleh saya tahu di mana arah kiblat?", saya bertanya lagi. "Kiblat? Kiblat?", pegawai tersebut bertanya kepada rakan-rakannya dan kesemua mereka ketawa. "Maaf encik. Kami tidak tahu kiblat di mana.", pegawai tersebut menjawab dengan bersahaja.
Malah saya rasa begitu terhina. Saya masuk ke bilik air dan mengambil wudhu' di sinki. Tandasnya hanya bertisu, tiada paip air. Saya hanya mampu menggelengkan kepala. Hari itusaya bersolat di atas sekeping kotak yang saya bentang ke arah kiblat yang saya ijtihadkan berpandukan kedudukan matahari dan laut yang sayup-sayup kelihatan di seberang landasan kapal terbang. Lubnan baru sahaja bangun dari kebinasaan selepas beberapa siri peperangan terutamanya Peperangan Saudara Lubnan (1975-1990). Bangunan-bangunan yang runtuh dan berlubang kesan bom masih banyak yang terbiar di sekitar kota Beirut. Tetapi tidak perlu kita pergi jauh menyelongkar lorong-lorong Beirut di Nejmeh Square.
Cukup sekadar di lapangan terbangnya, sudah membuatkan kita tertanya-tanya, masih Islamkah Lubnan ini? Pemandangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri Beirut tambah menjelekkan apabila saya melihat gelagat wanita-wanita Arab dari negara Teluk yang berjubah hitam. Mereka menuju ke bilik air, dan kemudian keluar bersalin kulit seperti ular. Dari jubah hitam, yang tinggal hanyalah pakaian jahat dengan solekan melampau, tanpa segan memegang jubah hitam yang sudah dilipat di tangan mereka.
Aduh, saya rasa keIslaman saya amat dihina ketika di Beirut.
Pelbagai gelagat yang ditunjukkan oleh penduduk tempatan dan luar, sehingga saya terfikir, apakah mereka tiada langsung mempelajari sesuatu dari peperangan lalu? Selepas hampir 8 jam saya terkandas di Lapangan Terbang Beirut itu, akhirnya pesawat yang saya naiki dibenarkan berlepas ke Istanbul. Saya menarik nafas lega, tetapi masih kebingungan dengan letupan bom yang menggegarkan lapangan terbang sebentar tadi.
*SEJARAH SILAM BERULANG KEMBALI *
Hari ini Beirut sekali lagi menjadi medan berdarah. Luka-luka lama yang baru sahaja sembuh kini berdarah semula, dan kali ini ia lebih parah. Bukan hanya Beirut dan pekan-pekan di selatan Lubnan seperti Qana yang binasa, malah ia sebenarnya adalah rentetan kehancuran bumi Palestin di tangan Regim Yahudi yang digerakkan oleh puak Neo Conservatives di Amerika Syarikat yang memegang remote controller. Sebagaimana bumi Syam panas dan hangus dibakar kerakusan Yahudi, umat Islam di seluruh dunia juga memberikan pelbagai reaksi. Terlalu banyak yang boleh diperkatakan.
Namun saya ingin berkongsi rasa terhadap Sunnatullah yang berlangsung di sebalik tragedi demi tragedi ini. Ya, kita terluka sama dengan kematian dan kehilangan erti hidup wargaPalestin dan Lubnan. Tangan dan mulut kita tidak henti-henti melafazkan Qunut Nazilah demi merintih bantuan Allah agar dilepaskan umat Islam dari derita ini. Walau bagaimana pun, kita tidak harus lupa bahawa bencana di Lebanon ini bukan tragedi pertama umat Islam. Kita pernah kelam kabut, gelisah dan kebingungan semasa menyambut berita penyembelihan umat Islam beramai-ramai di Bosnia Herzagovina lebih 10 tahun yang lalu.
Kita tidak tahu apa yang patut dilakukan dan kita cepat melancarkan demonstrasi besar-besaran demi meredakan ledakan emosi yang dibakar oleh kekejaman Serbia. Kita segera membuka Malaysia kepada pelarian Bosnia dan menghulurkan atap dan pinggan untuk mereka berteduh. Selain Bosnia, kita sudah banyak kali terkejut, gelisah dan kebingungan terhadap satu demi satu bencana yang menimpa umat Islam. Iraq, Afghanistan,Kashmir, Ambon, Tak Bai dan aduh, terlalu sukar untuk menyenaraikan kesemuanya. Saya amat percaya bahawa semua yang berlaku ini adalah mengikut apa yang dikehendaki oleh pemilik papan catur yang kita hari ini sedang menjadi butir-butir pawns yang dilaga-lagakan dalam permainan tangan-tangan ghaib itu.
Pemain-pemain catur ini merancang pergerakan buah caturnya bukan selapis malah berlapis-lapis. Pemikiran simplistik tidak memungkinkan kita untuk keluar dari papan catur itu. Jika kita menang sekali pun, permainan akan diulang oleh tangan-tangan ghaib itu dan pada siri yang seterusnya, kita mungkin kalah pula dan menang semula selepasnya. Menang atau kalah, kita masih buah catur di papan permainan yang dimiliki oleh orang lain. Tangan-tangan ghaib itu mesti dikenali oleh umat Islam. Taaruf mesti bermula dengan mengimbas kembali sejarah Revolusi Perancis dengan gelagat Jacobins yang menganggap diri mereka di pihak yang benar. Mereka tidak perlu mengambil kira pendapat orang lain atau cuba menyediakan common ground untuk berbincang dengan tamadun dan nilai yang bertembung.
Lihat apa yang saya petik dari Wikipedia ini, di bawah kata kunci NEOCONSERVATISM:
The "traditional" conservative Claes Ryn has argued that neoconservatives are "a variety of neo-Jacobins." Ryn asserts that true conservatives deny the existence of a universal political and economic philosophy and model that is suitable for all societies and cultures, and believe that asociety's institutions should be adjusted to suit its culture, while Neo-Jacobins are attached in the end to ahistorical, supranational principles that they believe should supplant the traditions of particular societies. The new Jacobins see themselves as on the side of right and fighting evil and are not prone to respecting or looking for common groundwith countries that do not share their democratic preferences.
