Friday, June 23, 2006

TERUK & BOBROKNYA NEGARA KITA !!!

KERTAS FAKTA PELACURAN, LUCAH DAN EKSPLOITASI WANITA
Susun Selidik :-
TERAS Pengupayaan Melayu & Majlis Bertindak Wanita Islam
MalaysiaF1014B, Kampung Pondok, Batu Hampar, 08400, Merbok, Kedah.Tel/Fax : 04-4571712 E-mail : teras1419@yahoo.com
1. PELACURAN DI MALAYSIA
Pengenalan
Pelacuran adalah satu aktiviti yang paling tua di dunia yang menjadi satu aktiviti yang tidak terhapus malah diwarisi dari generasi ke generasi. Kegiatan haram dan hina ini mempergunakan wanita dari usia seawal 10 tahun hinggalah 55 tahun. Pelbagai jenis pelacuran yang wujud seperti pelacuran komersial dan pelacuran yang hanya melibatkan wanita secara sukarela. Walau apa jua alasan yang dikemukakan kegiatan pelacuran tetap menjadi satu kesalahan dari segi agama, adat, budaya malah menyalahi undang-undang negara kita.
Sejarah Penularan Kegiatan Pelacuran di Malaysia Menurut catatan sejarah, Abdullah Munshi pernah mendapati terdapatnya perempuan-perempuan jalang dan murahan mendekati perahu dagang di Kelantan. Walaupun tiada catatan yang lengkap yang menunjukkan peristiwa itu, namun kegiatan pelacuran telah bermula seawal abad ke 18 lagi apabila buruh lelaki dari China telah masuk untuk bekerja di lombong timah sejak 1830 an.
Kehadiran buruh-buruh lelaki yang ramai telah mengakibatkan kaum wanita menjadi lebih sedikit daripada kaum lelaki. Maka, golongan wanita telah diimport dari negara-negara asing bagi memenuhi permintaan nafsu buruh-buruh dan rakyat asing yang melimpahi di Tanah Melayu akibat kurangnya wanita untuk menjadi isteri.Walaubagaimanapun, keadaan yang tidak terkawal memaksa pihak Inggeris yang memerintah Tanah Melayu pada masa itu mewujudkan OrdinanWanita dan Gadis 1870 yang menetapkan bahawa setiap rumah pelacuran dan rumah sundal didaftar.
Statistik Pelacuran di Malaysia Dari statistik Polis Kuala Lumpur melalui sumber akhbar Utusan Malaysia, mendapati wanita Melayu merupakan kaum yang paling ramai terlibat dalam pelacuran iaiitu dengan 60 %, diikuti dengan kaum Cina sebanyak 30%, lain-lain kaum 8% dan kaum India dengan peratusan yang paling rendah iaitu 2%. Kebanyakkan kegiatan pelacuran yang kian bertebaran di Malaysia adalah disebabkan oleh kedatangan rakyat asing dan pelancong asing yang menyalahgunakan visa pelancong mereka. Menurut Pegawai Pencegah Maksiat, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Asisten Supritendan Choo Lily,sejak 1996 hingga Februari 2003,sebanyak 17,448 wanita rakyat asing telah ditangkap.
Hasil daripada tangkapan tersebut, didapati rakyat asing dari negara Indonesia adalah paling ramai dengan jumlahnya sebanyak 10,576, dengan diikuti oleh Thailand seramai (3,096) orang, Filipina (1,794), China (1,149),Uzbekistan (38 , Kemboja (107), Rusia (71),Vietnam (66), Myammar (55), India (43), Taiwan (21), Ukraine (17), Singapura (12), Kazakstan (10), dan Columbia (9)Pada 1996 katanya, terdapat 1,314 pelacur asing dari pelbagai negara ditangkap di Malaysia.
Jumlah itu meningkat kepada 2,250 orang atau 41.6 peratus pada tahun berikutnya. Keadaan itu bagaimanapun kembali terkawal pada 1998 apabila ia menurun sebanyak 3.4 peratus iaitu berkurangan menjadi 2,176 orang. Penurunan itu tidak kekal lama apabila ia kembali meningkat pada setiap tahun selepas itu. Pada 1999 misalnya, seramai 3,301 pelacur asing ditangkap, ia diikuti 3,607 orang (2000) dan 4,132 orang (2001). Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini iaitu Januari hingga Februari, polis telah menangkap 667 orang wanita asing kerana kesalahan melacur.Sejak 1996 hingga 2001, seramai 175 orang telah dikenakan tindakan di bawah Akta Kediaman Terhad (AKT) 1933 kerana didapati terbabit dalam sindiket pelacuran.
