Wednesday, June 28, 2006

KONSEP QUDWAH DALAM ISLAM...

Konsep qudwah ganti idola dan diva
BERPANDUKAN kamus Webster dan Oxford, istilah idola didefinisikan sebagai menyembah atau memuja Tuhan atau menghubungkan sesuatu dengan imej ketuhanan. Istilah diva pula dikaitkan dengan Tuhan orang-orang Hindu iaitu dewa atau dewata.
Pada hari ini istilah idola dan diva dihubungkan dengan pendewaan terhadap manusia popular khususnya di kalangan sesetengah remaja seperti artis, ahli sukan, ahli muzik, pemimpin malah ada yang mengaitkan idola itu dengan Nabi Muhammad s.a.w..Memang para remaja memiliki naluri meniru, mencontohi, meneladani dan mengagumi sesuatu atau seseorang.
Remaja belajar daripada orang lain kerana ingin dewasa dengan pengalaman dan petunjuk yang betul. Remaja meniru daripada seseorang atau sesuatu kerana peniruan boleh menjadikan ia matang dan mampu meneruskan tradisi.Dalam tradisi Islam meniru tidak salah kalau yang ditiru itu benda-benda atau perkara yang baik. Mencontohi juga tidak salah kalau yang dicontohi itu adalah sesuatu yang bermanfaat. Meneladani sesuatu yang berguna supaya ia menjadikan remaja matang dan berilmu.
Mengagumi sesuatu yang hebat dan cemerlang kerana ia boleh membimbing remaja mempunyai kualiti diri.Rasulullah s.a.w. dibentuk wataknya oleh Allah s.w.t. menerusi al-Quran dan menjadikan Nabi contoh yang terbaik untuk umat manusia. Pada Nabi terdapat qudwah atau contoh yang membawa risalah atau pengajaran untuk seluruh alam. Dalam ajaran Islam, sebaik mana peribadi, akhlak dan tingkah laku Nabi ia tidak sampai kepada tahap pemujaan atau menyamakannya dengan Tuhan atau menimbulkan rasa penyembahan yang luar biasa.
Nabi ialah manusia seperti kita dan Allah beri kepadanya kelebihan supaya baginda menjadi sumber ikutan terhadap manusia zamannya dan juga manusia terkemudian.Konsep idola dan diva sudah bercanggah dengan konsep qudwah. Rasulullah s.a.w. sepanjang 13 tahun di Mekah menentang berhala dan amalan memberhalakan kerana ia dikaitkan dengan perbuatan syirik. Syirik adalah jenis dosa yang tidak diampunkan oleh Allah s.w.t.. Oleh itu Rasulullah s.a.w. melakukan dakwah, penyeruan dan pengajakan supaya manusia beriman kepada Tuhan Yang Satu.
Itulah asas tauhid yang ditanamkan oleh Rasulullah s.a.w. yang menyebabkan cara berfikir dan bertindak sahabat-sahabat Nabi dan pengikut sezamannya meletakkan Allah itu satu-satunya Tuhan, bukan dua dan tidak juga tiga.Mengapa faktor akidah dilihat sebagai faktor terpenting bagi seseorang penganut Islam? Akidah tauhid menjadi asas ikatan atau ‘aqaid’ manusia dengan Penciptanya. Apabila asas ini jelas dan kukuh, ia meletakkan Allah Yang Perkasa, Maha Mengetahui, Yang Berkuasa sedangkan manusia adalah hamba-Nya.
Jiwa kehambaan menjadikan manusia tunduk, patuh, taat dan akur terhadap ajaran-Nya. Rukuk dan sujud dalam solat adalah lambang bagaimana latihan akur, tunduk, taat dan patuh dilakukan dan hikmah atau kebaikan sifat-sifat itu menjadikan manusia tunduk kepada yang baik dan benar, patuh kepada peraturan dan undang-undang yang adil, taat dalam menghubungkan kerja sebagai sumber ibadah dan akur terhadap sumber teladan manusia yang cemerlang dan berakhlak.Konsep idola dan diva boleh menyebabkan remaja melakukan pemujaan atau pengaguman yang melampau.
Darjah minat menjadi begitu luar biasa sehingga segala-gala yang ada pada penyanyi yang dipuja baik suara, gaya berpakaian, rambut dan gelagat penyanyi itu menjadi sumber pembentuk remaja untuk menjadi remaja yang berjaya. Darjah pendewaan remaja terhadap ahli muzik dan ahli sukan menyebabkan ‘kegilaan’ yang melampaui batas sehingga banyak masa digunakan dengan berbagai cara menunjukkan ahli muzik dan ahli sukan dekat pada diri dan hadir dalam hatinya.Naluri ‘kegilaan’ memang lazim terdapat bagi sesetengah remaja yang sudah hilang kawalan diri.