(Ryn 2003:387) Further examining the relationship between Neoconservatism and moralrhetoric, Ryn argues that Neo-Jacobinism regards America as founded on universal principles and assigns to the United States the role ofsupervising the remaking of the world. Its adherents have the intensedogmatic commitment of true believers and are highly prone to moralistic rhetoric. They demand, among other things, "moral clarity" in dealing with regimes that stand in the way of America's universal purpose. They see themselves as champions of "virtue." (p. 384). Thus, according to Ryn, neoconservatism is analogous to Bolshevism : in the same way that the Bolsheviks wanted to destroy established ways of life throughout the world to replace them with communism, the neoconservatives want to do the same, only imposing free-market capitalism and American-style "liberal democracy" instead of socialism. Colonel Lawrence Wilkerson , former chief of staff to U.S. Secretary of State Colin Powell , had the following to say in a December, 2005 interview with the German weekly Der Spiegel: "They are not new conservatives.
They'reJacobins. Their predecessor is French Revolution leader MaximilienRobespierre ." [9]
Jacobins inilah sebenarnya yang sedang memegang remote controller yang membinasakan Palestin dan Lubnan. Peranan golongan ini di Amerika Syarikat bersama sekutunya di Britain, amat bertepatan dengan keterangan Surahal-Israa' yang menjelaskan tentang dua kerosakan yang dilakukan oleh Yahudi.
"Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuatan untuk mengalahkanmereka (umat Islam), dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramaipasukannya."
[Al-Israa' 17.6]
Nas di atas memahamkan kepada kita bahawa terusir dan terhinanya bangsa Yahudi dari Tanah Arab tidak berterusan. Setelah merempat dari Semenanjung Tanah Arab, setelah terusir dari bumi Andalus, bangsa Yahudi ini kembali bangun berkuasa dan mengalahkan " mereka" iaitulah umat Islam yang suatu ketika dulu telah menunduk dan menamatkan fasad pertama mereka. Ia adalah pertembungan gelombang kedua. Namun kali ini mereka berkuasa bukanlah dengan kekuatan dari sumber mereka sendiri. Sebaliknya melalui sokongan pihak 'luar' berupa harta kekayaan, senjata dan anak pinak serta pasukan penyokong yang ramai. Kerana itulah Allah SWT menggunakan lafaz ( ????????? ) iaitu
"Kami perpanjangkan sokongan" sebagai mengisyaratkan kekuatan sumber ekonomidan tenaga manusia kepada Yahudi di era kerosakan kedua mereka itu adalahdari sumber luar.
Sesungguhnya kita hari ini sedang berhadapan dengan fasad kedua Yahudi. Mereka sedang menghancur binasakan bumi Syam, umat Islam dan dunia secarakeseluruhannya. Sifat takbur dan bongkak mereka berulang kembali. Dan kini, Amerika Syarikat serta kuasa Barat menghulurkan segala macam bantuan kepada Yahudi untuk mengekalkan kewujudkan mereka di bumi Palestin. Yahudi hari ini menjadi kuasa besar dunia dan Amerika Syarikat serta beberapa negara Eropah menjadi sumber kekuatannya. Bacalah dengan lebih lanjut apa yang telah saya coretkan berkenaan denganhal ini di bawah artikel
MASA DEPAN PALESTIN DARI KACA MATA AL-ISRAA' WA AL-MI'RAAJ
*TELADAN SIRAH BERSAMA DR.** ZIAD ABU HAMAD*
Dalam siri tribulasi ini, saya terkenang kepada kelas Sirah Nabawiyyah saya bersama Dr. Ziad pada tahun 1998. Ketika membahaskan tentang peristiwa serangan Abrahah terhadap penduduk Mekah di tahun kelahiran Rasulullah SAW, Dr. Ziad telah melontarkan satu soalan yang amat menyentak fikiran saya. Setiap butir katanya masih saya ingat dengan baik. Beliau bertanya, "Allah telah 'sudi' menyelamatkan penduduk Mekah dari dibinasakan oleh tentera Abrahah Sedangkan penduduk Mekah ketika itu rata-ratanya adalah penyembah berhala, ahli Jahiliah yang mengotorkan Masjid al-Haram dengan berhala dan segala kemungkaran. Jika penyembah berhala pun Allah selamatkan dari binasa, maka apakah puncanya Allah 'belum sudi' menyelamatkan kita dari segala bencana ini? Tidakkah kita lebih berhak ditolong oleh-Nya?" Ya. Soalan itu membingungkan saya.
Di manakah silap kami ya Allah? Apakah yang telah menghijab kami dari memperolehi kemenangan dan bantuan-Mu ya Allah? Akhirnya kelas menjadi sepi. Dr. Ziad membacakan firman Allah SWT
"Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)"
(Al-Anfaal : 33)
Beliau menjelaskan bahawa, Allah telah menyelamatkan penduduk Mekah,walaupun ketika itu mereka menyembah berhala kerana Nabi Muhammad SAW 'ada' bersama mereka. Baginda akan lahir dari kalangan mereka dan kerana adanya Rasulullah SAW, mereka terselamat dari dibinasakan Allah. Hari ini, tidak mungkin Rasulullah SAW akan ada bersama dengan kita secara fizikal. Namun, apakah kita yakin untuk memohon bantuan kepada Allah dengan kepercayaan bahawa kita di pihak Rasulullah SAW. Sunnah baginda ada dalam kehidupan kita, dan hati kita penuh rasa cinta dan kasih kepada Baginda. Benarkah kita begitu?
Jika benar, wangian pasti dapat dibau dari luar botolnya. Keindahan cinta kita kepada Baginda SAW di dalam hati dan komitmen kita kepada Sunnahnya, pasti dapat dilihat dari Aqidah kita yang selamat, Ibadah kita yang sejahtera dan Akhlak kita yang mulia. Muliakah kita wahai umat Islam? Rakyat kita makin rosak dan menuju Riddah. Pejuang Sunnah pula lebih bijak bertelagah dari berdakwah. Kita mengambil Sunnah Fekah tetapi kita tinggalkan Sunnah Akhlak.
Adakah Rasulullah SAW bersama kita? Jika Rasulullah SAW tiada bersama kita, maka marilah kita beristighfar kepada Allah dengan sebenar-benarnya Allah tidak akan membinasakan kaum yang Rasulullah SAW bersama mereka, dan bagi yang telah melakukan kesilapan, mereka segera beristighfar memohon keampunan dari Allah.
*HUKUMAN ALLAH YANG TIDAK MEMILIH SOLEH DAN 'TOLEH'*
Kita tidak boleh berlengah membantu umat Islam di Lubnan. Pelbagai langkah jangka pendek dan jangka panjang yang perlu serta boleh diusahakan. Jika mereka memerlukan bantuan perubatan, kita segara berikan sedaya mungkin. Jika mereka perlukan wang, kita segera hulurkan bantuan. Yang pasti, mereka juga perlukan doa. Tapi bukan doa sebarang doa. Mereka memerlukan doa yang 'didengar oleh Allah'. Oleh yang demikian, marilah kita berusaha untuk melayakkan diri agar doa kita didengar dan dimakbulkan oleh Allah.