Fakta Lain Rakyat Indonesia yang melacurkan diri di Malaysia kebanyakkannya terpedaya dengan sindiket pelacuran yang menyamar sebagai ejen pekerjaan dan menjanjikan kepada mereka pekerjaan yang baik seperti pembantu rumah,pembantu kedai dan pekerja kilangWanita Filipina pula menyalahgunakan permit perjalanan dengan melakukan pelacuran di negara Malaysia sementara rakyat China dan Uzbekistan pula turut menyalahgunakan visa yang berstatus pelajar. Bayaran yang diterima oleh pelacur adalah bergantung kepada kelas pelacur tersebut iaitu sama ada dari kelas tinggi atau rendah. Bayaran terhadap mereka adalah berbeza-beza mengikut rupa paras, umur dan tempat beroperasi Pelacur kelas atasan biasanya beroperasi di hotel yang mempunyai bintang, spa kesihatan dan rumah urut.
Sementara, pelacur kelas rendah akan beroperasi di hotel murah yang mengenakan bayaran antara RM20 hingga RM30 sebilik. Bayaran pelacur dari setiap negara juga berbeza-beza iaitu pelacur Indonesia biasanya menerima bayaran sebanyak RM100 hingga RM125 untuk setiap perkhidmatan. Pelacur dari China dibayar sebanyak RM200 hingga RM300.Mereka yang memiliki wajah kebaratan pula biasanya mengambil bayaran RM150 hingga RM250 dan pelacur tempatan mengenakan bayaran RM100 hingga RM150.Kriteria Pelacur Yang dikenalpastiPelacur PasarKumpulan yang paling rendah dan paling ramai dalam masyarakat pelacur.
Menjalankan perniagaan di lorong-lorong gelap seperti Jalan Chow Kit, Jalan Haji Talib, Petaling Street dan lain-lainPelacur JalananMendapatkan pelanggan dengan menjaja diri di pusat membeli belah dan tempat hiburan seperti disco, pub, pusat dangdut dan lain-lain Terdiri daripada gadis atau isteri mencari duit lebihPelacur bermajikanDipanggil call girl,Beroperasi di tempat tertentu seperti di flat atau rumah perseorangan yang biasanya disediakan oleh majikan Pelacur Tukang Urut, Pelayan Bar Didaftarkan sebagai pekerja di tempat berkenaan tetapi turut melacur diri untuk menambah pendapatan Pelacur Bebas Kumpulan elit dalam kalangan pelacur yang mungkin terdiri daripada pramugari, pelajar IPTA/S, gadis pejabat, artis, peragawati Mencari pelanggan di bar, restoran eksklusif di hotel atau tempat tumpuan golongan elit.
Boleh disewa, satu malam dan dibawa bercuti Boleh dihubungi semula melalui telefon Pelacur Kehormat Hanya melayan golongan tertentu sahaja iaitu golongan kaya seperti ahli perniagaan yang kaya.Terdiri daripada gadis yang disewa firma dan syarikat korporat tertentuBiasanya menemani tetamu khas ke kelab malam dan menghibur tetamu termasuk hiburan seksual.BohsiaKegiatan pelacuran oleh remaja secara percuma atau berbayar yang semata mata untuk berseronokUndang-undang Yang berkaitan Seksyen 18 (1), (2), Kanun Jenayah Syariah Kesalahan melacur isteri atau anak dan hukum yang disabitkan (denda tidak melebihi RM3000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya)ط Seksyen19 kanun Jenayah Syariah 1988Kesalahan perempuan yang melacurkan diri sendiri dan hukumannya (denda tidak lebih RM4000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya)
2. UNSUR LUCAH DAN EKSPLOITASI WANITA
Pengenalan
Isu eksploitasi wanita kini menjadi satu isu yang kian meruncing di kalangan masyarat kita. Wanita dipertontonkan dengan cara dan gaya yang cukup memalukan tidak kira di mana-mana. Beginikah realiti imej dan watak wanita globalisasi yang terarus dalam zaman kemodenan yang menuntut kepada perkara yang boleh dikatakan sudah hilang ketamadunannya. Wanita juga seolah-olah rela diperlakukan sedemikian oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Maka siapakah yang harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan?Jenis-jenis Pengeksploitasian WanitaWanita sebagai model iklan di media elektonik dan media cetak.
Di media elektronik , terutama di televisyen telah terpapar pelbagai iklan-iklan yang jelas mempergunakan wanita sebagai bahan pelaris bagi produk perniagaan mereka yang tidak bertanggungjawab. Contohnya baru-baru ini (April 2003),satu iklan syarikat telekomunikasi DIGI yang menayangkan aksi wanita di kolam renang yang bertanding. Markah perenang digambarkan sebagai rangkaian yang jelas bagi penggunanya.