Sering kedapatan remaja Islam yang tidak menjaga adab menutup aurat. Melakukan pendedahan tubuh yang menjolok pandangan dan perhatian. Memakai seluar ketat yang menampakkan susuk dan bentuk tubuh secara ghairah. Hilang adab terhadap orang tua. Hilang malu melakukan sesuatu yang aib di khalayak ramai. Malah bercakap perkara-perkara yang tidak mendatang faedah atau menambah ilmu.
Amat penting para remaja dididik dengan kesuburan naluri contoh yang menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah. Allah s.w.t. dijadikan sumber ibadah dalam pengertian Dialah satu-satunya yang berhak disembah bukannya manusia apalagi patung-patung. Perkara ini adalah mustahak untuk menjadikan remaja orang-orang yang jelas jalan akidahnya dan jernih jalan sembahannya.Dengan menjadikan idola dan diva sebagai manifestasi ‘pemujaan’ dan kekaguman terhadap seseorang, ia boleh menjadikan remaja berada dalam keadaan ragu, keliru dan celaru. Ia boleh menyebabkan remaja boleh terjebak dengan amalan yang menyalahi akidah.
Agama Islam, bahasa Arab dan bahasa al-Quran amat mementingkan ketepatan sesuatu istilah. Konsep itu digunakan supaya ia tidak menimbulkan salah pengertian dan kekeliruan.Apalagi menggunakan konsep idola dan diva untuk merujuk kepada manusia yang memberi konotasi atau makna pemujaan, ia boleh membawa kepada penyimpangan.KonsepAdalah lebih baik para remaja Islam yang amat prihatin dengan akidah dan iman supaya melazimkan diri dengan menggunakan konsep qudwah atau model-contoh kerana ia menepati maksud.
Konsep qudwah merujuk kepada contoh terbaik yang pernah ada kepada umat manusia iaitu Nabi Muhammad s.a.w.. Sebagai seorang budak, Nabi Muhammad seorang penggembala kambing yang taat dan jujur. Sebagai remaja, Nabi Muhammad tidak pernah menyembah berhala ataupun idol atau dewata sebaliknya menjadi seorang peniaga yang baik dan ikhlas dan sering bersendirian kerana nalurinya sering menentang amalan penyembahan berhala di kalangan kaumnya.
Sebagai orang dewasa, Nabi Muhammad melakukan dakwah sebijaksana mungkin dengan memiliki prinsip kebenaran yang utuh, istiqamah atau teguh hati yang tinggi, akhlak yang terpuji sehingga digelar sebagai ‘al Amin’ iaitu seorang yang mendamaikan. Sebagai seorang pemimpin, Nabi Muhammad cuba menjadikan dirinya sebagai pemimpin contoh dan pengurusan kota Madinah yang mempunyai penduduk berbilang dilakukan dengan adil dan saksama. Inilah qudwah terbaik yang dibentuk oleh Allah s.w.t. yang memiliki kualiti peribadi unggul (towering personality) untuk dijadikan sumber qudwah yang sifatnya merentasi zaman.
Memang tidak salah para remaja menjadi orang-orang yang dinamik dalam menggunakan istilah dan konsep. Tetapi setiap istilah terkandung makna dan makna dalam istilah agama berkait rapat dengan al-Quran dan hadis. Seperti juga orang-orang Barat mengemukakan istilah-istilah tertentu untuk dipopularkan, tetapi ia terkandung maksud yang bercanggah atau tidak serasi dengan tradisi dan budaya orang-orang Islam. Orang-orang Barat mengguna pakai sesuatu istilah, kadang-kadang berkait rapat dengan tradisi, budaya dan pancaran daripada sistem kepercayaan atau agamanya.Para remaja yang hidup dalam negara merdeka amat mustahak menjaga kepentingan jati diri.
Memelihara jati diri tidak semestinya menyebabkan para remaja menjadi tertutup terhadap pengaruh baik daripada budaya dan tradisi orang lain. Budaya membaca, menyelidik, menulis dan berbincang di kalangan orang-orang Barat dan Jepun adalah baik untuk para remaja ikuti. Tetapi menjadikan artis heavy-metal sebagai idola dan diva adalah tidak baik.Mengagumi tokoh-tokoh Barat dalam banyak bidang dan lupa atau sengaja tidak mahu ambil tahu tokoh-tokoh yang menyumbang terhadap tamadun umat Islam dan umat manusia, misalnya, adalah suatu ketempangan.
Remaja Islam harus kembali kepada diri kerana pada diri mereka ada agama Islam yang ajarannya menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah manusia melakukan keburukan. Remaja Islam harus kembali kepada tradisi dan budaya sendiri. Contoh terbaik yang patut dijadikan ikutan dan teladan ialah Rasulullah s.a.w. bukannya idola dan diva.