*Golongan Gay di Beirut - BBC*
Langkah pertama kita adalah dengan meninggalkan maksiat. Tidakkah kita masihingat, kepada liputan media terhadap krisis moral di Lubnan, terutamanya di Beirut, baru beberapa bulan yang lalu. Beirut adalah sarang pelacuran homoseksual yang menggerunkan dunia Arab. Penyanyi-penyanyi wanita Lubnan pula berjaya menyebarkan virus mereka hingga lagu perempuan cela itu berkumandang dari gerai-gerai kitab di perkarangan masjid kita setiap Jumaat. Jangan sekali-kali kita lupa bahawa Bosnia juga cela sebelum disembelih Serbia. Afghanistan, Iraq, malah Baghdad di tahun 1258 juga sama. Begitu juga dengan Palestin di ambang kedatangan Zionis. Semua bencana ini telah bermula oleh kemungkaran besar-besaran umat Islam kepada Allah. Dengarlah amaran Allah kepada kita:
"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa balabencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya."
(Al-Anfaal : 25)
Kita perlu bertindak membantu setiap insan yang dizalimi. Soal Syiah atau tidaknya Hizbullah serta kewajaran menyokong mereka, harus diketepikan dengan melihat bantuan yang dimaksudkan ini adalah atas dasar manusia yang dizalimi. Mereka berhak dibantu. Kecuali pada soal meletakkan harapan agar kemenangan Hizbullah dapat memerdekakan bumi Palestin, maka itu menjadi suatu topik berasingan yang perlu dipertimbangkan dengan empirical evidence dari sejarah pertembungan Sunni Syiah yang panjang. Isu hari ini adalah penduduk Palestin dan Lubnan mesti dibantu.
Dan bantuan kemanusiaan berbentuk makanan, perubatan dan sebagainya, tidak memberikan sebarang makna jika kita tidak menghentikan segera MAKSIAT yangmenjadi punca dan pengundang kepada musibah ini. Sudah berulang kali kita sebutkan bahawa kejahatan ini datang dari Regim Yahudi dengan Amerika Syarikat sebagai sumber kekuatannya. Maka maksiat paling besar yang kita lakukan hari ini adalah pada ketidak upayaan kita untuk membenci Yahudi dan Amerika Syarikat kerana kita sudah terlalumembudayakan diri dengan segala yang Yahudi dan Amerika.
Mampukah rakyat Malaysia dan dunia umumnya mengutuk Yahudi ketika mereka sendiri sedang enak menjamah cara hidup Yahudi dan Amerika, a.k.a Hollywood?
Malaysia harus melihat bahawa hedonisma yang menyuntik nilai-nilai Yahudi dan Amerika ke jiwa masyarakat kita, sebagai jenayah yang serius. Kerana deretan acara hiburan di TV1, TV2, TV3, NTV9, 8TV dan TV9, masyarakat kita menjadi lumpuh dan terperosok ke lubang biawak Yahudi. Mereka mahu marah kepada Yahudi dan Amerika, tetapi mereka tidak sampai hati kerana mereka sudah ketagih Yahudi dan Amerika melalui hiburan, filem Hollywood, dan 1001 cabang hedonisma itu. Mampukah kita menolak Yahudi dan Amerika di Lubnan ketika Yahudi dan Amerika itu begitu lazat dan enak untuk dinikmati di Malaysia? Lantas, marilah kita semua bertaubat kepada Allah.
Mohon istighfar dan kembali taat kepada-Nya. Jika bantuan ringgit dan suara lembik OIC kita tidak sampai ke Palestin dan Lubnan, marilah kita segera memaksa diri untuk berubah, agar layak berdoa memohon bantuan dari Allah. Kewajaran Malaysiamemimpin OIC juga harus difikirkan kembali kerana rumah tangga sendiri juga nampaknya terlalu payah untuk diurus. Hanya dengan jati diri Muslim yang sebenar sahajalah, kita mampu keluar dari papan catur tangan-tangan ghaib itu.
*TELADAN ISRAA' DAN MIKRAAJ *
Firman Allah SWT:
"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. "
[Al-Israa' 17: 7]
Sesungguhnya fasad kedua Yahudi ini akan dihapuskan semula oleh umat Islam. Berkumpulnya Yahudi di bumi Palestin adalah untuk dibinasakan oleh umat Islam. Namun, kemenangan kali ini hanya akan diperolehi apabila umat Islam masuk semula ke bumi Palestin sebagaimana mereka memasukinya buat kali pertama iaitulah di zaman Umar al-Khattab Radhiyallahu 'anhu. Umar dan tentera Muslimin masuk ke bumi Palestin dengan kemegahan Islam yang digantung di pedang Jihad fi Sabilillah. Mereka masuk dengan iman serta akhlak yang tinggi lagi terhormat.
Kepelbagaian masalah umat Islam boleh diselesaikan dengan pelbagai cara. Namun permasalah Palestin hanya dapat diselesaikan dengan Jihad. Jihad yang mencontohi Umar al-Khattab RA dan tenteranya. Pada masa itulah bumi Palestin akan merdeka Dan kemerdekaan bumi Palestin adalah kemenangan bagi seluruh umat Islam! "Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah kamu memerangi Yahudi. Dan kamu memerangi mereka sehingga pokok dan batu berkata-kata. Lantas ia menyebut, wahai Muslim, wahai hamba Allah, dibelakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini dan bunuhlah ia! Kecuali pokok Gharqad kerana ia adalah dari pokok Yahudi
"[Hadeeth riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidhi]
Nitraria Retusa atau lebih dikenali di kalangan umat Islam sebagai pokok Gharqad
Hayatilah peristiwa al-Israa' wa al-Mi'raaj ini dengan semangat membebaskan umat Islam dari penjajahan Yahudi. Penjajahan fizikal di Palestin serta penjajahan budaya, undang-undang dan cara hidup di seluruh pelusuk tanah air umat Islam yang tercinta. Ya Allah, yang Maha pedih pembalasan-Nya. Yang Maha Pemaksa penentang-Nya. Wahai yang Maha Bijaksana, kami berlindung kepada-Mu dari tipu daya nafsu kami menyangkut apa yang Engkau tetapkan dan kehendaki. Kami berlindung kepada-Mu dari kejahatan mereka yang iri terhadap anugerah nikmat-Mu. Ya Allah, wahai yang Menyempurnakan segala yang kurang, yang Memperkaya segala yang miskin, yang Memberi rasa aman segala yang takut, yang Mempermudah segala yang sulit, amat Mudah, Amin.
Wa Shalallahu 'ala Sayyidina Muhammadwa 'Ala Aalihi wa Sahbihi wa Sallam Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Wa lillahil Hamd

