Thursday, July 27, 2006

BINCANG-BINCANG PASAL RAYA...

Kongsi Raya : Keharamannya Jelas?!

Kongsi raya menurut perspektif masyarakat Malaysia bermaksud menyambut perayaan tahunan agama dan kaum di Malaysia secara bersama-sama. Ianya diamalkan sejak beberapa tahun yang lalu. Di sebabkan sambutan perayaan agama dan kaum di Malaysia seringkali bertembung, maka, suatu keputusan telah diambil untuk menggabungkan sambutan perayaan yang seringkali bertembung itu. Ia kemudiannya telah diterimapakai di peringkat badan-badan berkanun dan agensi kerajaan.

Sejak ia mula diadakan, tidak ada pihak yang tampil ke hadapan untuk menjelaskan kedudukan sambutan kongsi raya menurut hukum syara'. Sehinggalah pada 22hb Oktober 2004, Jabatan Mufti Negeri Perak mengeluarkan fatwa bahawa hukum mencampuradukkan perayaan Islam dengan perayaan kafir adalah haram. (http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022-2.h)

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini kembali mengulangi pendiriannya tentang isu tersebut di dalam akhbar The Star bertarikh 14 Jun 2006. Datuk Seri Harussani juga meluahkan kebimbangannya tentang ancaman Pluralisme yang ada hubungkait dengan sambutan kongsi raya tersebut.

Pandangan Daruk Seri Harussani itu telah mendapat reaksi daripada Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat, JUST, Dr Chandra Muzaffar. Di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19hb Jun 2006, Dr Chandra Muzaffar meminta Datuk Seri Mufti untuk menjelaskan konsep Pluralisme manakah yang dimaksudkan oleh Mufti Perak itu. Ini adalah kerana, Dr Chandra menerangkan bahawa terdapat beberapa maksud di dalam pembahasan Pluralisme.

Sebagai salah seorang ahli intelektual, Dr Chandra seharusnya sudah boleh memahami, konsep Pluralisme manakah yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Harussani itu. Adakah Dr Chandra keliru?. Timbul pula persoalan bagaimana seorang ahli intelektual seperti Dr Chandra boleh keliru memandangkan huraian isu tersebut telah dijelaskan di dalam akhbar berbahasa Inggeris yang terkenal di Malaysia iaitu The Star.

Kongsi Raya Menurut Perspektif Syara'

Perbuatan meraikan perayaan kaum-kaum kafir samada perayaan yang disambut oleh golongan Nasrani, Yahudi ataupun Musyrikin , adalah sangat jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (TMQ. at-Taubah[9]:33)

Di dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkanNya terhadap semua agama.Dan cukuplah Allah sebagai saksi."
(TMQ.al- Fath[48]:28).

Tafsiran kedua-dua ayat di atas dengan jelas menerangkan bahawa orang-orang kafir kesemuanya akan dimasukkan ke dalam neraka bersama penguasa mereka sebagaimana yang dikuatkan oleh Hadis Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya akan terbukalah bagimu ( kaum muslimin) bahawa bumi Allah dari timur sampai ke barat. Dan bahawa para penguasanya akan masuk neraka semuanya kecuali yang bertakwa dan melaksanakan amanat di antara mereka."
[HR Ahmad] - Tafsir Ibn Kathir.

Jadi, untuk apa kita menyambut perayaan kemenangan agama lain sedangkan mereka kesemuanya akan dihumban ke dalam neraka? Justeru, perbuatan untuk duduk bersama-sama di dalam majlis sambutan perayaan orang-orang kafir seolah-olah kita membenarkan kemenangan agama mereka. Padahal, Islam diutus untuk dimenang dan ditinggikan atas semua agama yang ada.

Kerapkali juga kita dapat lihat menerusi kaca-kaca TV, bagaimana sebahagian kaum muslimin yang berpakaian menyerupai kaum-kaum lain ketika menghadiri sambutan kongsi raya. Justeru itu, perbuatan tersebut termasuk di dalam apa yang dikatakan sebagai "tasyabbuh bil kuffar",yang bermaksud menyerupakan orang kafir. Suatu perbuatan yang mana sangat jelas bertentangan dengan aqidah Islam yang kita anuti. Islam melarang umatnya daripada meniru dan menyerupai perbuatan-perbuatan orang kafir. Larangan telah dinyatakan dengan tegas oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dengan sabdanya :

"Barangsiapa di kalangan kaum muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan-perbuatan orang kafir,maka dia dikalangan mereka( orang-orang kafir)."
(HR. Abu Daud, Al-Baihaqi,Ibnu Majah,Ahmad dan Ad-Daruquthni)

Terdapat suatu kisah yang melibatkan Abdullah Bin Salam. Beliau dan beberapa sahabat mereka yang lain pernah suatu ketika meminta kepada Rasulullah SAW agar mengizinkan mereka meraikan atau mengagungkan Hari Kebesaran orang-orang Yahudi iaitu Hari Sabtu ,di samping membenci daging dan susu unta. Setelah Rasulullah SAW mendengar permintaan tersebut, maka Rasulullah saw terus menegur dan memberi peringatan kepada mereka.

Daripada huraian di atas, menyambut perayaan kaum atau agama lain itu termasuk di dalam perbuatan yang dicela oleh Islam. Ini adalah kerana ia boleh merosakkan aqidah seseorang muslim. Apapun, kongsi raya juga merupakan salah satu perbuatan yang dianggap sebagai redha terhadap agama dan kepercayaan mereka,di samping secara tidak sedar mereka telah mengiktiraf dan mengakui wujudnya agama selain daripada Islam. Inilah yang dikatakan bahaya ancaman idea Pluralisme yang menganggap bahawa semua agama adalah sama.
Tidak ada bezanya antara Islam dan juga agama-agama yang lain. Bertunjang daripada idea Pluralisme inilah, maka berbagai kelompok-kelompok Islam yang telah diracuni oleh pemikiran kufur dan telah membolehkan sambutan kongsi raya di adakah di Malaysia ini dengan alasan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Inilah akibatnya,jika umat Islam tidak dipandu oleh aqidah Islam yang benar.
Mereka juga tidak menjadikan halal-haram sebagai kayu ukur di dalam melakukan sesuatu perbuatan (miqyasul 'amal).Mereka lebih cenderung untuk bersandarkan kepada manfaat, untung-rugi ataupun maslahat tanpa merujuk kepada ketetapan syara'. Salah satu kaedah syara yang mashyur bermaksud :

" Asal tiap-tiap perbuatan terikat dengan hukum-hukum syara'.

(Al-Ashlu Fi Al-Af'al At-Taqayyudu Bi Ahkam Asy-Syar'ie).
Jadi, semua perbuatan kita adalah terikat dengan hukum syara'. Maka, pada dasarnya adalah wajib bagi setiap muslimin untuk mengetahui setiap hukum syara' yang berkaitan dengan amal kehidupannya sehari-hari. Setiap perbuatan yang tidak didasarkan kepada aturan Allah SWT dikhuatiri akan menyebabkan kita terjerumus ke dalam kebinasaan dan kerosakkan.