Al-Hamra' : Sepatutnya Bukanlah Mawi atau Siti itu idola remaja!!


















Friday, June 23, 2006

TERUK & BOBROKNYA NEGARA KITA !!!

KERTAS FAKTA PELACURAN, LUCAH DAN EKSPLOITASI WANITA
Susun Selidik :-
TERAS Pengupayaan Melayu & Majlis Bertindak Wanita Islam
MalaysiaF1014B, Kampung Pondok, Batu Hampar, 08400, Merbok, Kedah.Tel/Fax : 04-4571712 E-mail : teras1419@yahoo.com
1. PELACURAN DI MALAYSIA
Pengenalan
Pelacuran adalah satu aktiviti yang paling tua di dunia yang menjadi satu aktiviti yang tidak terhapus malah diwarisi dari generasi ke generasi. Kegiatan haram dan hina ini mempergunakan wanita dari usia seawal 10 tahun hinggalah 55 tahun. Pelbagai jenis pelacuran yang wujud seperti pelacuran komersial dan pelacuran yang hanya melibatkan wanita secara sukarela. Walau apa jua alasan yang dikemukakan kegiatan pelacuran tetap menjadi satu kesalahan dari segi agama, adat, budaya malah menyalahi undang-undang negara kita.
Sejarah Penularan Kegiatan Pelacuran di Malaysia Menurut catatan sejarah, Abdullah Munshi pernah mendapati terdapatnya perempuan-perempuan jalang dan murahan mendekati perahu dagang di Kelantan. Walaupun tiada catatan yang lengkap yang menunjukkan peristiwa itu, namun kegiatan pelacuran telah bermula seawal abad ke 18 lagi apabila buruh lelaki dari China telah masuk untuk bekerja di lombong timah sejak 1830 an.
Kehadiran buruh-buruh lelaki yang ramai telah mengakibatkan kaum wanita menjadi lebih sedikit daripada kaum lelaki. Maka, golongan wanita telah diimport dari negara-negara asing bagi memenuhi permintaan nafsu buruh-buruh dan rakyat asing yang melimpahi di Tanah Melayu akibat kurangnya wanita untuk menjadi isteri.Walaubagaimanapun, keadaan yang tidak terkawal memaksa pihak Inggeris yang memerintah Tanah Melayu pada masa itu mewujudkan OrdinanWanita dan Gadis 1870 yang menetapkan bahawa setiap rumah pelacuran dan rumah sundal didaftar.
Statistik Pelacuran di Malaysia Dari statistik Polis Kuala Lumpur melalui sumber akhbar Utusan Malaysia, mendapati wanita Melayu merupakan kaum yang paling ramai terlibat dalam pelacuran iaiitu dengan 60 %, diikuti dengan kaum Cina sebanyak 30%, lain-lain kaum 8% dan kaum India dengan peratusan yang paling rendah iaitu 2%. Kebanyakkan kegiatan pelacuran yang kian bertebaran di Malaysia adalah disebabkan oleh kedatangan rakyat asing dan pelancong asing yang menyalahgunakan visa pelancong mereka. Menurut Pegawai Pencegah Maksiat, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Asisten Supritendan Choo Lily,sejak 1996 hingga Februari 2003,sebanyak 17,448 wanita rakyat asing telah ditangkap.
Hasil daripada tangkapan tersebut, didapati rakyat asing dari negara Indonesia adalah paling ramai dengan jumlahnya sebanyak 10,576, dengan diikuti oleh Thailand seramai (3,096) orang, Filipina (1,794), China (1,149),Uzbekistan (38 , Kemboja (107), Rusia (71),Vietnam (66), Myammar (55), India (43), Taiwan (21), Ukraine (17), Singapura (12), Kazakstan (10), dan Columbia (9)Pada 1996 katanya, terdapat 1,314 pelacur asing dari pelbagai negara ditangkap di Malaysia.
Jumlah itu meningkat kepada 2,250 orang atau 41.6 peratus pada tahun berikutnya. Keadaan itu bagaimanapun kembali terkawal pada 1998 apabila ia menurun sebanyak 3.4 peratus iaitu berkurangan menjadi 2,176 orang. Penurunan itu tidak kekal lama apabila ia kembali meningkat pada setiap tahun selepas itu. Pada 1999 misalnya, seramai 3,301 pelacur asing ditangkap, ia diikuti 3,607 orang (2000) dan 4,132 orang (2001). Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini iaitu Januari hingga Februari, polis telah menangkap 667 orang wanita asing kerana kesalahan melacur.Sejak 1996 hingga 2001, seramai 175 orang telah dikenakan tindakan di bawah Akta Kediaman Terhad (AKT) 1933 kerana didapati terbabit dalam sindiket pelacuran.
Fakta Lain Rakyat Indonesia yang melacurkan diri di Malaysia kebanyakkannya terpedaya dengan sindiket pelacuran yang menyamar sebagai ejen pekerjaan dan menjanjikan kepada mereka pekerjaan yang baik seperti pembantu rumah,pembantu kedai dan pekerja kilangWanita Filipina pula menyalahgunakan permit perjalanan dengan melakukan pelacuran di negara Malaysia sementara rakyat China dan Uzbekistan pula turut menyalahgunakan visa yang berstatus pelajar. Bayaran yang diterima oleh pelacur adalah bergantung kepada kelas pelacur tersebut iaitu sama ada dari kelas tinggi atau rendah. Bayaran terhadap mereka adalah berbeza-beza mengikut rupa paras, umur dan tempat beroperasi Pelacur kelas atasan biasanya beroperasi di hotel yang mempunyai bintang, spa kesihatan dan rumah urut.
Sementara, pelacur kelas rendah akan beroperasi di hotel murah yang mengenakan bayaran antara RM20 hingga RM30 sebilik. Bayaran pelacur dari setiap negara juga berbeza-beza iaitu pelacur Indonesia biasanya menerima bayaran sebanyak RM100 hingga RM125 untuk setiap perkhidmatan. Pelacur dari China dibayar sebanyak RM200 hingga RM300.Mereka yang memiliki wajah kebaratan pula biasanya mengambil bayaran RM150 hingga RM250 dan pelacur tempatan mengenakan bayaran RM100 hingga RM150.Kriteria Pelacur Yang dikenalpastiPelacur PasarKumpulan yang paling rendah dan paling ramai dalam masyarakat pelacur.