Al-Hamra' : Lubnan...Oh Lubnan! Malaysia pulak bagaimana?


Tuesday, August 15, 2006

Gubra sebenarnya cuba mengangkat pemikiran liberalisme!!!

PENGARAH Yasmin Ahmad yang dikatakan sudah bosan dengan kecaman terhadap Sepet dan tak mahu lagi menyertai sebarang pesta filem di negara ini telah menang lagi melalui filem Gubra di Pesta Filem Malaysia Sabtu lalu.

Kemenangan Gubra telah mengesahkan mirip pemikiran golongan dunia seni hiburan, khasnya dunia perfileman Melayu bahawa unsur-unsur kemanusiaan atau humanisme dan liberalisme mestilah mengatasi lunas-lunas Islam.

Pendek kata apa yang hendak diperjuangkan oleh Yasmin dan rakan-rakannya ialah dalam usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia, soal agama adalah soal peribadi, soal rohaniah yang tidak ada hubung kait dengan cara hidup sekarang di mana orang Islam hanya merupakan salah satu daripada kaum-kaum yang mendiami bumi Malaysia ini.

Soal ketuanan Melayu dan keagungan Islam bukan menjadi perhitungan Yasmin.
Sedikit sebanyak kemenangan Gubra selarilah dengan rumusan seminar tentang hala tuju di Finas minggu lalu iaitu filem-filem Melayu sekarang mestilah memaparkan aspek-aspek kemanusiaan.
Soal-soal murtad di kalangan umat Islam sekarang adalah soal remeh-temeh yang tidak ada kaitan dengan soal cinta. Justeru dalam soal cinta, wanita Islam diajak mengikut kehendak hati sanubarinya tidak kira dengan siapa sekalipun walaupun suasana sekarang memerlukan jejaka itu kena masuk Islam.

Jadi menerusi Sepet dan Gubra mengajak wanita Melayu Islam supaya (sepertinya) meneroka percintaan dengan bukan Islam kerana kalau dilihat kepada suami Orkid dalam Gubra, lelaki Melayu memang tidak guna satu sen, sentiasa bersikap curang.

Apabila sudah kahwin terpulanglah kepada masing-masing memenuhi atau tidak memenuhi kehendak agama. Ini kan soal peribadi apatah lagi kehendak fardu kifayah. Sebab itulah dalam Gubra, Yasmin memaparkan seorang bilal memegang anjing pada waktu subuh (yang pastinya dibasahi embun) dalam perjalanannya ke surau. Bilal itu dan isterinya juga bersikap liberal dalam hubungan mereka dengan jiran, dua orang pelacur wanita Melayu.

Bukan sahaja tidak memberikan nasihat di segi agama, malah bilal dan isterinya juga tidak pernah menasihati mereka di segi kesihatan diri dan bahaya orang jahat yang sentiasa wujud dalam dunia pelacuran. Akhirnya yang seorang itu dijangkiti AIDS dan seorang lagi dibunuh lelaki dadah.

Dalam Gubra juga Yasmin memperjuangkan ‘hak sama isteri Islam’ di mana Orkid memaki-hamun dan menyepak terajang suaminya yang didapati curang. Soalnya, Orkid terjumpa dengan suaminya dengan teman wanitanya di satu kafe sedang dia (dengan rambut mengerbang dan berpakaian seperti perempuan sundal) keluar berjalan dengan lelaki bukan Islam dan bukan mahram (abang teman lelaki Cina dalam Sepet yang mati dalam kemalangan).

Apakah hukum dalam Islam seseorang isteri itu keluar rumah tanpa izin suaminya.
Tetapi ini Islam liberal yang sedang diperjuangkan oleh Yasmin dan beberapa NGO.

Dalam filemnya yang akan datang Yasmin akan memaparkan kisah cinta dua orang kanak-kanak yang pasti akan menimbulkan kontroversi lagi dan inilah yang disukai oleh Yasmin.

– BAKI MINUDDIN,
Al-Hamra' : AWAS!!! Umat Islam Malaysia...ini lagi kejayaan puak2 Islam Liberal !!

Tuesday, August 08, 2006

Perihal Seorang Yang Bernama Wanita...