Apa perkaitan wanita yang beraksi renang dengan rangkaian telekomunikasi tersebut? Lain-lain iklan adalah seperti iklan LUX (penampilan artis Hong Kong), syampu Sunsilk, Breeze Colour, Aroma Theraphy, syampu Pantene, Echanter dan syarikat telekomunikasi Hotlink (pergaulan bebas lelaki perempuan), Penampilan model-model wanita di majalah-majalah seperti majalah HAI, SENSASI, URTV, REMAJA, RIAS, CLEO, HER WORLD, SELEKTA, MASCULINE, MEDIA,POP, VARIASARI, BOLLYWOOD, MANGGA dan banyak lagi.
Pemaparan adegan-adegan yang keterlaluan seperti berpeluk dan menggayakan aksi di tepi kolam mandi.
Wanita Sebagai Model Pakaian dan Barangan Berjenama
Menjadi model-model dalam pertunjukan fesyen tempatan dan antarabangsa yang memperagakan pakaian dan gaya serta aksi yang melanggar nilai dan budaya yang tidak sepatutnya. Hatta walaupun barangan yang dipamerkan adalah khusus untuk lelaki, namun wanita tetap menjadi objek untuk memperagakan barangan berkenaan. Wanita dalam Pertandingan Ratu CantikPertandingan Ratu Cantik Sedunia yang kononnya mengiktiraf wanita tercantik di dunia.
Tetapi apa motif ditonjolkan wanita yang berpakaian separuh bogel dan menggayakan aksi yang memalukan. Miss Universe (World) turut melibatkan wanita Melayu seperti Erra Fazira pada tahun 1992. Selain itu Kavitha Kaur dan Arriana Teoh dan ramai lagi. Malah kalau diteliti dan diambil perhatian, terdapat satu pertandingan yang boleh dikatakan ala-ala kepada ratu cantik iaitu DEWI REMAJA yang dianjurkan oleh majalah REMAJA tebitan Karangkraf Sdn Bhd. Gadis-gadis dijemput dan dipelawa serta ditawarkan hadiah yang menarik bagi membolot gelaran tersebut. Pertandingan itu terus diadakan sehingga kini (2003) dan telah menarik begitu ramai golongan remaja yang ghairah meniti hidup keseronokan dunia.
Wanita Sebagai Gadis Litar
Wanita gadis Litar berperanan sebagai habuan kepada pemenang yang menggondol juara atau menemani peserta-peserta yang terlibat dengan perlumbaan litar motor dan kereta. Sebagai pemegang bendera apabila kereta mula dilepaskan, pemegang payung kepada pelumba dan juga sebagai penghias kereta. Jelas wanita dipergunakan dalam aktiviti sukan dengan menjadi objek hiasan semata-mata.Wanita Sebagai Penghias di Majlis RasmiTerdapat juga wanita yang dijadikan peneman dan penghias bagi majlis-majlis rasmi tanpa tujuan yang relevan oleh golongan elit VIP.Dengan mempamerkan imej yang elit dan bergaya, wanita sebenarnya telah dieksploitasi oleh golongan tersebut.
Wanita Sebagai watak seks dalam novel
Kini sudah menjadi trend atau arus yang menjdikan wanita sebagai watak yang menggoda dan merangsangkan dalam novel-novel terutamanya novel-novel percintaan. Gaya puitis dan mengasyikkan menimbulkan rasa fantasi pembaca. Wanita digambarkan sebagai objek seks yang boleh diperlakukan dengan sesuka hati. Contohnya novel Inggeris tulisan Judith Mc Naught (Perfect),Princess Charming, Cinta Seratus Ela dan pelbagai lagi novel terbitan The Rhythm Fakta Lain Yang Berkaitan dengan Eksploitasi Wanita.
Dalam kenyataan yang dipetik dalam akhbar The News Straits Times yang bertarikh 15 April 2003 yang bertajuk ? Rousing Welcome for 32 Chinese Models?, telah mengalu-alukan kedatangan 32 model yang dalam lawatan untuk pertandingan Ratu Cantik. Negeri Perlis telah dipilih sebagai negeri yang membenarkan lawatan model-model tersebut dengan tujuan untuk mempromosikan negeri terset. Rentetan itu, terdapat pelbagai komen dan respon dari pihak tertentu yang tidak bersetuju dengan tindakan negeri Perlis yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam kerana dianggap telah hilang kebudayaan dan pertimbangan adab dan agama.