Menjalankan perniagaan di lorong-lorong gelap seperti Jalan Chow Kit, Jalan Haji Talib, Petaling Street dan lain-lainPelacur JalananMendapatkan pelanggan dengan menjaja diri di pusat membeli belah dan tempat hiburan seperti disco, pub, pusat dangdut dan lain-lain Terdiri daripada gadis atau isteri mencari duit lebihPelacur bermajikanDipanggil call girl,Beroperasi di tempat tertentu seperti di flat atau rumah perseorangan yang biasanya disediakan oleh majikan Pelacur Tukang Urut, Pelayan Bar Didaftarkan sebagai pekerja di tempat berkenaan tetapi turut melacur diri untuk menambah pendapatan Pelacur Bebas Kumpulan elit dalam kalangan pelacur yang mungkin terdiri daripada pramugari, pelajar IPTA/S, gadis pejabat, artis, peragawati Mencari pelanggan di bar, restoran eksklusif di hotel atau tempat tumpuan golongan elit.
Boleh disewa, satu malam dan dibawa bercuti Boleh dihubungi semula melalui telefon Pelacur Kehormat Hanya melayan golongan tertentu sahaja iaitu golongan kaya seperti ahli perniagaan yang kaya.Terdiri daripada gadis yang disewa firma dan syarikat korporat tertentuBiasanya menemani tetamu khas ke kelab malam dan menghibur tetamu termasuk hiburan seksual.BohsiaKegiatan pelacuran oleh remaja secara percuma atau berbayar yang semata mata untuk berseronokUndang-undang Yang berkaitan Seksyen 18 (1), (2), Kanun Jenayah Syariah Kesalahan melacur isteri atau anak dan hukum yang disabitkan (denda tidak melebihi RM3000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya)ط Seksyen19 kanun Jenayah Syariah 1988Kesalahan perempuan yang melacurkan diri sendiri dan hukumannya (denda tidak lebih RM4000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya)
2. UNSUR LUCAH DAN EKSPLOITASI WANITA
Pengenalan
Isu eksploitasi wanita kini menjadi satu isu yang kian meruncing di kalangan masyarat kita. Wanita dipertontonkan dengan cara dan gaya yang cukup memalukan tidak kira di mana-mana. Beginikah realiti imej dan watak wanita globalisasi yang terarus dalam zaman kemodenan yang menuntut kepada perkara yang boleh dikatakan sudah hilang ketamadunannya. Wanita juga seolah-olah rela diperlakukan sedemikian oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Maka siapakah yang harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan?Jenis-jenis Pengeksploitasian WanitaWanita sebagai model iklan di media elektonik dan media cetak.
Di media elektronik , terutama di televisyen telah terpapar pelbagai iklan-iklan yang jelas mempergunakan wanita sebagai bahan pelaris bagi produk perniagaan mereka yang tidak bertanggungjawab. Contohnya baru-baru ini (April 2003),satu iklan syarikat telekomunikasi DIGI yang menayangkan aksi wanita di kolam renang yang bertanding. Markah perenang digambarkan sebagai rangkaian yang jelas bagi penggunanya.
Apa perkaitan wanita yang beraksi renang dengan rangkaian telekomunikasi tersebut? Lain-lain iklan adalah seperti iklan LUX (penampilan artis Hong Kong), syampu Sunsilk, Breeze Colour, Aroma Theraphy, syampu Pantene, Echanter dan syarikat telekomunikasi Hotlink (pergaulan bebas lelaki perempuan), Penampilan model-model wanita di majalah-majalah seperti majalah HAI, SENSASI, URTV, REMAJA, RIAS, CLEO, HER WORLD, SELEKTA, MASCULINE, MEDIA,POP, VARIASARI, BOLLYWOOD, MANGGA dan banyak lagi.
Pemaparan adegan-adegan yang keterlaluan seperti berpeluk dan menggayakan aksi di tepi kolam mandi.
Wanita Sebagai Model Pakaian dan Barangan Berjenama
Menjadi model-model dalam pertunjukan fesyen tempatan dan antarabangsa yang memperagakan pakaian dan gaya serta aksi yang melanggar nilai dan budaya yang tidak sepatutnya. Hatta walaupun barangan yang dipamerkan adalah khusus untuk lelaki, namun wanita tetap menjadi objek untuk memperagakan barangan berkenaan. Wanita dalam Pertandingan Ratu CantikPertandingan Ratu Cantik Sedunia yang kononnya mengiktiraf wanita tercantik di dunia.
Tetapi apa motif ditonjolkan wanita yang berpakaian separuh bogel dan menggayakan aksi yang memalukan. Miss Universe (World) turut melibatkan wanita Melayu seperti Erra Fazira pada tahun 1992. Selain itu Kavitha Kaur dan Arriana Teoh dan ramai lagi. Malah kalau diteliti dan diambil perhatian, terdapat satu pertandingan yang boleh dikatakan ala-ala kepada ratu cantik iaitu DEWI REMAJA yang dianjurkan oleh majalah REMAJA tebitan Karangkraf Sdn Bhd. Gadis-gadis dijemput dan dipelawa serta ditawarkan hadiah yang menarik bagi membolot gelaran tersebut. Pertandingan itu terus diadakan sehingga kini (2003) dan telah menarik begitu ramai golongan remaja yang ghairah meniti hidup keseronokan dunia.
Wanita Sebagai Gadis Litar
Wanita gadis Litar berperanan sebagai habuan kepada pemenang yang menggondol juara atau menemani peserta-peserta yang terlibat dengan perlumbaan litar motor dan kereta. Sebagai pemegang bendera apabila kereta mula dilepaskan, pemegang payung kepada pelumba dan juga sebagai penghias kereta. Jelas wanita dipergunakan dalam aktiviti sukan dengan menjadi objek hiasan semata-mata.Wanita Sebagai Penghias di Majlis RasmiTerdapat juga wanita yang dijadikan peneman dan penghias bagi majlis-majlis rasmi tanpa tujuan yang relevan oleh golongan elit VIP.Dengan mempamerkan imej yang elit dan bergaya, wanita sebenarnya telah dieksploitasi oleh golongan tersebut.
Wanita Sebagai watak seks dalam novel