Buat Yg Bernama Wanita::
"Ketika diciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Diberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Diberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Diberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Diberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Diberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kekadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu-ragu."
"Dan akhirnya, diberikannya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan ketika ia diperlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada." kerana..... setiap wanita itu sememangnya dijadikan cantik...


Al-Hambra': Cantiknya seorang muslimah bilamana ia menjadi seorang Mujahidah Srikandi Ummah!





















Monday, August 07, 2006

BUSHRA!! untuk rakyat Malaysia...!

Seminar Perpaduan Ummah dan Kemurnian Aqidah
Assalamu alaikum…

Tuan / Puan yang dirahmati,

Alhamdullillah, seminar ini akan di adakan pada tarikh
dan masa , sepertimana yang telah dijadualkan.
Beberapa tentatif berkaitan Seminar ini adalah
sepertimana ketetapan-ketetapan berikut :

Tajuk : Seminar Perpaduan Ummah dan Kemurnian Aqidah

Anjuran : Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur dengan
kerjasama Yayasan Sofa dan Yayasan Pendidikan Cheras

Tarikh : 25 – 28 Ogos 2006

Tempat : Dewan Jubli Perak
Bandar Kuantan,
Pahang Darul Makmur

Penyertaan : Terbuka kepada semua ( 800 orang yang
pertama , tempat adalah TERHAD, siapa dahulu dia dapat).
Terdiri daripada :

a. Ashab as Samahah semua Mufti-Mufti Negeri-Negeri di
Malaysia, termasuk Mufti-mufti di negara-negara Asia
Tenggara ( Mabins ).

b. Semua Pegawai Hal Ehwal Agama Islam , Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam / Majlis Agama Islam / Bahagian
Dakwah, negeri-negeri di Malaysia.

c. Semua Pegawai Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah
Malaysia / Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri, di
Malaysia.

d. Pensyarah-pensyarah, Mahasiswa/i dan para pelajar
di semua Universiti / Kolej , Institusi Pengajian
Tinggi / Awam dan Swasta di Malaysia.

e. Semua Pengetua Madrasah / Pondok , para Pendakwah
Bebas, individu dan kumpulan , NGO dan lain-lain.
Bayaran Penyertaan : PERCUMA*
Majlis Perasmian : YAB Perdana Menteri Malaysia **
Majlis Penutup : YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia
**
Majlis Perlancaran Kitab oleh YAB Perdana Menteri
Malaysia**

Karangan/Susunan - Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin
al Maliki.

Pembentang Kertas Kerja : 14 Pembentangan

KERTAS KERJA 1:
Prof. Dr. Ali Jumu’ah
Mufti Republik Arab Mesir.
Tajuk : Mazhab Asy’ari di antara Tafwidh dan Takwil.

KERTAS KERJA 2:
Prof. Dr. Ahmad Tayyib.
Rektor Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Halangan-halangan Ke arah kesatuan Ummah.

KERTAS KERJA 3:
Al Allamah Syeikh Muhammad Muhktar al Salami
Bekas Mufti Tunisia
Tajuk : Perbahasan tentang Hadith Jariah.

KERTAS KERJA 4
Dr. Sa’ad Jawish
Prof. Jabatan Hadith Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Perbahasan Tentang Hadith Perpecahan Ummah.

KERTAS KERJA 5:
Dr. Ahmad Badruddin Hasun
Mufti Syria.
Tajuk : Kefahaman Mengenai Tasawwuf

KERTAS KERJA 6:
Prof. Dr. Umar Abdullah Kamil
Ulama’ Arab Saudi.
Tajuk : Kebatilan Pembahagian Tauhid Kepada Tiga
Bahagian.

KERTA KERJA 7:
Al Allamah Syeikh Usamah al Sayyid Muhammad Mahmud
Sa’ad
Pensyarah Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Hukum-hakam Kubur.

KERTAS KERJA 8:
Dr. Muhammad Benkiran
Ulama’ Morocco
Tajuk : Ancaman Daripada Sembarangan Menghukum Kafir.

KERTAS KERJA 9:
Prof. Dr. Muhammad Abdul Fadhil
Naib Rektor Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Kepentingan bermazhab dan pendirian Islam
tentang Talfiq Mazhab.

KERTAS KERJA 10:
Al ‘Allamah al Muhaddith Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh
Penyelidik di Pusat Penyelidikan Islam Dubai.
Tajuk : Pentashihan Hadith Tawassul dan Ziarah.

KERTAS KERJA 11:
Prof. Dr. Faruq Hamadah.
Prof. Jabatan Hadith Universiti Muhammad 5 Morocco
Tajuk : Pemahamam Tentang Hadith-Hadith Mutasyabihat.

KERTAS KERJA 12:
Al ‘Allamah Syeikh Sa’id Abdul Latif Faudah.
Ulama’ Besar Jordan.
Tajuk : Salafi dulu dan kini, dan implikasinya
terhadap perpecahan ummah.

KERTAS KERJA 13:
Al ‘Allamah Syeikh Abdullah Farraj al Syarif
Ulama’ Arab Saudi.
Tajuk : Kaedah Usul: al Tarku La Yuntaju Hukman;
Perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah tidak
menatijahkan suatu
hukuman?

KERTAS KERJA 14:
Al ‘Allamah Sayyid Ahmad Muhammad ‘Alawi al Maliki al
Hasani.
Pensyarah Universiti Malik Abdul Aziz Jeddah.

Tajuk : Pemahaman Sebenar Tentang Bid’ah.

Pembentangan adalah di dalam Bahasa Arab / Bahasa Inggeris.
Semua pembentangan boleh dirujukkan/dibaca
bersama dengan Buku Kertaskerja-kertaskerja ( yang akan dibekalkan ),
yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia.***
Harapan :

Seminar Ahli Sunnah wal Jamaah ini begitu besar ertinya kepada umat Islam
di negara ini dan kejayaanmenganjurkan seminar ini pasti menyaksikan satu
perubahan besar dalam pemahaman berkaitan aspek Aqidah ini. Apa yang
penting daripada seminar yang dirancangkan ini akan menjadi titik tolak kepada
umat Islam yang mempunyai jati diri dari segi penguasaan ilmu, kemahiran dan
kepakaran selain dapat membetulkan sebarang salah anggap bukan Islam terhadap agama sucinya.