Justeru, sekiranya telah jelas sesuatu keharaman itu , ia tidak perlulah dilakukan sebarang kajian lagi. Jadi, mengapakan masih ada gesaan daripada pihak dan pertubuhan tertentu agar dilakukan kajian semula tentang konsep sambutan kongsi raya tersebut. Adakah untuk diubah agar bersesuaian dengan Islam? Sesungguhnya, jika terdapat sebarang usaha untuk mengolah semula konsep sambutan tersebut, ia juga dianggap telah terkeluar daripada ajaran Islam. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Yang halal itu jelas dan yang haram itu pun jelas,dan diantara kedua-kedua itu ada perkara-perkara yang syubhat( samar),maka barangsiapa yang telah mejauhi perkara syubhat tersebut bererti dia telah menjaga agamanya."
(HR. Al-Bukhari).

Begitu juga sabdanya lagi yang bermaksud :

"Yang halal itu ialah apa-apa yang telah dihalalkan oleh Allah swt di dalam kitabnya,dan yang haram itu ialah apa-apa yang telah diharamkan oleh Allah SWT di dalam kitabnya. "

Kedua-kedua hadis tersebut telah menjelaskan kepada kita bahawa yang halal dan haram itu adalah jelas. Maka janganlah kita mencampur-adukkan yang hak dan batil semata-mata kerana tujuan kemaslahatan. Hakikatnya, kemaslahatan itu bukannya ditentukan oleh manusia, sebaliknya ia ditentukan oleh Allah SWT sebagai Pencipta kita. Ingatlah, ketika mana adanya penerapan hukum syari'at, pasti akan ada kemaslahatan. Ini bertepatan dengan kaedah syara' yang bermaksud :

"Di mana ada penerapan dan perlaksanaan hukum Islam,maka pasti akan ada kemaslahatan. "
(Haisuma Yakunu Asy-Syar'u Takunu A-Mashlahah).

Sekiranya,tidak ada penerapan dan perlaksanaan hukum Islam, maka sudah tentu kemaslahatan itu tidak akan wujud.
Al-Hamra': Pastikan mana yang Islam mana yang tidak!!!

Sunday, July 23, 2006

Pengisytiharan Jihad dalam Undang-Undang...!!!

Kuala Lumpur - (12 Julai) hari yang cukup bersejarah dalam dunia kepeguaman negara apabila kes Lina Joy menjadi pencetus gagasan peguam Muslim Malaysia bangkit melancarkan 'jihad undang-undang' demi mempertahankan Aqidah dan kedaulatan Islam yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Seluruh dewan mesyuarat Mahkamah Syariah 'tegang dan panas' apabila disimbah benzen semangat Islam yang meluap-luapkan api perjuangan semua hadirin yang terdiri daripada peguam, pensyarah universiti dan juga pelajar undang-undang untuk bertindak agresif mempertahankan undang-undang Islam dan kedaulatannya.
Dalam kes Lina Joy (kini beusia 43 tahun) telah memohon kepada pihak mahkamah untuk memadamkan kalimah ISLAM dalam kad pengenalannya. Dalam permohonan tersebut, Mahkamah tinggi memutuskan bahawa tindakan ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara untuk menghalang usaha menukar agama adalah benar. Bagaimanapun, Sri Ram salah seorang hakim mahkamah Tinggi menolak keputusan tersebut dan bersedia untuk mengubah keputusan tersebut. Sekiranya keputusan tersebut berubah maka ia akan memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada rakyat untuk memilih agama mereka. Inilah suatu bahaya kepada Aqidah umat di Malaysia.
Peguam Pembela Islam atau PPI berjaya ditubuhkan dengan dipandu oleh Sdr Zainur Zakaria, dibantu oleh 13 anggota sekretariat badan bertindak antaranya Puan Kamar Ainiah, sdr Rosidi, Sdr Zainur Rejal, Sdr Radzi, temasuk Zulkifli Nordin dan beberapa senior lawyer yang 'very high profile' dalam persada kepeguaman. Asas perjuangan badan bertindak ini adalah mempertahankan kedaulatan Islam setelah 'kacau-bilau' yang dicetuskan oleh beberapa gerakan (yang mempunyai agenda mengenepikan Islam) untuk 'mengganggu' peruntukan yang telah termaktub dalam perlembagaan.
Manakala ACCIN dianggotai ABIM, JIM dan lain-lain akan membantu menyelaraskan usaha menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada masyarakat Malaysia terutama berhubung soal Aqidah dan kedaulatan Islam yang diperuntukan dalam perundangan negara. Media juga akan digempur habis-habisan dalam memimpin pandangan umum terhadap isu 'kebebasan beragama' yang amat kritikal dan membimbangkan mutakhir ini.
Teman dan rakan-rakan melihat segenap penjuru dewan tersebut dengan pandangan yang sangat terharu melihatkan obor ISLAM kian bersemarak dan menjangkakan ia pasti dan pasti akan terus bersemarak. Kebangkitan seumpama ini sangat membanggakan. Setelah sekian lama peruntukan undang-undang ISLAM yang makin diperkecil dan diperlekehkan, Allah telah menyatukan seluruh peguam Muslim dan mereka yang berjuang dalam arena perundangan untuk bangkit mempertahankan kalimah ALLAH dalam jihad undang-undang. Marilah kita kembali bersatu seumpama kesatuan umat dalm mempertaankan Aidah Natrah suatu ketika dulu. Semua rakyat dan pemimpim bangkit mempetahankan Islam demi seorang wanita yang ingin dikafirkan semula oleh sistem perundangan Kuffar.
Sebagai umat Islam kita akan terus berusaha mempertahankan Aqidah rakyat dan membimbing rakyat untuk menghayati Islam yang Syumul. Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus berjuang mempertahankan Islam yang kian dicabar oleh musuh Islam diserata dunia, dari segala sudut , dari segala dimensi. Doakan kejayaan kepada para pejuang Islam dalam semua lapangan supaya mereka sentiasa diberikan Hidayah, kekuatan dan kemenangan. Teruskan jihad ini kerana inilah Jihad kita pada hari ini. Masanya telah tiba.
Safwan
Julai 2006
UIAM Gombak
Al-Hamra' : hanyya bina...hanyya a'lal JIHAD!!!

Friday, July 21, 2006

I'M TOO BUSY....

I'M TOO BUSY...?!

Everyday as i woke up at dawn
My mind started working the moment i yawned
There were many things to do, o dear!
That's why i hastily did my Subuh prayer
I didn't have the time to sit longer to praise the Lord
To me rushing out after prayer is nothing odd...Since school,
i had been busy every minute
Completing my tutorials and handlining in it
My thesis took up most of my time always
No time did i have to Allah i praise too many things to do
and dhzikr is rare for Allah,
I really had no time to spare..


When i've grown up,

I started my career working all day to secure my future
When I reached home,
I prefer to have funI chatted on the phone but i didn't read the Quran
Spent too much time surfing the Internet sad to say,
my faith was falling flat...
The only time i have left is weekends
During which i prefer window shopping with friends


I couldn't spare time to go to the mosqueI'm too busy,
that's the BIG CAUSE...
I did my five prayers but did so quickly
After prayer, I didn't sit longer or reflect quietly
I didn't have time to help the needy ones
I was loaded with work as my precious time runs
No time at all to visit a sick Muslim friend to orphans and elderly,
I hardly lent a handI'm too busy to do community service
When there were gatherings, I helped the least


My life was already full of stress
So i didn't counsel a Muslim in distress
I didn't spend much time with my family b'coz i thought,
doing so is silly...No time to share with non-Muslim about Islam
Even though I know, inviting causes no harm
No time to do Sunnah prayers at all


All these contribute to my imaan's fall..
I'm busy here and busy thereI've no time at all,
that's all i careI went for religious lessons,
just once in awhile
Coz i'm too busy making a pile...
I worked all day and i slept all night
Too tired for Tahajjud and it seemed not rightTo me,
earning a living was already tough
So i only did basic deeds but that's not enough..