Kini sudah menjadi trend atau arus yang menjdikan wanita sebagai watak yang menggoda dan merangsangkan dalam novel-novel terutamanya novel-novel percintaan. Gaya puitis dan mengasyikkan menimbulkan rasa fantasi pembaca. Wanita digambarkan sebagai objek seks yang boleh diperlakukan dengan sesuka hati. Contohnya novel Inggeris tulisan Judith Mc Naught (Perfect),Princess Charming, Cinta Seratus Ela dan pelbagai lagi novel terbitan The Rhythm Fakta Lain Yang Berkaitan dengan Eksploitasi Wanita.
Dalam kenyataan yang dipetik dalam akhbar The News Straits Times yang bertarikh 15 April 2003 yang bertajuk ? Rousing Welcome for 32 Chinese Models?, telah mengalu-alukan kedatangan 32 model yang dalam lawatan untuk pertandingan Ratu Cantik. Negeri Perlis telah dipilih sebagai negeri yang membenarkan lawatan model-model tersebut dengan tujuan untuk mempromosikan negeri terset. Rentetan itu, terdapat pelbagai komen dan respon dari pihak tertentu yang tidak bersetuju dengan tindakan negeri Perlis yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam kerana dianggap telah hilang kebudayaan dan pertimbangan adab dan agama.
Syarikat arak Guinness kini menganjurkan pertandingan Guinness Beauty Contest melalui iklan akhbar harian seperti yang disiarkan dalam akhbar The Star (22/5/2003) Pertandingan yang mengguna wanita sebagai objek tarikan untuk diperaga dan sekaligus memikat masyarakat awam untuk minum arak adalah amat menghina dan bercanggah dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan budaya hidup sihat dan bermoral tinggi. Pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat ini merupakan gimik bagi mempromosikan produk mereka.
Analisis Keratan Akhbar POTATOES JUST GOT SEXIER ( The Star 9 January 2003)Iklan kerepok ?Twisties Xplode? memaparkan keghairahan seorang wanita memakannya dengan menggunakan istilah ?SEXIER? dengan konotasi seolah-olah wanita itu sedang menikmati hubungan seks dengan seorang lelaki RALPH LAUREN ROMANCE (The Star 16 Ajnuary 2003) Sepasang muda mudi yang berpakaian tidak senonoh diperagakan sebagai model minyak wangi ?Romance?.
Paparan iklan ini turut menggambarkan pergaulan bebas antara remaja lelaki dan perempuan yang membawa kepada perhubungan seks rambang BELLA DEPILUX HAIR FREE SYSTEM ( The Star 6 January 2003)
Paparan seorang wanita dan bergaya yang tidak senonoh (separuh bogel) dieksplitasi untuk barangan? Bella Skin Care?FLAUNT YOUR FIGURE THIS FESTIVE SEASON (The Star 17 January 2003) Memaparkan wanita yang dieksploitasi untuk iklan alat melangsingkan tubuh badan dan berpakaian menjolok mata bagi menarik perhatian pengguna, serta memaparkan gaya ghairah seperti itu lebih bersifat menarik perhatian wanita tersebut sebagai objek FLAUNT YOUR PERFORMANCE (The Star 3 January)Seorang wanita yang berpakaian menjolok mata dieksploitasi sebagai alat untuk melariskan telefon bimbit NOKIA.
Undang-undang yang berkaitan dengan eksploitasi wanita Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 dalam Seksyen 7 (1) yang mengawal perkara-perkara berhubung percetakan dan penerbitan. Akta ini memberi kuasa kepada Menteri untuk menghalang secara mutlak atau bersyarat jika berpuas hati bahawa apa-apa penerbitan yang mengandungi artikel, karikatur, gambar, laporan, nota-nota, lagu, muzik kenyataan-kenyataan atau apa-apa sahaja yang boleh menimbulkan prasangka terhadap moral.
Penutup
Eksploitasi akan terus berlaku sekiranya kaum wanita sendiri tidak bertindak dan memperjuangkan nasib mereka. Era globalisasi yang mencengkam bukan satu alasan untuk wanita mengatakan bahawa mereka harus turut serta melayari arus tersebut sehingga diri dieksploitasikan. Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sering sahaja mengambil kesempatan terhadap wanita. Wanita harus bangkit dan sedar dengan memainkan peranan mereka sepatutnya agar tidak diperjijikan seperti suatu ketika dahulu iaitu pada zaman jahiliyah Antara langkah yang boleh diambil bagi membanteras eksploitasi adalah dengan cara menampilkan diri dengan pemakaian yang bersopan dan menutup aurat.
Kaum wanita juga mesti bersuara dengan lantang seperti mengadu kepada badan-badan tertentu bagi menghapuskan mereka yang mengambil kesempatan terhadap kaum wanita. Hukuman yang lebih berat juga patut dikenakan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab mempergunakan wanita.Kerajaan harus memainkan peranan yang penting dalam permasalahan ini dengan menghalang pengeksploitasian berlaku di kalangan wanita. Tindakan tegas oleh kerajaan ini haruslah merangkumi dari segenap sudut iaitu eksploitasi wanita di media, model, ratu cantik dan sebagainya.
Pengeksploitasian akan terus menjadi-jadi sekiranya tiada pihak cuba untuk membendungnya.Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) adalah sebuah pertubuhan NGO yang menjalankan aktiviti penyelidikan, pendidikan, latihan, penerbitan dan mobilasi masyarakat. TERAS bermatlamat untuk membawa transformasi masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat komuniti lain amnya bagi membina nilai dan budaya hidup berasaskan mesej Islam sebagai panduan dalam pelbagai bidang kehidupan Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia (WIM) adalah rangkaian jaringan wanita Islam di Malaysia secara individu dan organisasi, yang prihatin dan bertindak menanganai pelbagai isu sosial yang menjurus, persoalan wanita, pembangunan lapisan komuniti seperti kanak-kanak serta pelbagai isu komuniti seperti alam sekitar, hak asasi dan kebudayaan.