PERCUMA* Termasuk Beg Seminar, Buku Kertaskerja,
Tag Peserta, Alatulis, Sijil Penyertaan dll.
( Tertakluk kepada perubahan terakhir )
** Tertakluk kepada perubahan terakhir.
*** Tertakluk kepada pindaan terakhir.

Dari Meja Sekteriat :
Seminar Ahli Sunnah wal Jamaah :
Seminar Perpaduan Ummah dan Kemurnian Aqidah
Peringkat Antarabangsa

25 - 28 Ogos 2006.
Untuk keterangan lanjut @ sebarang pertanyaan, sila
hubungi :

Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tel : 019 912 1413

Salahuddin bin Azarai
Tel : 012 686 7315

( JADUAL / PROGRAM DI ATAS ADALAH TERTAKLUK KEPADA
SEBARANG PERUBAHAN / PINDAAN YANG AKAN DIBERITAHU
KEMUDIAN )

Sunday, August 06, 2006

Mendamba Bidadari Syurga...

WANITA SOLEHAH ~ Bidadari Mencemburui Kesolehannya....

Tazkirah Perhiasan yang menjadi dambaan…

Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau.

Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki."Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.

Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata.

Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi.

Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:
" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."
Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.

Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal.

Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami.

Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-suatu perhambaan yang tersirat.

Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

Al-Hamra': Mendamba 'bunga sejati'

Thursday, August 03, 2006

JOMM...pakat-pakat hantar petisyen!!!

Assalamualaikum warahmatullah
UMAT ISLAM MALAYSIA, DI SELURUH DUNIA DISERU MENGHANTAR SEBERAPA BANYAK PETISYEN MENENTANG SEBARANG BENTUK USAHA MENGGANGGU-GUGAT KETUANAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA MALAYSIA!
MEMBANTAH KEWUJUDAN KUMPULAN ARTIKEL 11 YANG TERANG-TERANGAN BERCANGGAH DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA SERTA BOLEH MEWUJUDKAN KETEGANGAN ANTARA AGAMA DI MALAYSIA!
SILA LAWATI WEBSITE RASMI - PEMBELA (Gabungan NGO-NGO Islam yang menentang kewujudan Kumpulan Artikel 11) : http://myislamnetwork.net
Klik 'Petisyen Online' di ruangan utama Wensite tersebut untuk menghantar seberapa banyak petisyen tanda sokongan anda pada ISLAM!
Atau terus ke 'jaringan istana' di dalam blog ini (ruang bawah sebelah kiri) dan klik di PEMBELA_NGO'S
Al-Hamra' : Takkan ISLAM hilang di dunia!!!

Tuesday, August 01, 2006

MARI KITA AMALKAN BERSAMA...

MUNAJAT GOLONGAN TERTINDAS

Doa ini boleh dibaca selepas solat hajat , waktu - waktu mustajab dan juga di dalam qunut ( Nazilah )


اللهمَّ ياَ وَدُوْدُ ياَ وَدُوْدُ ياَ ذَا الْعَرْشِ الْمَجِيْدِ ياَ مُبْدِئُ ياَ مُعِيْدُ ياَ فَعَّالُ لِّمَا يُرِيْدُ . نَسْأُلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِيْ مَلأَ أَرْكَاْنَ عَرْشِكَ وَ بِقُدْرَتِكَ الَّتِي قَدَرْتَ ِبهاَ عَلى جَمِيْعِ خَلْقِكَ وَ بِرَحْمَتِك َالَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْئٍ لا إِلهَ إِلا أَنْتَ . ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا.

اللهمَّ احْكُمْ وَاقْضِ على هَؤُلأِ الَّذِيْنَ يُؤْذُوْنَنَا بِغَيْرِ الْحَقِّ حَتَّى يَرْجِعُوْا
اِلَيْكَ اللهمَّ احْكُمْ وَ اقْضِ على مَنْ ظَلَمَنَا بِغَيْرِ الْحَقِّ حَتَّى يَرْجِعُوْا اِلَيْكَ . اللهمَّ احْصِهِمْ عَدَدًا وَ اقْضِهِمْ بَدَدًا وَ لا تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا وَ اقْذِفْ فِي قُلُوْبِهِمُ الرُّعْبَ .

اللهمَّ ياَ مَنْ ذَلَّتْ لَهُ رَبُّ الْجَباَبِرَةِ وَ خَضَعَتْ لَهُ أَعْنَاقُ الأَكَاسِرَةِ لا مَلْجَأَ
مِنْكَ إِلاّ اِلَيْكَ وَ إِعَانَةَ إِلاّ بِكَ وَ لا اِتْكَاْلَ إِلاّ عَلَيْكَ اِدْفَعْ عَنَّا كَيْدَ
الْحَاسِدِيْنَ وَ ظُلُمَاتِ الْمُعَانِدِيْنَ وَ أَشْرَارَ الْحَاقِدِيْنَ وَ الظَّالِمِيْنَ وَ ارْحَمْناَ
تَحْتَ سَرَادِقَاتِ عَرْشِكَ . يا أَكْرَمَ الأَكْرَمِيْنَ أَيِّدْ ظَاهِرَنَا في تَحْصِيْلِ
مَرَاضِيْكَ وَ نَوِّرْ قُلُوْبَنَا وَ سِرِّ إِخْوَانِنَا لِلإِطْلاَعِ على مَنَاهِجِ مَسَاعِيْكَ .

اللهم باَعِدْ بَيْنَنَا وَ بَيْنَ أَعْدَائِنَا وَ مَنْ يَحْسُدُنَا كَمَا باَعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَ الْمَغْرِبِ وَ اخْطُفْ أَبْصَارَهُمْ عَنَّا بِنُوْرِ قُدْسِكَ وَ ثُبُوْتِ عَزَائِكَ إِنَّكَ أَنْتَ الْمُعْطِى لِجَلاَئِلِ النِّعَمِ بِرَحْمَتِكَ ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ .

اللهمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانِ هآمَّةِ وَ مِنْ كُلِّ عَيْنِ
لاَّمَّةِ . اللهمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ في نُحُوْرِ أَعْدَائِنَا وَ مَنْ يَحْسُدُنَا وَ نَعُوْذُ بِكَ مِنْشُرُوْرِهِمْ . اللهمَّ رُدَّ كَيْدَهُمْ على نُحُوْرِهِمْ . اللهمَّ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَ زَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَ سَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ وَ لاَ تَطْمَعْ فِينْاَ عَدُوًّا وَ لاَ حَاسِدًا وَ لاَ مَنْ في قُلُوْبِهِمْ سُوْءُ الظَّنِّ ياَ قَهَّارُ يا جَبَّارُ يا مُنْتَقِمُ يا ذَا الْجَلاَلِ وَ الإِكْرَامِ .

اللهمَّ رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَ ثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَ انْصُرْنَا على الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ . اللهمَّ أَصْلِحْ ذَاْتَ بَيْنِنَا وَ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِنَا وَ اهْدِنَا إِلى سَبِيْلِ السَّلاَم ِوَ نَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلى النُّوْرِ وَ جَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ ماَ ظَهَرَ مِنْهَا وَ ماَ بَطَنَ . اللهمَّ أَنْتَ رَبُّ السَّتَّارِ فَاسْتُرْ عَوْرَاتَنَا وَ آمِنْ رَوْعَاتَنَا .


اللهمَّ أَعِنَّا وَ لاَ تُعِنْ عَلَيْنَا وَ انْصُرْنَا وَ لاَ تَنْصُرْ عَلَيْنَا وَ امْكُرْ لَنَا وَ لاَ تَمْكُرْ
عَلَيْنَا وَ اهْدِنَا وَ يَسِّرِ الْهُدَى لَنَا وَ انْصُرْنَا على مَنْ بَغَى عَلَيْنَا .اللهمَّ اهْدِنَا إِلى سَوَآءَ السَّبِيْلِ وَ اجْعَلْنَا مِنَ الْهُدَاةِ الْمُهْتَدِيْنَ وَ الدُّعَاةِ الْمُرْشِدِيْنَ . اللهمَّ وَحِّدْ صُفُوْفَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ الْمُخْلِصِيْنَ وَ انْصُرْ جُيُوْشَ الْمُوَحِّدِيْنَ وَ مَنْ مَعَهُمْ .

اللهمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِوَجْهِ اللهِ الْكَرِيْمِ وَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لاَيُجَاوِزُهُنَّ بِرٌّ وَ لاَ فاَجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَ مِنْ شَرِّمَا يَعْرُجُ فِيْهاَ وَ مِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ في الأَرْضِ وَ مِنْ شَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَ ِمنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَ النَّهَارِ وَ مِنْ طَوَارِق ِاللَّيْلِ وَ النَّهَارِ إِلاّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرِ ياَ رَحْمنُ ياَ رَحِيْم ُياَ فَتَّاحُ الْقُلُوْبِ ياَ سَتَّارَ الْعُيُوْبِ يا كَاشِفَ الْكُرُوْبِ إِنَّكَ أَنْتَ عَلاَّمُ الْعُيُوْبِ

اللهمَّ ياَ مَنْ نُوْرُهُ في سِرِّهِِ وَ سِرُّهُ في خَلْقِهِ أَخْفِنَا عَنْ أَعْيُنِ النَّاظِرِيْنَ وَ قُلُوْبِ الْحَاسِدِيْنَ وَ الْبَاغِيْنَ كَمَا أَخْفَيْتَ الرُّوْحَ في الْجَسَدِ إِنَّكَ عَلى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٍ اللهمَّ اجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلى مَنْ ظَلَمَنَا وَ انْصُرْنَا عَلى مَنْ عَادَاناَ وَ لاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا في دِيْنِنَا وَ لاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَ لاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا وَ لاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لاَ يَخَافُكَ وَ لاَ يَرْحَمُنَا

اللهمَّ إِنَّا نَشْكُوْ اِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِنَا وَ قِلَّةِ حِيْلَتِنَا وَ هَوَاناَ عَلى النَّاسِ . ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ أَنْتَ رَبُّ الْمُسْتَضْعَفِيْنَ وَ أَنْتَ رَبُّنَا . اللهمَّ إِلى مَنْ تَكِلُنَا إِلى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنَا أَوْ إِلى عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِنَا إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيْنَا فَلاَ نُبَالِى غَيْرَ أَنْ عَافِيَتَكَ أَوْسَعُ لَنَا مِنْ ذُنُوْبِناَ . نَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِيْ أَشْرَقَتْ بِهِ الظُّلُمَاتِ وَ صَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدُّنْيَا وَ الآخِرَةِ أَنْ يَنْزِلَ بِنَا سَخَطُكَ أَوْ يَحِلَّ عَلَيْنَا غَضَبُكَ لَكَ الْعُتْبَى حَتَّى تَرْضَى وَ لاَ حَوْلَ وَ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ .

اللهمَّ أَمَرْتَنَا بِالدُّعَاءِ وَ وَعَدْتَنَا بِالإِسْتِجاَبَةِ فَاسْتَجِبْ دُعَائَنَا . اللهمَّ لَكَ الْحَمْد ُوَ لَكَ الْمُشْتَكَى وَ بِكَ الْمُسْتَعَانُ وَ عَلَيْكَ التُّكْلاَنُ فاَسْمَعْ أَصْوَاتَ دُعَاتِكَ هَذا إِنَّكَ عَلى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٍ

Kemudian sambung dengan doa rabitah...

TERJEMAHAN MUNAJAT

Ya Allah! Ya Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami.
Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menyakiti kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menzalimi kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu.