Syarikat arak Guinness kini menganjurkan pertandingan Guinness Beauty Contest melalui iklan akhbar harian seperti yang disiarkan dalam akhbar The Star (22/5/2003) Pertandingan yang mengguna wanita sebagai objek tarikan untuk diperaga dan sekaligus memikat masyarakat awam untuk minum arak adalah amat menghina dan bercanggah dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan budaya hidup sihat dan bermoral tinggi. Pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat ini merupakan gimik bagi mempromosikan produk mereka.
Analisis Keratan Akhbar POTATOES JUST GOT SEXIER ( The Star 9 January 2003)Iklan kerepok ?Twisties Xplode? memaparkan keghairahan seorang wanita memakannya dengan menggunakan istilah ?SEXIER? dengan konotasi seolah-olah wanita itu sedang menikmati hubungan seks dengan seorang lelaki RALPH LAUREN ROMANCE (The Star 16 Ajnuary 2003) Sepasang muda mudi yang berpakaian tidak senonoh diperagakan sebagai model minyak wangi ?Romance?.
Paparan iklan ini turut menggambarkan pergaulan bebas antara remaja lelaki dan perempuan yang membawa kepada perhubungan seks rambang BELLA DEPILUX HAIR FREE SYSTEM ( The Star 6 January 2003)
Paparan seorang wanita dan bergaya yang tidak senonoh (separuh bogel) dieksplitasi untuk barangan? Bella Skin Care?FLAUNT YOUR FIGURE THIS FESTIVE SEASON (The Star 17 January 2003) Memaparkan wanita yang dieksploitasi untuk iklan alat melangsingkan tubuh badan dan berpakaian menjolok mata bagi menarik perhatian pengguna, serta memaparkan gaya ghairah seperti itu lebih bersifat menarik perhatian wanita tersebut sebagai objek FLAUNT YOUR PERFORMANCE (The Star 3 January)Seorang wanita yang berpakaian menjolok mata dieksploitasi sebagai alat untuk melariskan telefon bimbit NOKIA.
Undang-undang yang berkaitan dengan eksploitasi wanita Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 dalam Seksyen 7 (1) yang mengawal perkara-perkara berhubung percetakan dan penerbitan. Akta ini memberi kuasa kepada Menteri untuk menghalang secara mutlak atau bersyarat jika berpuas hati bahawa apa-apa penerbitan yang mengandungi artikel, karikatur, gambar, laporan, nota-nota, lagu, muzik kenyataan-kenyataan atau apa-apa sahaja yang boleh menimbulkan prasangka terhadap moral.
Penutup
Eksploitasi akan terus berlaku sekiranya kaum wanita sendiri tidak bertindak dan memperjuangkan nasib mereka. Era globalisasi yang mencengkam bukan satu alasan untuk wanita mengatakan bahawa mereka harus turut serta melayari arus tersebut sehingga diri dieksploitasikan. Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sering sahaja mengambil kesempatan terhadap wanita. Wanita harus bangkit dan sedar dengan memainkan peranan mereka sepatutnya agar tidak diperjijikan seperti suatu ketika dahulu iaitu pada zaman jahiliyah Antara langkah yang boleh diambil bagi membanteras eksploitasi adalah dengan cara menampilkan diri dengan pemakaian yang bersopan dan menutup aurat.
Kaum wanita juga mesti bersuara dengan lantang seperti mengadu kepada badan-badan tertentu bagi menghapuskan mereka yang mengambil kesempatan terhadap kaum wanita. Hukuman yang lebih berat juga patut dikenakan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab mempergunakan wanita.Kerajaan harus memainkan peranan yang penting dalam permasalahan ini dengan menghalang pengeksploitasian berlaku di kalangan wanita. Tindakan tegas oleh kerajaan ini haruslah merangkumi dari segenap sudut iaitu eksploitasi wanita di media, model, ratu cantik dan sebagainya.
Pengeksploitasian akan terus menjadi-jadi sekiranya tiada pihak cuba untuk membendungnya.Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) adalah sebuah pertubuhan NGO yang menjalankan aktiviti penyelidikan, pendidikan, latihan, penerbitan dan mobilasi masyarakat. TERAS bermatlamat untuk membawa transformasi masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat komuniti lain amnya bagi membina nilai dan budaya hidup berasaskan mesej Islam sebagai panduan dalam pelbagai bidang kehidupan Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia (WIM) adalah rangkaian jaringan wanita Islam di Malaysia secara individu dan organisasi, yang prihatin dan bertindak menanganai pelbagai isu sosial yang menjurus, persoalan wanita, pembangunan lapisan komuniti seperti kanak-kanak serta pelbagai isu komuniti seperti alam sekitar, hak asasi dan kebudayaan.

Al-Hamra' : Bersama tegakkan hukum Islam!!


0 Comments:

Post a Comment

<< Home