Al-Hamra' : Bersama tegakkan hukum Islam!!


Tuesday, June 20, 2006

Best Punya Cerpen...x caya baca sendiri!!!

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. "Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya.

Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar. "Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab.

Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. "Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.

Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? " Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh. "Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini.

Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang. "Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally.

Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman. "Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. " "Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada. "Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini." Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni?

Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..." Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.

Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan : "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!" Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan.

Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga. "Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki." "Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!". Lelaki itu tersenyum.

"Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..." "Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya. Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya ! Apa peliknya?", "Baik,tuan.

Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. "Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya.

Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang. " Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja "Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ...malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang.

Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.� �Oh...!� keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... saya nak labur habis-habisan.

Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan. Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram. "Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang.

Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!�"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan. "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....." "Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya. "Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan.

Tak payah risau pasal bil. Percuma.� Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya.

Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI�.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. "Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..." "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar.

Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji," "Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema .... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mumendamba kasih yang tidak berhujungmengutip sayang di hamparan cinta suci.Inilah getaran hatiku memburu cinta.......stanza hati merindu Ilahi!" Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. "Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..."

Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri." " Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka." "Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.

Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek.

Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus. "Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. "Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr. Johar. "Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya..." "Habis, mereka mahu apa?" "Mereka mahu Islam, Datuk!" "Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya. "ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"

"Pasakkan Thabat Teguhkan Istiqamah"

Al-Hamra: Inilah impian istana Permata Al-Hamra'

Saturday, June 03, 2006

PEMBUNUH BARU REJIM YAHUDI !!!


Ehud Olmert bukanlah nama yang hebat di dalam konflik Palestin-Zionis.

Nama beliau tidak segah Ariel Sharon, Netanyahu ataupun Shimon Perez. Tidak keterlaluan jika dikatakan, bagi mereka yang tidak mengamati perkembangan politik Zionis, nama Olmert merupakan nama yang majhul sehinggalah baru-baru ini sahaja. Beliau yang merupakan Timbalan Perdana Menteri rejim Zionis mula terkenal selepas menyandang tugas Sharon yang telah diserang koma dan masih tersadai lagi di hospital Hadasah, di Baitul Maqdis.
Siapakah Olmert?
Benarkah dia seorang arkitek kedamaian yang bakal merubah lanskap politik Zionis dan masa depan isu Palestin seperti yang digembar-gemburkan? Artikel ini akan cuba melihat Olmert dengan lebih dekat lagi.Olmert bukanlah seorang politikus yang hebat dan licik di dalam persada politik Zionis. Dia mungkin hanya dikenali sebelum ini sebagai Datuk Bandar Zionis bagi kawasan Baitul Maqdis. Kemunculan beliau menjadi Perdana Menteri merupakan satu kejutan. Tuah beliau adalah seumpama tuah Harry Truman yang menggantikan Franklin Delano Roosevelt untuk kerusi Presiden AS.
Mungkin perumpamaan yang lebih dekat lagi ialah Anwar Sadat yang menggantikan Jamal Abdul Naser untuk jawatan presiden Mesir. Persamaan ketiga-tiga mereka ialah, kesemuanya menjadi orang nombor satu negara masing-masing untuk mengisikan kekosongan yang ditinggalkan oleh orang yang lebih hebat. Persamaan ketiga-tiga juga adalah mereka semua merupakan ahli politik yang "low-profile" dan bukanlah nama yang hebat. Mereka semua juga tidak pernah dijangkakan akan menjadi orang nombor satu.

Tuah beliau adalah seumpama tuah Harry Truman yang menggantikan Franklin Delano Roosevelt untuk kerusi Presiden AS.