Ya Allah! Ya Tuhan yang tunduk kepadaNya pemimpin-pemimpin yang sombong. Wahai Tuhan yang tunduk kepadaNya orang-orang yang membawa perpecahan.Tidak ada yang datang dari Engkau ya Tuhan melainkan akan kembali kepadaMu jua. Tidak ada tempat untuk memohon pertolongan melainkan kepadaMu dan tidak ada tempat bergantung melainkan kepadaMu.
Hindarkanlah kami daripada segala tipudaya orang-orang yang dengki dan kegelapan orang-orang yang menentang kami, jua keburukan orang-orang yang iri hati serta zalim. Dan rahmatilah kami dibawah naungan ArashMu. Wahai Tuhan yang maha Mulia, kuatkanlah tubuh badan kami untuk mendapatan keredhaanMu, dan terangilah hati-hati kami dan sanubari sahabat-sahabat kami untuk melaksanakan manhajmu.

Ya Allah, jauhkanlah antara kami dengan musuh-musuh kami dan orang-orang yang dengki kepada kami sebagaimana Engkau jauhkan diantara timur dan barat. Sambarlah pandangan-pandangan mereka dari melihat kami dengan cahaya kebesaranMu dan kemuliaanMu. Sesungguhnya Engkaulah pemberi sebesar-besar nikmat dengan rahmatMu, ya Tuhan yang Maha Mengasihani.

Ya Allah! Kami berlindung dengan kalimah-kalimahMu yang sempurna daripada setiap gangguan Syaitan dan setiap penglihatan yang jahat dan membahayakan. Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami serahkan kepadaMu tengkok musuh-musuh kami dan orang-orang yang mendendami kami.
Kami juga berlindung denganMu daripada perbuatan jahat mereka. Ya Allah! Kembalikanlah tipudaya mereka ke atas tengkok-tengkok mereka sendiri. YaAllah! hancurkanlah kesatuan mereka dan pecah belahkanlah panji mereka, goncangkanlah pendirian mereka dan utuskanlah keatas mereka anjing daripada anjing-anjingMu.
Ya... Allah
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kesabaran ke atas kami dan tetapkanlah pendirian kami. Tolonglah kami untuk menghadapi kaum yang engkar. Ya Allah! Perbaikilah hubungan diantara kami dan jinakkanlah diantara hati-hati kami. Tunjukkanlah kami jalan-jalan yang selamat dan keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhilah kami dari kekejian samaada yang zahir daripadanya mahupun yang tersembunyi. Wahai Tuhan kami engkaulah Tuhan yang maha menutup, maka tutuplah keaiban kami dan amankanlah ketakutan kami.

Kurniakan kami hidayah, mudahkanlah hidayah itu untuk kami. Ya Allah! Tolonglah kami, janganlah susahkan kami.Tolonglah kami, janganlah Engkau tolong mereka untuk menyusahkan kami, rancangkanlah untuk kami, janganlah Engkau rancangkan untuk mereka yang menyusahkan kami.
Tolonglah kami untuk menentang orang yang hendak melakukan kezaliman ke atas kami. Ya Allah! Pimpinlah kami ke jalan yang lurus dan jadikanlah kami dikalangan penunjuk jalan yang mendapat petunjuk dan dikalangan para da'ie yang mendapat petunjuk. Ya Allah! Satukanlah saf pejuang-pejuang kami yang ikhlas dan bantulah tentera-tentera yang bersatu dan orang-orang yang bersama dengan mereka.

Ya Allah! Sesungguhnya dengan wajah (Kebesaran) Allah yang Maha mulia dan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh orang yang berbuat kebaikan mahupun kejahatan, kami berlindung daripada kejahatan-kejahatan yang turun dari langit dan daripada kejahatan yang naik ke langit, daripada kejahatan yang bertebaran di muka bumi dan yang keluar daripadanya, daripada fitnah malam dan siang, daripada kejutan bahaya-bahaya besar yang datang pada waktu malam dan siang, melainkan kejutan yang datang dengan baik. Ya Tuhan yang maha pemurah, Ya Tuhan yang amat mengasihani, Ya Tuhan yang yang membuka hati, Ya Tuhan yang menutup keaiban. Ya Tuhan yang menyingkap kesusahan. sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi.

Ya Allah! Ya Tuhan yang cahaya kemulianNya dalam rahsiaNya dan rahsiaNya dalam ciptaanNya,sembunyikanlah kami daripada pandangan orang-orang yang sentiasa memandang dan daripada hati orang-orang yang dendam serta orang-orang yang melampau sebagaimana Engkau sembunyikan roh di dalam jasad.sesungguhnya Engkaulah Maha berkuasa diatas tiap-tiap sesuatu.
Ya Allah! Tindakkanlah ke atas orang-orang yang menzalimi kami dan menentang kami. Janganlah Engkau jadikan musibah terhadap agama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai cita-cita utama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai tujuan ilmu kami dan janganlah Engkau timpakan kepada kami sebab dosa kami akan kekerasan orang-orang yang tidak gentar kepadaMu dan orang yang tidak mengasihani kami.

Ya Allah! Sesungguhnya kami mengadu kepadaMu lemahnya kami, sedikitnya helah kami dan hinanya kami di sisi manusia. Ya Tuhan yang maha mengasihani, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah tertindas dan Engkaulah Tuhan kami. Ya Allah! Kepada siapakah Engkau campakkan kami. Kepada orang-orang yang jauh yang membenci kami atau kepada musuh yang mengancam kami. Jika Engkau tidak murka kepada kami maka kami tidak peduli.
Akan tetapi keampunanMu lebih meluas kepada kami daripada dosa-dosa kami. Dengan cahaya wajahMu (kebesaran) yang menerangi kegelapan dan menjadi menjadi baik di atasnya urusan dunia dan akhirat, kami berlindung daripada ditimpakan ke atas kami kemurkaanMu kepadaMulah tempat bermohon sehingga engkau redha. Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan Allah yang maha tinggi lagi maha Agung.

Ya Allah! Engkau telah memerintahkan kami supaya berdoa dan Engkau telah menjanjikan kepada kami dengan diperkenankan doa. Maka perkenankanlah doa kami. Ya Allah! KepadaMulah segala Pujian, kepadaMulah tempat mengadu dan denganMulah tempat memohon pertolongan.KepadaMulah tempat bergantung, maka dengarilah suara doa munajat kami ini. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu.