Sunday, July 23, 2006

Pengisytiharan Jihad dalam Undang-Undang...!!!

Kuala Lumpur - (12 Julai) hari yang cukup bersejarah dalam dunia kepeguaman negara apabila kes Lina Joy menjadi pencetus gagasan peguam Muslim Malaysia bangkit melancarkan 'jihad undang-undang' demi mempertahankan Aqidah dan kedaulatan Islam yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Seluruh dewan mesyuarat Mahkamah Syariah 'tegang dan panas' apabila disimbah benzen semangat Islam yang meluap-luapkan api perjuangan semua hadirin yang terdiri daripada peguam, pensyarah universiti dan juga pelajar undang-undang untuk bertindak agresif mempertahankan undang-undang Islam dan kedaulatannya.
Dalam kes Lina Joy (kini beusia 43 tahun) telah memohon kepada pihak mahkamah untuk memadamkan kalimah ISLAM dalam kad pengenalannya. Dalam permohonan tersebut, Mahkamah tinggi memutuskan bahawa tindakan ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara untuk menghalang usaha menukar agama adalah benar. Bagaimanapun, Sri Ram salah seorang hakim mahkamah Tinggi menolak keputusan tersebut dan bersedia untuk mengubah keputusan tersebut. Sekiranya keputusan tersebut berubah maka ia akan memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada rakyat untuk memilih agama mereka. Inilah suatu bahaya kepada Aqidah umat di Malaysia.
Peguam Pembela Islam atau PPI berjaya ditubuhkan dengan dipandu oleh Sdr Zainur Zakaria, dibantu oleh 13 anggota sekretariat badan bertindak antaranya Puan Kamar Ainiah, sdr Rosidi, Sdr Zainur Rejal, Sdr Radzi, temasuk Zulkifli Nordin dan beberapa senior lawyer yang 'very high profile' dalam persada kepeguaman. Asas perjuangan badan bertindak ini adalah mempertahankan kedaulatan Islam setelah 'kacau-bilau' yang dicetuskan oleh beberapa gerakan (yang mempunyai agenda mengenepikan Islam) untuk 'mengganggu' peruntukan yang telah termaktub dalam perlembagaan.
Manakala ACCIN dianggotai ABIM, JIM dan lain-lain akan membantu menyelaraskan usaha menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada masyarakat Malaysia terutama berhubung soal Aqidah dan kedaulatan Islam yang diperuntukan dalam perundangan negara. Media juga akan digempur habis-habisan dalam memimpin pandangan umum terhadap isu 'kebebasan beragama' yang amat kritikal dan membimbangkan mutakhir ini.
Teman dan rakan-rakan melihat segenap penjuru dewan tersebut dengan pandangan yang sangat terharu melihatkan obor ISLAM kian bersemarak dan menjangkakan ia pasti dan pasti akan terus bersemarak. Kebangkitan seumpama ini sangat membanggakan. Setelah sekian lama peruntukan undang-undang ISLAM yang makin diperkecil dan diperlekehkan, Allah telah menyatukan seluruh peguam Muslim dan mereka yang berjuang dalam arena perundangan untuk bangkit mempertahankan kalimah ALLAH dalam jihad undang-undang. Marilah kita kembali bersatu seumpama kesatuan umat dalm mempertaankan Aidah Natrah suatu ketika dulu. Semua rakyat dan pemimpim bangkit mempetahankan Islam demi seorang wanita yang ingin dikafirkan semula oleh sistem perundangan Kuffar.
Sebagai umat Islam kita akan terus berusaha mempertahankan Aqidah rakyat dan membimbing rakyat untuk menghayati Islam yang Syumul. Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus berjuang mempertahankan Islam yang kian dicabar oleh musuh Islam diserata dunia, dari segala sudut , dari segala dimensi. Doakan kejayaan kepada para pejuang Islam dalam semua lapangan supaya mereka sentiasa diberikan Hidayah, kekuatan dan kemenangan. Teruskan jihad ini kerana inilah Jihad kita pada hari ini. Masanya telah tiba.
Safwan
Julai 2006
UIAM Gombak
Al-Hamra' : hanyya bina...hanyya a'lal JIHAD!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home