Jika dilihat dari segi latar belakang, Olmert tidaklah sehebat dan seganas Sharon. Beliau bukanlah seorang jeneral IDF yang gila menyembelih rakyat Palestin seperti Sharon, Barak, Perez dan lain-lain PM Zionis. Beliau mempunyai caranya yang tersendiri di dalam menyiksa dan memberikan kesengsaraan terhadap rakyat Palestin. Jika tidak, masakan Sharon hendak menjadikan dia sebagai "right hand man" beliau. Apa yang pasti, beliau bukanlah seorang "pecinta keamanan" seperti yang didakwa.Siapakah Olmert?Olmert dilahirkan pada tahun 1945 di Palestin.
Bapa dan kelurganya merupakan pengasas kumpulan pengganas Yahudi Irgun. Pengganas Irgun bertanggungjawab melakukan ratusan siri penyembelihan dan pembunuhan rakyat Palestin. Kumpulan ini jugalah yang telah menghancurkan, merobohkan dan membakar rumah rakyat Palestin serta menghalau mereka keluar dari bumi tersebut. Irgun jugalah pengganas yang bertanggung jawab memusnahkan kampung-kampung rakyat Palestin. Kumpulan Irgun juga bertanggung jawab melakukan penyembelihan Deir Yasin pada bulan April 1948. Di dalam peristiwa tersebut, kumpulan Irgun dan Stern telah membunuh lebih daripada 93 orang Palestin sekaligus.
Mereka juga telah menjulang mayat-mayat wanita mengandung yang mati dibunuh dan diarak keliling bandar Baitul Maqdis.
Di atas ruh keganasan inilah Olmert dibesarkan oleh bapanya. Bapanya jugalah yang telah mendidik Olmert untuk setia kepada perjuangan Zionis dan Irgun. Setelah Irgun diserapkan ke dalam tentera Zionis (Israeli Defence Force (IDF)), kesemua anggot Irgun menjadi sebahagian daripada unit ketenteraan tersebut.Olmert telah menyertai IDF semenjak usia remaja lagi.
Berdasarkan populariti bapanya, dia telah berjaya menjadi pegawai IDF di dalam usia yang amat muda. Dia juga telah ditugaskan untuk menjadi koresponden untuk majalah mingguan IDF, "Bamachane" sebelum melanjutkan pengajiannya di Hebrew University di Baitul Maqdis. Di Universiti tersebut beliau telah berjaya mendapatkan ijazah dasar di dalam bidang undang-undang. Selepas tamat pengajiannya, beliau telah menjadi anak didik ahli politik Zionis yang ekstrimis bernama Shmuel Tamir. Beliau merupakan mantan pengganas Irgun yang aktif berpolitik dan berhaluan kanan yang ekstrim.

Beliau merupakan mantan pengganas Irgun yang aktif berpolitik dan berhaluan kanan yang ekstrim.

Pada tahun 1973, beliau telah menceburkan diri ke dalam bidang politik. Pada usianya yang baru mencecah 30 tahun, beliau telah menjadi ahli parlimen mewakili parti Likud. Beliau telah menggantikan tempat mantan pemimpin Irgun, Menachem Begin yang terpaksa mengundurkan diri dari bidang politik. Meskipun beliau terlibat di dalam parti Likud, namun peranannya amat kecil. Beliau lebih cenderung kepada kumpulan berhaluan kanan Likud berbanding kumpulan Sosialis yang begitu mendominasi Likud pada waktu itu. Keadaan mula berubah pada tahun 1977 apabila Likud mula berkuasa di dalam Knesset rejim Zionis.
Bermula dari tarikh tersebut, Olmert dan juga rakan-rakan berhaluan kanannya di dalam Likud mula mendapatkan pengaruh. Karier politiknya mula membuahkan hasil pada thun 1988. Beliau telah dilantik di dalam kerajaan Likud sebagai menteri tanpa portfolio. Berdasarkan kecemerlangannya di dalam perkhidmatan, dia telah dilantik menjadi Datuk Bandar Zionis di Baitul Maqdis pada tahun 1993. Beliau telah berjaya menjadi Datuk Bandar apabila berjaya mengalahkan Teddy Kollek di dalam pilihanraya perbandaran.
Di Baitul Maqdislah keganasannya terhadap umat Islam bermula.Keganasan Olmert di Baitul Maqdis Sebagai seorang yang berhaluan kanan dan juga seorang nasionalis dan idealis Zionis, beliau mempunyai cita-cita seperti sesiapa sahaja yang sehaluan dengannya. Cita-cita utama golongan Zionis adalah untuk menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara rejim Zionis sehingga hari kiamat. Mereka juga inginkan Baitul Maqdis (yang mereka gelar Urshalem) dipenuhi dengan kaum Yahudi dan bebas dari bangsa lain.
Mereka juga mengimpikan pembinaan semula kuil (Beit HaMikdash) di atas tapak masjid al-Aqsa. Begitu jugalah cita-cita Olmert yang pada hari ini menjadi Perdana Menteri Zionis!Beliau memulakan usaha liciknya itu dengan mengadakan hubungan yang intim dengan pihak Ultra Ortodoks Yahudi yang mendiami Baitul Maqdis. Ucapan-ucapan beliau semenjak tarikh tersebut amat berbau perkauman, kebencian dan juga kekerasan. Beliau telah berjanji dengan kumpulan pengganas Ultra Ortodoks Yahudi di sana untuk mendapatkan Baitul Maqdis untuk mereka. Beliau mula mengotakan janji-janjinya dengan meluaskan penempatan Yahudi Ortodoks di kawasan timur Baitul Maqdis.
Kawasan tersebut pada asalnya didiami oleh rakyat Palestin. Mereka kemudiannya telah diusir dan tempat tersebut ditukarkan menjadi milik kerajaan Zionis. Ratusan rumah rakyat palestin telah dirobohkan di atas arahan Olmert. Beliau kemudiannya membina penempatan Yahudi di sana. Kekejaman beliau ini telah diungkapkan oleh Hannan Ashrawi mantan menteri wanita di dalam kabinet PA kepada BBC.

Rakyat Palestin di Baitul Maqdis begitu mengenali Olmert dan sifat kejamnya terhadap mereka!