No time at all, to admire God's creation
No time to praise Allah and seek His Compassion
Although I know how short is my life
For Islam,I really didn't strive..
Finally the day comes, when the Lord calls for me
And I stood before Him with my life's history
I feel so guilty b'coz i should have prayed more
Isn't that what a Muslim lives for?
To thank Allah and do more good deeds
And the Quran is for us all to read..

BILA LELAKI HANYA PILIH YG MUDA2 JEER....

Bila Ramai Lelaki Berumur Berkahwin Dengan Wanita Muda...

Lelaki mana pulak yang hendak berkahwin dengan Mak Janda, Ibu Tunggal, Andartu dan Wanita Tua???



Suatu perkembangan yang menarik pada dewasa kini ialah ramai bilangan lelaki yang berumur,yakni umur 40 tahun keatas yang berkahwin dengan wanita muda. Anggaplah umur wanita muda antara lingkungan umur 20 hingga 30 tahun .Walau pun dari segi syarak wanita Islam dibenarkan berkahwin setelah akil baligh yakni dalam lingkungan umur 9 tahun.

Tujuan perkahwinan ialah untuk mengikat pasangan lelaki dan wanita bercampur secara yang dibenarkan oleh syarak. Sebab itu ikatan perkahwinan dianggap sebagai suci dalam Islam dan dikira sebagai ibadah. Jika kena pada niat dan perlaksanaannya.

Tiada sekatan bagi umur dalam agama Islam untuk berkahwin. Setelah umur akil baligh atau pun pada umur yang lebih dewasa atau pun telah lanjut usia. Cuma kanak2 sahaja yang dilarang berkahwin kerana belum akil baligh lagi! Janji ada cita2 untuk hidup bersama dan tidak menzalimi pasangan masing2 serta mampu untuk memenuhi tuntutan nafkah zahir dan batin.

Banyak sebab antara individu tersebut berkahwin. Antaranya kerana kecantikan rupa, kekayaan harta dan pangkat serta susur galur berasal dari keturunan yang mulia lebih2 lagi dari keturunan raja. Soal pokoknya kesemuanya berkisar pada harta benda yang dikira dapat menjamin kehidupan masa hadapan yang lebih terjamin berbanding dari zaman bujangnya.

Tidak ramai yang berkahwin kerana agamanya. Lebih2 lagi jika pasangannya tak kiralah lelaki atau wanita tidak mempunyai harta, hidung tak mancung, pipi tersorong2, berkulit gelap dan lain2 ciri yang tidak dapat memenuhi keiginanan pasangannya untuk berkahwin.

Kalau ditanya pada kedua2 pasangan tersebut apa yang menarik perhatian nya sehingga sanggup mendirikan rumah tangga bersama pasangan masing-masing? Ada yang menjawabnya tertarik pada sekian2, jatuh hati pada sekian2, perwatakan yang lemah lembut sekian2 malah ada yang menjawab biarlah menjadi rahsia pada diri masing2.

Alangkah baiknya jika dapat berterus terang bahawa suka pada mukanya yang mancho, kumisnya yang tebal atau pipinya yang gebu atau dagunya mirip ala John Travolta! Bab akhlak atau peribadi atau agama seperti kata orang utara ialah , belakang kira !

Soal berpakaian menutup aurat atau tidak, bersolat 5 waktu sehari semalam atau tidak, Sudah khatam Al-Quran atau tidak, Cukup berpuasa sebulan Ramadhan atau tidak, kerap bersolat tahajud dan melakukan Qiamulail atau tidak , mampu menjadi imam dalam solat bersama isteri dan keluarga atau tidak serta lain2 lagi yang dapat menjadikan insan menuju rasa kehambaan pada Tuhan jarang diambil kira dalam memilih pasangan masing2!

Yang penting hati suka sama suka! Bab keperluan ilmu fardu ain dalam agama, ilmu ketuhanan, ilmu mengenal diri, ilmu kemasyarakatan serta lain2 ilmu yang termasuk dalam agama samada fardhu ain atau kifayah tidak termaktub langsung dalam benak kepala otak pasangan masing2.

Persoalan utama ialah dapat hidup bersama, menanti hari bahagia dan tempat mana hendak pergi berbulan madu. Mungkin lagu Fantasia Bulan Madu nyanyian Amy dari kumpulan Search sering dinyanyikan bila semakin hampir pada hari pertunangan lebih2 lagi pada semakin dekat hari perkahwinan.

Mudah-mudahan dengan berlangsungnya perkahwinan tersebut, kedua-dua mempelai tersebut akan dapat hidup bahagia , aman dan damai sehingga keanak cucu! Pada hal pasangan lelaki yang sudah berumur mungkin menunggu beberapa tahun sahaja lagi untuk menimbang cucu. Sebab anak dengan isteri yang terdahulu sudah pun berumur panjang dan menunggu masa yang sesuai untuk mengikuti jejak langkah ayahnya yang bakal berkahwin!

Tetapi pada pasangan wanitanya lambat lagi untuk merasai kehidupan bercucu kecuali jika dapat menerima cucu tiri! Tak kisah la, janji dapat menimang cucu walau pun jika ditakdirkan berumur pada umur 35 tahun!

Persoalan yang ingin ditimbulkan disini ialah jika ramai lelaki yang berumur memilih wanita muda sebagai isteri, kemana pula hendak diletakkan jodoh pada wanita yang lebih dewasa terutama pada andartu, mak janda atau ibu tunggal?

Mereka pun ada naluri dan perasaan. Ingin menyayangi dan disayangi. Ingin mengasihi dan dikasihi. Walau sehebat mana pun seseorang wanita dididik dengan rasa bertuhan dan rasa kehambaan, nalurinya untuk berkahwin tetap ada sebab sudah menjadi sunnahtullah seseorang wanita itu ingin bersuami. Takkan selama2nya hendak berdikari menjadi ayah dan ibu serentak dalam keluarga seperti mak janda atau ibu tunggal? Kecualilah pada hamba2 Allah yang benar2 beriman dan bertaqwa seperti Rabiatul Adawiyah yang memilih membujang sehingga umur tua...

Bagaimana pula jalan keluar wanita tersebut? Ingin mengadu pada pehak2 Berkuasa agama? Alamat kena herdik dan maki hamun dengan isteri pegawai tersebut. Nak mengadu pada pihak kerajaan. Nanti apa pula kata mereka? kata org plak , Pak Lah pun sanggup memduda sehingga ke tua selepas kematian isterinya. Sekarang ni tiada tanda2 beliau ingin berkahwin. Asyik dengan RMK9 nya. Takkanlah awak tak boleh berbuat demikan?