Di dalam tempoh Olmert berkuasa juga rakyat Palestin semakin ditekan di Baitul Maqdis. Kebajikan mereka diabaikan. Keadaan penempatan mereka, sekolah-sekolah dan juga jalan-jalan dibiarkan dan tidak diambil endah oleh Olmert. Rakyat Palestin di Baitul Maqdis begitu mengenali Olmert dan sifat kejamnya terhadap mereka. Olmert juga bersikap keras terhadap warga Yahudi yang tidak sehaluan dengan polisi beliau. Golongan Yahudi yang terbuka dan menentang polisi pengYahudian baitul Maqdis telah dihalau keluar pada zaman beliau menjadi Datuk Bandar. Hal ini telah menyebabkan Dafna Baram, editor akhbar Kol Ha'ir berbahasa Ibrani mengkritik beliau dengan lantang. Baram telah menuduh Olmert melakukan pecah amanah dan korupsi demi melaksanakan dasar-dasarnya.Al-Aqsa dan OlmertPenggalian terowong di bawah Masjid al-Aqsa menjadi semakin rancak di zamannya.
Beliau jugalah yang telah memaksa Benjamin Netanyahu, PM Zionis pada waktu itu untuk merasmikan terowong tersebut.
Perasmian pada tahun 1996 itu telah mengundang reaksi dari kaum Muslimin yang membantah tindakan Zionis menjadikan kawasan bawah Masjid itu sebagai muzium dan kuil sementara mereka. Beliau juga telah berjaya mendapatkan dana daripada hartawan Yahudi dari AS untuk membiayai usaha-usaha tersebut. Dana yang disalurkan juga kebanyakannya digunakan oleh Olmert untuk membina penempatan Yahudi di tengah-tengah kawasan penempatan rakyat Palestin dengan tujuan menguasainya.Keganasan Olmert jelas terserlah lewat isu bukit Abu Ghneim. Bukit Abu Ghneim merupakan bukit yang dimiliki oleh umat Islam.
Di zaman Olmert, beliau telah meratakan bukit tersebut, merampasnya dari kaum muslimin dan membina penempatan warga Yahudi. Kini kawasan tersebut dikenali sebagai penempatan Yahudi yang dinamakan sebagai "Har-Homa". Keganasan beliau juga semakin menjadi-jadi selepas beliau menyerahkan kunci kota lama Baitul Maqdis kepada golongan Ultra Ortodoks menandakan kekuasaan kumpulan tersebut di kota lama berkenaan. Beliau jugalah yang telah memerintahkan agar tembok pemisah di antara penempatan Yahudi dan penempatan rakyat Palestin dibina."Tuah" OlmertSharon bertanggung jawab mengambil Olmert menjadi timbalannya. Hal ini sungguh memeranjatkan ramai pihak. Olmert bukanlah seorang yang begitu popular untuk dipilih menjadi TPM mahupun PM.
Beliau menjadi pengikut dan orang kanan Sharon yang setia. Selain daripada menyokong tindakan-tindakan kejam Sharon lewat Intifadah 2000 sehingga 2005, beliau juga turut menyokong usaha pengunduran dari Gaza. Beliau juga bersetuju untuk berundur dari Tebing Barat, dengan syarat kawasan penempatan Yahudi dikekalkan di Tebing Barat dan pembinaan tembok pemisah diteruskan. Ini bermakna, kawasan Tebing Barat yang ingin diberikan kepada rakyat Palestin hanyalah 70% sahaja daripada Tebing Barat yang telah dijajah oleh Zionis pada tahun 1967. Beliau juga dijangkakan akan memperhebatkan lagi usaha untuk mengYahudikan Baitul Maqdis.

Persoalannya, apakah yang akan dilakukan oleh Olmert selepas menjadi PM?

Kesemua cita-cita beliau ini akan menjadi kenyataan. Selepas mengikuti jejak Sharon meninggalkan Likud dan menubuhkan parti baru yang bernama Kadima, Sharon pula diserang strok dan koma sehingga kini. Selepas menyandang jawatan PM untuk beberapa tempoh, beliau dan Kadima telah memenangi pilihanraya pemilihan knesset Zionis. Kini beliau telah diberikan mandat untuk menjadi Perdana Menteri Zionis yang baru. Apa yang dilalui oleh Olmert ini adalah "tuah" seperti yang telah diungkapkan oleh Uri Avnery, aktivis Gush Shalom.Persoalannya, apakah yang akan dilakukan oleh Olmert selepas menjadi PM?, apa yang dapat disaksikan hari ini, beliau semakin menekan kerajaan baru Palestin dan rakyat Palestin.
Beliau juga telah melakukan koalisi dengan Avigdor Lieberman yang terkenal dengan sikap perkauman dan anti-Islam. Beliau juga telah meluluskan usaha Menteri Pertahanan Zionis, Shaul Mofaz untuk menyekat makanan dan juga ubat-ubatan ke atas rakyat Palestin. Beliau juga telah bersetuju dengan pelan penerusan pembinaan tembok pemisah di Tebing Barat dan juga Baitul Maqdis.Persoalannya lagi, apakah nasib masjid al-Aqsa di zaman Olmert?, apakah al-Aqsa akan segera diruntuhkan oleh Olmert dengan bantuan golongan Ultra-Ortodoks Yahudi yang merupakan sekutu lamanya?
Kita tunggu dan lihat sahaja!!!

Al-Hamra': Allah telah melaknat bangsa Yahudi di dlm Al-Quran!