Jadi jalan keluarnya terpaksa kembali kepada Tuhan. Tingkatkan rasa ketuhanan yakni Tuhan adalah segala2nya dan rasa kehambaan yang sering bermuhasabah diri. InsyaAllah Tuhan akan tunjuk jalan keluar yang tidak disangka2kan oleh nya. Sebab janji Allah akan memberi bantuan dan pertolongan pada hamba2Nya yang bertaqwa.

Yang penting ialah bersikap redha dan tawakal terhadap apa yang berlaku. Pulangkan segala2nya pada Allah. InsyaAllah nescaya Allah akan menunjukkan jalan keluar. Semoga berjumpa juga dengan jodoh mereka, terutama kalau dapat bertemu jodoh dengan orang2 Tuhan.

Sebab pada orang2 Tuhan ini segala2nya dipulangkan kembali pada Tuhan. Sebab itu jodoh mereka dapat kekal lama . Tidak macam orang2 yang mengutamakan keduniaan. Perkahwinan ada kalanya sekejap sahaja sebab tidak membawa Tuhan bersama.

Samada mereka penghibur atau berkahwin semata2 untuk hiburan. Jika tidak disertakan dengan rasa ketuhanan, jangan dikesalkan jika berlaku jodoh pertemuan yang singkat hanya sekadar memenuhi tuntutan bialogi walau pun persiapan menyambut perkahwinan tersebut memakan belanja yang banyak sehingga jutaan ringgit.

Namun, kenapa kita tidak melihat poligami atau apa yg digembar-gemburkan mutakhir ini iaitu ‘nikah misyar’ sebagai bonus atau anugerah drp Allah swt kpd golongan yg disebut di atas! Bukankah ISLAM ITU PENYELESAIAN SEGALA MASALAH!!! Lihatlah dari kacamata syara’ bukan dari pandangan yg dipengaruhi nafsu & ilmu yg cetek ini!!!

Yang penting wang bukan penyelesaian segala2nya. Pada jalan Allah jua jalan Penyelesaian yang Terbaik yang mampu menyelamatkan kita bukan setakat didunia malahan di hari akhirat nanti.

Al-Hamra' : Hidup ini indah jika semuanya ikut Islam!!!




Sunday, July 16, 2006

PENGERTIAN JIHAD DALAM ISLAM...

MAKSUD JIHAD DALAM ISLAM:-

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang mulia yang mafhumnya:

"Perangilah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah dan Hari Kemudian, yang tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan Allah dan rasulNya dan tidak pula beragama dengan agama yang benar (iaitu) di antara ahli kitab kecuali mereka membayar jizyah dengan kepatuhan yang rela dan merasa diri mereka ditawan."
(At-Taubah:29)

"Perangilah orang-orang musyrik semuanya, sebagaimana mereka memerangi kamu semua"
(At-Taubah: 36)
Definisi Jihad:

Di dalam Al-Quran terdapat 121 ayat yang menyentuh persoalan memerangi orang kafir, perkataan-perkataan Bahasa Arab mungkin membawa pelbagai makna, tetapi dengan ketibaan ISLAM, beberapa perkataan Arab telah dihadkan maknanya kepada satu istilah sahaja iaitu istilah shari'ahnya.

Dalam istilah bahasa, jihad datangnya dari perkataan `jahada' yang bermakna "menggunakan segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu". Dengan istilah ini, kita mungkin berjihad ketika belajar dengan menghadapi peperiksaan. Tetapi "Jihad" dalam definisi shari'ah hanya boleh membawa satu makna iaitu "menentang orang kafir di medan pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap da'wah bagi menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi setinggi-tingginya".

Islam bukan satu agama Arab, dan tidak dikhususkan kepada kaum Arab. Allah SWT.berfirman:

"Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan kepada sekalian umat manusia, untuk memberi khabar gembira (dengan syurga) dan untuk memberi peringatan (dengan neraka), tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui."
(As- Sabak:28)

Maka dari ayat di atas telah jelaslah, Islam perlu disebarkan ke seluruh umat manusia; dakwah adalah asas dasar luar negeri bagi daulah Islam semenjak Rasulullah saw mendirikan daulah di Madinah dan akan diteruskan hingga ke akhir zaman dan caranya ialah dengan Jihad. Rasulullah saw bersabda:

"Saya telah diperintahkan untuk memerangi orang ramai sehingga mereka berkata `La Ilaha Illa-Allah Muhammadun rasul-Allah'. Dan sekiranya mereka berkata demikian, maka mereka telat menyelamatkan darah (nyawa) serta harta benda mereka kecuali apa yang hak (dengan sebab)."

Dan Rasulullah saw juga bersabda:

"Al Jihad telah wujud semenjak Allah SWT mengutuskan saya dan (berterusan) sehingga yang terakhir di antara ummah saya memerangi Al Dajjal. Tiada kezaliman (seseorang) yang zalim atau keadilan (seseorang) yang adil akan menghentikannya."

Tujuan Jihad :

Jihad adalah alat yang digunakan oleh Daulah Islam untuk menyebarkan serta menyampaikan syi'ar Islam. Ianya digunakan sebagai tindakan fizikal menghapuskan segala halangan kepada dakwah Islam dan dengan cara inilah Islam dibawa keseluruh kawasan Daulah Islam baik pada zaman Rasulullah mahupun zaman para sahabat dan begitu juga di zaman khulafa' yang seterusnya. Ianya mempunyai tiga peringkat.
Yang pertama, penduduk disesuatu kawasan itu akan diajak memeluk Islam, dan mereka akan diberi tempoh untuk mengkaji dan memahami Islam; sekiranya mereka menolak mereka akan dipelawa menjadi rakyat Daulah Islam dengan membayar `jizyah' dan Islam akan diimplimentasikan ke atas mereka, dan mereka akan diberikan hak -hak yang sama seperti mana-mana umat Islam. Sekiranya pelawaan ini ditolak juga, maka tatkala itu barulah tentera Islam akan berjihad.

Perlulah difahami bahawa jihad hanyalah untuk menghapuskan rintangan terhadap dakwah kepada Islam; bukan untuk menakluk atau memperhambakan mana-mana kaum dan bukan untuk membina empayar dan tidak sekali untuk memaksa seseorang itu memeluk Islam. Allah SWT berfirman:

"Tidak ada paksaan dalam beragama..."
(Al-Baqarah: 256)

Jika diteliti setiap satu `sariah' serta `ghazwah' Rasulullah saw, kita dapati kesemuanya merupakan jihad menyerang (offensive) dan hanya satu sahaja yang merupakan defensif (itu pun merupakan satu tindakan yang taktikal sewaktu Perang Khandak). Tetapi dalam konteks masa kini, semua bentuk jihad yang wujud hanyalah jihad defensif berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah.

Pengeruhan Maksud Jihad:

Askar Daulah Islam, di waktu itu digeruni seluruh dunia; setelah Daulah Islam diruntuhkan, kaum orientalis telah berjaya untuk menanam pemikiran yang karut untuk memastikan supaya umat Islam kekal lemah, mereka berusaha dan berjaya untuk mengeruhkan beberapa konsep ideologi Islam; salah satu daripada konsep yang dikeruhi ialah konsep Jihad.

a. Semasa Inggeris menjajah India (iaitu tanah Islam) mereka telah mendatangkan kumpulan Qadiani, untuk mengelirukan umat serta menghabiskan usaha serta masa umat Islam; kumpulan ini menyarankan fahaman salah bahawa `jihad telah dibatalkan'. Perlu dinyatakan di sini bahawa pihak Inggeris memang takutkan kesanggupan umat Islam di wilayah India untuk berjihad menentang mereka sekiranya diarahkan oleh Khalifah di masa itu.

b. Musuh-musuh Islam cuba juga untuk menanamkan fahaman `jihad hanyalah untuk bertahan (defensive)'. Antara Ulama-ulama yang menyarankan pendapat begini pada masa itu ialah Muhammad Abduh dari Mesir. Pendapat ini masih disarankan oleh mereka yang telah patah semangat, dan cuba untuk menyesuaikan Islam dengan keadaan serta fahaman-fahaman kufur dan thagut.

c. Mereka cuba memberatkan jihad dari segi istilah bahasa dan cuba mengelakkan dari istilah syari'ah. Dengan itu, setiap kali jihad disebut, terus fahaman yang diambil ialah `usaha sedaya upaya' dan ini memadamkan api umat Islam untuk berjuang menegakkan Islam.

d. Fahaman jihad sengaja dialihkan kepada `jihad menentang hawa nafsu, atau jihad menentang hasutan syaitan'. Dalil yang mereka bawa ilah riwayat seorang sahabat yang berbunyi: "Kami baru pulang dari suatu jihad yang kecil kepada suatu jihad yang lebih besar." Seorang sahabat yang lain bertanya: "Apakah jihad yang lebih besar itu ?" Beliau menjawab, "Jihad menentang hawa nafsu,"
(dipetik dari `Al-Asrar al Marfu'a'-Mulla al Qari')

Sedangkan...
- (ibn Hajar) Al Asqalani (kurun ke-12) menyatakan bahawa ini adalah kata-kata Ibrahim b. Abla (yakni bukannya kata-kata Rasulullah saw).
- Hafiz Iraqi menyatakan bahawa isnadnya daif (`Kanz Al Ummal' Bab 4, H.616)
- Ibn Taymiyyah menyatakan bahawa isnadnya daif (`Al Furqan)
- Lain-lain ulama Islam termasuk Qurtubi dan Suyuti menyatakan hadith ini daif.
Riwayat ini jelas bercanggah dengan ayat-ayat di dalam Al Quran. Terdapat 121 ayat yang menyebut mengenai jihad menentang orang kafir. Ramai ahli hadith menggolongkan ianya sebagai hadith maudu'(palsu). Masalahnya sekarang ada di antara cendiakawan kita yang cuba menyarankan da'yah palsu orientalis.
Sebagai contoh: Cik Salina Haji Zainol dalam artikelnya sepanjang 4 halaman bertajuk; Konsep Jihad Menurut Islam di dalam majalah Visi (terbitan IKIM) keluaran Januari-Mac 1995, telah menulis, "Adalah tidak tepat jika jihad disamaertikan dengan perang". Seterusnya artikel itu meneruskan proses mengeruhkan lagi erti kata `jihad', bila dinyatakan jihad dalam Islam melingkungi jihat nafsu dan sebagainya.
Begitu jua dengan buku terbitan terbaru Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) yang bertajuk "Ikhtibar Jihad Rasulullah" yang menjelaskan pengertian jihad sebagai "penggemblengan tenaga dengan menggunakan cara-cara yang aman. Peperangan hanya dilancarkan apabila keadaan memerlukan seperti memelihara keselamatan para pendakwah dan demi mempertahankan negara".

e. Jihad dari segi syari'ah terbahagi kepada dua jenis:

-Jihad menyerang (offensive) ini didirikan oleh Daulah Islam
-Jihad mempertahankan (defensive) dilakukan apabila umat/tanah orang Islam diserang oleh musuh Islam (kafir)

I. Kedua-dua bentuk jihad adalah wajib, tetapi kini, jihad yang pertama tidak didirikan. Musuh Islam tidak henti-henti menyerang umat Muhammad saw dan dengan kehilangan Daulah Islam, akibat mereka sibuk dengan jihad yang kedua sahaja.; ini menghalang umat dari memberi tumpuan kepada masalah dan wajib asasi iaitu penegakkan keseluruhan Islam.

II. Jihad mempunyai fungsi yang khusus dalam Islam, ianya merupakan thariqah ataupun kaedah Daulah Islam menyebarkan syiar Islam. Dengan itu, jihad mempunyai objektif yang khusus. Syuhada (mati syahid) hanyalah ganjaran bagi orang Islam yang terkorban di medan perang, maka mati syahid itu hanyalah hasilan sampingan dari berjihad; tapi kini, umat Islam mengejar syahid, tanpa menghiraukan objektif jihad yang sebenar, seperti yang ditentukan oleh Allah SWT.

III. Justeru itu juga, umat Islam melalaikan isu rancangan dan persiapan jihad dan era selepas jihad. (Kita menyaksikan keadaan yang sedih di Afghanistan). Akibatnya nasib umat Islam tidak berubah, beredar dalam pusaran pedih yang tidak putus-putus.

f. Jihad disalahgunakan tak mengira Islam atau tidak. Sekiranya kita memahami maksud jihad dari syari'ah Islam, tidak mungkin berlaku `jihad menentang sesama Islam' seperti diAlgeria, Afghanistan dan tidak mungkin juga jihad digunakan sebagai kaedah untuk menegakkan Daulah Islam!

g. Akhirnya, ada di antara umat Islam yang menganggap jihad meliputi mana-mana perjuangan yang dianggap `munasabah' dari segi fikirannya sendiri; mereka menganggap perjuangan kemerdekaan Amerika, British, Perancis, Komunis sebagai `jihad'. Islam langsung tidak diambil kira; kafir dan Muslim tidak dibezakan.
Erti jihad sebenarnya cukup luas lagi kompleks. Ulama kontemporari juga menyenaraikan penglibatan gerakan islam dalam Pilihan raya sebagai satu jihad!Iaitu usaha mengembalikan sistem kufur (demokrasi) kepada pemerintahan islam (sistem khilafah) yang syumul lagi menyeluruh.

Penutup

Mengikut dalil ayat-ayat Al-Quran yang telah dinyatakan dipermulaan artikel ini, jelaslah bahawa jihad dalam islam tidak langsung menggambarkan bentuk-bentuk jihad yang disebutkan di atas. Jika bentuk-bentuk sebeginilah yang difahami sebagai jihad maka sia-sialah segala pengorbanan Rasulullah dan para sahabat yang disirami dengan titisan air mata dan dibajai dengan darah dalam meninggikan kalimah syahadah di bumi Allah ini.
Sekiranya hawa nafsulah yang dijihadkan maka adalah lebih baik Rasulullah duduk diam sahaja di rumah dan mendidik hawa nafsunya sahaja tanpa keluar berperang sehingga menumpahkan darah. Amatlah menyedihkan sekiranya kita merasakan diri kita sebagai golongan yang menyeru kepada Islam tetapi pada waktu yang sama melaungkan fahaman jihad yang begini; tanpa memahami dengan jelas konsep-konsep Islam yang tulen.

Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw berkata:

"Tiada siapa yang telah memasuki syurga akan mahu pulang ke dunia, walaupun jika ianya diberi segala apa yang dikandungi dunia; kecuali yang syahid, dia akan asyik mengharapkan dapat pulang ke dunia dan disyahidkan 10 kali lagi `fi sabilillah' disebabkan penghormatan yang diberi sebagai balasan syahidnya."
[Bukhari dan Muslim]

''Akan datang segolongan manusia pada hari kiamat di mana iman mereka adalah iman yang dahsyat, cahaya mereka memancar disekeliling mereka. Dikatakan oleh para malaikat pada mereka: 'Khabar gembira buat kalian pada hari ini. Salam sejahtera ke atas kalian. Masuklah ke dalam syurga selama-lamanya'.
Para malaikat dan para nabi merasa gembira kerana kecintaan Allah ke atas mereka. Para sahabat bertanya: 'Siapakah mereka itu wahai Rasullullah?'. Dijawab: 'Mereka bukan dari kita. Kalian adalah sahabat-sahabatku. Mereka adalah kecintaanku. Mereka akan datang selepas kalian, yang pada saat itu, mereka dapati Al-Quran telah diabaikan dan As-Sunnah ditinggalkan. Namun mereka kemudian mempelajarinya dan mengajarkannya.
Mereka dikepung oleh berbagai siksaan dari setiap tempat dan penjuru lebih dari apa yang menimpa kalian. Iman salah seorang dari mereka sebanding dengan 40 orang dari kalian. Dan syahid seorang dari mereka sebanding dengan 40 syahid dari kalian, sebab kalian mendapat dukungan dalam mempertahankan kebenaran. Mereka dikepung oleh berbagai kezhaliman dari berbagai penjuru. Mereka berada di Baitul Maqdis. Ya Allah, tolonglah mereka, jadikanlah mereka sebagai pengikut-pengikut (teman-temanku) di Al-Haudh (telaga nabi di syurga) (Thabrani)

'Apabila telah bermaharajalela (muncul) dalam diri kalian dua kemabukkan: mabuk kebodohan dan mabuk kecintaan terhadap kehidupan, maka saat itulah kalian tidak memerintah kepada maaruf dan mencegah kemungkaran. Pada waktu itu orang yang terus berpegang dengan Kitabullah baik secara sembunya maupun terang-terang adalah setara dengan para pendahulu dari Muhajirin dan Anshar'
(Na'im bin Hammad dari Ibnu Wadhah)

'Orang yang terus berpegang pada agama dan sunnahku di zaman yang penuh dengan kemungkaran bagaikan orang yang menggenggam bara api. Siapa saja yang melaksanakan sunnahku pada saat demikian itu pahalanya senilai 50 orang dari kalian (sahabat)'
(Ibnu Wadhah dari Abu Tha'labah al-Khusyaini)

Semoga kita terus berjuang mengembalikan kegemilangan Islam dimuka bumi ini!

Al-Hamra': teruskan jihad kalian!!!

Monday, July 10, 2006

BuAt SeMuA Yg BeRNaMa PeJuaNG...

Demi menunaikan permintaan...juga buat seluruh sahabat seperjuangan Badan Pengurus PMRAM 2006, HEWI PMRAM...Kepemimpinan seluruh peringkat yg telah mewakafkan perasaan, jiwa & seluruh apa yg ada pada kalian utk ISLAM...tidak lupa sebenarnya sajak ini ditujukan khusus buat seluruh AJK Penggerak IKHLAS'06, PMHK'06...harap kalian semua tetap bersemangat & depani segala cabaran dgn berlapang dada...Moga2 sajakku ini bisa menyuntik SEMANGAT & MOTIVASI buat kalian...
SEBUAH SAJAK YG BERJUDUL...
INILAH HAKIKATNYA...
Ia sukar...memayahkan
Ia letih...memenatkan
Ia sulit...memeningkan
Ia sakit...merimaskan
Ubatnya sabar!
Biusnya Tenang!
Pelalinya zikir!
Ramuannya syukur!
Tetapi...
itulah sebenarnya
suatu kelebihan...
Lebihnya kerana kita diuji!
Sedarlah!
ianya adalah suatu TABIAT...
Resam, adat, rencah,
asam dan garam...
Inilah jalan...
Itulah laluan...
Dari dahulu...
kini dan selamanya!
Itulah IBTILA'
Inilah IMTIHAN
sebuah khazanah berharga
INILAH HAKIKATNYA...
SATU PERJUANGAN!!!
Al-Hamra': Moga2 bisa menjadi azimat buat kalian!!!

Opss...OraNG PeReMPuaN KeNa TaU Niii....

TIPS-TIPS NAK JADI ISTERI YANG SOLEHAH :
Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda;
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan hal ini selain dari “Terimalah lelaki seadanya". Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda ketahui ialah mengenal jiwa & sikap lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.
Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda;
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
Berubah Untuk Menikmati Perubahan;
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai Sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
Sanggup Memberi Untuk Menerima;
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah Sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari Seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang Sanggup anda beri.
Percaya Untuk Dipercayai;
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda Harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk Pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah Perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
Memenangkan Lelaki Untuk Menang;
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri,sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan.Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa,pertama kuasa suami,kedua kuasa isteri.Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.
Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif;
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga Yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah!
Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab;
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apapun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.
Kritikan Akan Membuahkan Kritikan;
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki, menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.
Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu;
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu:-
(1)Kehendak seks
(2)Kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki;
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.
Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar;
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi.Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.
Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja;
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
Hormati Dia Sebagai Lelaki Dia akan menghormati anda sebagai wanita;
Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.
Dengarlah Dengan Baik;
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki,nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.
Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki;
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebihbaik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.
Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda;
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik sikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.
Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya;
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.
Elakkan Pergaduhan;
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.
Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah;
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya Amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda Adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk Lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.
Hidup Bukan Hanya Di Dunia;
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya?!
Ingat ‘kahwin hanya sekali’ buatlah yg terbaik, jadilah isteri yg menyejukkan suami & dapat lahirkan zuriat yg berjasa pd Islam...moga2 perkahwinan akan mematangkan diri kita semua!

Al-Hamra': Bekalan untuk semua...


Sunday, July 09, 2006

KETAHUILAH WAHAI SAHABATKU....

KELEBIHAN WANITA & LELAKI YG BERKAHWIN :

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada permata yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti berpuasa sepenuhnya pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti beribadat sepenuhnya pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala seumpama 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 setengah tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu amat berhati-hati menjaga batasan auratnya di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga!!
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluargamu menjejak syurga terlebih dahulu!
Yang belum kahwin tuu ingat..cepat-cepat kahwin! kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka!!!

Siapa tahu, hari ini kita tak sempat sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita dipertemukan Malaikatul maut Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah.
Yang tak beriman, tak tahulahlah macamana teruknya Sakaratul maut…

Al-Hamra': Sama-sama kita renungkan...

Saturday, July 08, 2006

OH NEGARAKU...NEGARAKU....

Pelajar IPTA mendaftar disebalik keperitan rakyat???

Pada 1 dan 2 haribulan Julai yang lepas merupakan hari pendaftaran bagi pelajar baru di kebanyakan IPTA dalam negara kita. Rakyat daripada pelbagai kaum dan latar belakang bidang pekerjaan hadir ke kampus untuk "meninggalkan" putera mahupun puteri mereka dengan penuh harapan.

Tahniah saya ucapkan kepada yang berjaya. Kepada yang gagal, anggaplah bahawa anda sedang menanti kejayaan yang tertunda, dan bukannya menganggap bahawa kegagalan anda itu sebagai suatu kekalahan.

Rakyat Perit!!!

Biar terpaksa bergolok gadai, menjual tanah dan kebun, meminjam sana dan sini, bekerja siang dan malam, asalkan anak-anak mereka dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Setelah dididik sekian lama sedari kecil hingga dewasa, maka tiada apa yang lebih diharapkan oleh ibu dan ayah melainkan untuk melihat zuriat mereka berjaya.

Cuma, saya terfikir sejenak akan kesukaran yang dihadapi rakyat saat ini. Bagi yang bertungkus lumus mengumpulkan wang untuk anak-anak mereka masuk ke universiti, maka akan disedari betapa sukarnya hidup di bumi yang diperintah oleh bangsa mereka sendiri. Jika 60 ataupun 70 tahun yang lepas, sewaktu negara terjajah oleh kuasa imperialis barat, maka tidak hairan kalau kehidupan rakyat tiada terbela kerana Inggeris dan Melayu tiada sebarang pertalian darah sedikit pun. 15 pupu pun tidak berkait!

Namun, apabila negara kita merdeka dan dipimpin oleh segolongan manusia elit, yang juga berdarah Melayu, keadaan tidak banyak berubah. Dasar Ekonomi Baru yang mensasarkan pegangan ekuiti Melayu sebanyak 30 peratus tidak mampu dicapai lagi. Bahkan setelah puluhan tahun berlalu, hanya 18 peratus dapat dikuasai oleh bumiputera. Itupun dibolot oleh beberapa taukeh besar Melayu sahaja seperti Syed Mukhtar Al-Bukhari dan Daim Zainuddin. Itu sekadar menyebut beberapa contoh.

Kos Meningkat

Rakyat pada masa ini khususnya golongan petani, nelayan, yang berpendapatan rendah dan miskin, semuanya bersusah-payah menyekolahkan anak-anak mereka. Apabila melangkah ke alam universiti pula, kos semakin bertambah. Yuran awal pengajian, kos menghantar anak ke kampus, barang-barang keperluan, bayaran itu dan ini yang mana semuanya membebankan golongan marhaen.

Ditambah pula dengan kenaikan harga minyak, tarif elektrik dan cukai tanah (sebilangan rakyat Johor sedang mengalaminya), maka dos penderitaan rakyat semakin meningkat. Pernah suatu ketika terdengar manifesto daripada parti-parti alternatif negara kita untuk menyediakan ruang pendidikan sama ada sekolah ataupun IPTA secara percuma kepada rakyat. Namun, tidak tercapai akibat kekuasaan BN yang berterusan hingga ke saat ini.

Ya, apa salahnya jika sistem pendidikan diberi secara percuma kepada rakyat? Bukankah kerajaan ini adalah daripada rakyat dan kepada rakyat jua??

SIAPA YANG Kaya?!

Sememangnya mustahil untuk belajar di negara ini dengan percuma ataupun sekurang-kurangnya ber-kos rendah. Rakyat jelas tiada wang. Ingin menghantar anak ke kampus dalam negara pun sudah cukup memeritkan.

Namun, Menteri Pelajaran telah pun menghantar anaknya untuk belajar di luar negara. Kenapa Hisyam? Tidak yakin dengan sistem akademik di Malaysiakah? Ataupun kamu sebenarnya mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa kamu adalah golongan atasan dan elit Melayu yang kaya dan mempu untuk menerbangkan anak ke luar negeri?

Ataupun Najib, rakyat yang menghantar anak-anaknya ke universiti mesti mengubah gaya hidup mereka? Kalau anak-anak orang Melayu Umno yang kaya, mereka boleh bersenang lenang? Anak nelayan dan petani yang terbeban dengan kos sara hidup saat ini pula, perlu ubah gaya hidup? Tidak perlu membeli buku akademik, makan mee maggi setiap hari, bersusah-susah dalam semua perkara?
Benar, ada PTPTN.
Namun, jika ianya berbentuk hutang dan mahasiswa akan dikejar hutang ini apabila bergraduasi nanti, apakah maknanya? Jika setelah bergraduasi terus mendapat pekerjaan, tidak mengapalah. Namun, setelah tamat belajar, terus dirundung pula dengan pengangguran!
Al-Hamra': Yang 2,3 kerat tuu jer yg kaya, rakyat jelata tetap papa-kedana!!!

Friday, July 07, 2006

DARURAT: HALALKAH RIBA??!

BOLEHKAH RIBA DIHALALKAN DENGAN ALASAN DARURAT?

Soalan: Bolehkah kita mengambil atau memanfaatkan bunga bank (riba) dengan alasan darurat, misalnya kerana di suatu tempat yang ada hanyalah bank konvensional, belum ada bank syariah?
Jawapan: Untuk menjawab persoalan tersebut, akan dihuraikan lebih dahulu definisi darurat menurut makna bahasa dan makna istilah yang berkembang dalam berbagai mazhab. Setelah itu akan dipilih definisi darurat yang paling rajih (kuat-tepat) untuk menjawab pertanyaan di atas.
1. Darurat Menurut Makna Bahasa Menurut Al-Jurjani dalam At-Ta'rifat hal. 138, dharurah berasal dari kata dharar. Sedang kata dharar sendiri, mempunyai tiga makna pokok, iaitu lawan dari manfaat (dhid al-naf'i), kesulitan/kesempitan (syiddah wa dhayq), dan buruknya keadaan (su`ul haal) (Al-Munawwir, 1984:876). Kata dharurah, dalam kamus Al-Mu'jam Al-Wasith hal. 538 mempunyai makna keperluan (hajah), sesuatu yang tidak dapat dihindari (laa madfa'a lahaa), dan kesulitan (masyaqqah).
2. Darurat Menurut Makna Istilah Dalam makna istilahnya, dharurah (darurat) mempunyai banyak definisi yang hampir sama pengertiannya. Berikut berbagai definisi darurat menurut ulama mazhab empat dan ulama kontemporer, yang terhimpun dalam kitab Al-Dharurah wa Al-Hajah wa Atsaruhuma fi Al-Tasyri' Al-Islami karya Abdul Wahhab Ibrahim Abu Sulaiman (1994), dan kitab Nazhariyyah Al-Dharurah Al-Syar'iyah karya Wahbah Az-Zuhaili (1997).
2.1. Menurut Madzhab Hanafi Al-Jashshash dalam Ahkamul Qur`an (I/150) ketika membahas makhmashah (kelaparan yang bersangatan) mengatakan, darurat adalah rasa takut akan ditimpa kerosakan atau kehancuran terhadap jiwa atau sebahagian anggota tubuh bila tidak makan. Al-Bazdawi dalam Kasyful Asrar (IV/1518) menyebutkan definisi serupa, iaitu darurat dalam hubungannya dengan kelaparan yang bersangatan (makhmashah), ialah jika seseorang tidak mahu makan, dibimbangkan ia akan kehilangan jiwa atau anggota badannya. Sedang dalam kitab Durar Al-Ahkam Syarah Majallah Al-Ahkam (I/34), Ali Haidar mengatakan, darurat adalah keadaan yang memaksa (seseorang) untuk mengerjakan sesuatu yang dilarang oleh syara' (al-halah al-mulji`ah li tanawul al-mamnu' syar'an).
2.2. Menurut Madzhab Maliki Ibn Jizzi Al-Gharnati dalam Al-Qawanin Al-Fiqhiyah (hal. 194) dan Al-Dardir dalam Al-Syarh Al-Kabir (II/115) mengatakan, darurat ialah kekhawatiran akan mengalami kematian (khauf al-maut)...Dan tidak disyaratkan seseorang mesti menunggu sampai (benar-benar) datangnya kematian, tapi cukuplah dengan adanya kekhawatiran akan mati, sekalipun dalam tingkat dugaan (zhann).
2.3. Menurut Madzhab Syafii Imam Suyuthi dalam Al-Asybah wa An-Nazha`ir hal. 61 mengatakan darurat adalah sampainya seseorang pada batas di mana jika ia tidak memakan yang dilarang, ia akan binasa (mati) atau mendekati binasa. Muhammad Al-Khathib Al-Syarbaini dalam Mughni Al-Muhtaj (IV/306) menyatakan, darurat adalah rasa khawatir akan terjadinya kematian atau sakit yang menakutkan atau menjadi semakin parahnya penyakit ataupun semakin lamanya sakit...dan ia tidak mendapatkan yang halal untuk dimakan, yang ada hanya yang haram, maka saat itu ia mesti makan yang haram itu.
2.4. Menurut Madzhab Hanbali Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni (VIII/595) menyatakan, darurat yang membolehkan seseorang makan yang haram (al-dharurah al-mubahah) adalah darurat yang dikhawatirkan akan membuat seseorang binasa jika ia tidak makan yang haram.
2.5. Menurut Ulama Kontemporer Muhamad Abu Zahrah dalam Ushul Al-Fiqh hal. 43 mendefinisikan darurat sebagai kekhawatiran akan terancamnya kehidupan jika tidak memakan yang diharamkan, atau khawatir akan musnahnya seluruh harta miliknya. Mustafa Az-Zarqa` dalam Al-Madkhal Al-Fiqhi Al-`Aam (I/991) berkata, darurat adalah sesuatu yang jika diabaikan akan berakibat bahaya, sebagaimana halnya al-ikrah al-mulji` (paksaan yang mengancam jiwa) dan khawatir akan binasa (mati) kerana kelaparan. Wahbah Az-Zuhaili dalam Nazhariyyah Al-Dharurah hal. 65 mendefinisikan darurat adalah datangnya bahaya (khathr) pada manusia atau kesulitan (masyaqqah) yang amat berat, yang membuat dia khawatir akan terjadinya mudarat atau sesuatu yang menyakitkan atas jiwa, anggota tubuh, kehormatan, akal, harta, dan yang bertalian dengannya.
3. Definisi yang Rajih Berbagai definisi ulama mazhab empat mempunyai pengertian yang hampir sama, iaitu situasi terpaksa yang dikhawatirkan dapat menimbulkan kematian, atau mendekati kematian. Dengan kata lain, semuanya mengarah kepada tujuan pemeliharaan jiwa (hifz an-nafs). Wahbah Az-Zuhaili menilai definisi tersebut tidaklah lengkap, sebab menurutnya, definisi darurat haruslah mencakup semua yang berakibat dibolehkannya yang haram atau ditinggalkannya yang wajib. Maka dari itu, Az-Zuhaili menambahkan tujuan selain memelihara jiwa, seperti tujuan memelihara akal, kehormatan, dan harta. Abu Zahrah juga menambahkan tujuan pemeliharaan harta, sama dengan Az-Zuhaili.
Tapi, apakah definisi yang lebih "lengkap" ini secara automatik lebih rajih (kuat)? Sesungguhnya definisi darurat mestilah dikembalikan pada nash-nash yang menjadi sumber pembahasan darurat. Sebab istilah darurat memang bersumber dari beberapa ayat al-Qur`an, seperti dalam surah al-Baqarah [2]: 173; al-Maa`idah [5]: 3; al-An`aam [6]: 119; al-An`aam [6]: 145; dan an-Nahl [16]: 115 (Asjmuni Abdurrahman, 2003:42-43). Ayat-ayat ini intinya menerangkan keadaan darurat kerana terancamnya jiwa jika tidak memakan yang haram, seperti bangkai dan daging babi.
Jadi, kunci persoalannya bukanlah pada lengkap tidaknya definisi darurat, melainkan pada makna dalil-dalil syar'i yang mendasari definisi darurat itu sendiri. Berdasarkan ayat-ayat itulah, Syaikh Taqiyuddin An-Nabhani dalam Asy-Syakhshiyah Al-Islamiyah (III/477) menyatakan, definisi darurat adalah keterpaksaan yang sangat mendesak yang dikhawatirkan akan dapat menimbulkan kebinasaan/ kematian (al-idhthirar al-mulji` alladzi yukhsya minhu al-halak). Inilah definisi darurat yang sahih, iaitu keadaan terpaksa yang membolehkan yang haram, sebagaimana termaktub dalam kaedah yang masyhur: al-dharurat tubiih al-mahzhuurat (Keadaan darurat membolehkan yang diharamkan) (Abdul Hamid Hakim, t.t.:59). Definisi Taqiyuddin An-Nabhani ini dekat dengan definisi Mustafa Az-Zarqa` dan kurang lebih sama maknanya dengan definisi ulama madzhab empat.
4. Implikasi Definisi Dari definisi darurat yang rajih tersebut, kita dapat mengetahui cakupan darurat, iaitu keadaan terpaksa yang berkaitan dengan pemeliharaan jiwa (hifz an-nafs), seperti misalnya orang kelaparan yang terancam jiwanya yang tidak mendapatkan makanan selain daging babi atau bangkai (Muhlish Usman, 1996:134). Atau seperti orang yang diancam akan dibunuh jika tidak mahu mengucapkan kata-kata kufur, asalkan hatinya tetap beriman (Dja'far Amir, t.t.:37).
Adapun tujuan syariah lainnya, misalnya pemeliharaan harta (hifz al-mal), sebenarnya bukanlah termasuk cakupan darurat. Jadi, tidak benar fatwa yang membolehkan mengambil atau memanfaatkan bunga bank dari bank konvensional, dengan alasan darurat kerana belum adanya bank syariah di suatu tempat. Fatwa yang tidak tepat itu kemungkinan kerana didasarkan pada definisi darurat yang lebih "lengkap" dari ulama kontemporer. Padahal definisi "lengkap" itu sebenarnya tidaklah sesuai dengan maksud yang dikehendaki oleh dalil-dalil syar'i untuk makna dharurah.
5. Kesimpulan Dari huraian di atas, jelaslah bunga bank (yang termasuk riba), tidak dapat dimanfaatkan dengan alasan darurat. Misalnya dengan alasan bahawa di suatu tempat (kota, wilayah, atau daerah) belum ada bank syariah, sementara yang ada hanya bank konvensional yang memberi atau mengambil riba. Memanfaatkan riba adalah haram, baik di suatu tempat yang sudah ada bank syariahnya mahupun yang belum ada bank syariahnya.


Wallahu a'lam.

Al-Hamra': Jauhi diri daripada najis RIBA!!!