Monday, May 29, 2006

HUKUM NIKAH MISYAR !!!

Nikah Misyar: Antara Syara’ dan Adat
(Beberapa Pandangan Ulama’ Semasa)

Segala puji bagi Allah swt tuhan pencipta sekalian alam.

Bagi menentukan adakah sesuatu perkahwinan itu boleh diiktibar (dianggap) sah di sisi Syara’ perlulah ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syara’. Antara syarat-syarat untuk memastikan bahawa perkahwinan itu sah ialah:

1. Wujudnya keredhaan yang tulus daripada kedua-dua pihak suami dan isteri.

2. Lafaz yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu tidak dibataskan oleh waktu-waktu tertentu.

3. Adanya wali bagi pihak isteri.

4. Perkahwinan itu disaksikan oleh saksi yang melengkapi syarat-syarat persaksian.

5. Perkahwinan tersebut diwarwarkan kepada umum.

Jika lengkap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara’ ini maka perkahwinan Misyar ini adalah perkahwinan yang sah selagimana perkahwinan ini tidak bertempoh walau apa nama perkahwinan ini sekalipun. Namun apabila si isteri rela untuk menggugurkan hak-hak yang berhak untuk diperolehi oleh si isteri tersebut yang telah diberikan oleh syarak seperti nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk suami bermalam di rumah isteri yang bermadu, maka pengguguran hak tersebut adalah harus di sisi syara’ sepertimana yang dilakukan oleh Sayyidah Sau’dah R.A. Beliau telah menghadiahkan hari yang sepatutnya Rasulullah saw bermalam di rumah beliau kepada Saiyyidah Aisyah R.A


Pendapat daripada Fadhilah Al-Syeikh Dr. Nasr Farid Wasil
(Bekas Mufti Mesir)

Perkahwinan di dalam Islam adalah di antara hubungan kemanusiaan dan sosial yang paling suci yang dijaga oleh Islam dan Islam turut menyuruh untuk diambil segala jalan. yang boleh memudahkan perkahwinan di kalangan manusia, lelaki dan wanita malahan syarak turut meminta untuk menjaga perkahwinan dengan mewujudkan satu perjanjian yang kukuh yang menjelaskan hak-hak dan kewajipan rumahtangga dan kekeluargaan. yang diberkati dengan kalimah Allah. Perkahwinan adalah dituntut berdasarkan nas Al-Quran melalui firman Allah SWT di dalam surah al-Nur ayat 32:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.


Allah swt juga berfirman didalam surah al-Rum ayat 21:

Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.

Rasulullah saw juga bersabda dengan kalamnya yang mulia:

“Perkahwinan itu adalah sunnahku. Barangsiapa yang berpaling daripada sunnahku maka bukanlah mereka daripada golonganku.”

Melalui perkahwinan, berlakulah perlaksanaan Syariat Islam yang dikehendaki oleh Allah bagi kepentingan manusia menelusuri firman Allah taala yang bermaksud:

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"
(Al Baqarah ayat 30)

Melalui perlaksanaan Syariat Islam maka ibadah akan sempurna yang kesempurnaan ibadah itu adalah dituntut dan diperintahkan oleh Allah memalui firmannya yang bermaksud:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
(Al Zhariat ayat 56 hingga 58)

Perkahwinan yang memenuhi tujuan yang baik dan mulia ini adalah perkahwinan yang sah di sisi syara’ yang memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat perkahwinan yang digariskan oleh syarak yang diperintahkan oleh Allah dan rasulNya di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah di samping turut disepakati oleh ulama Islam di setiap zaman. Ini kerana itu, rukun-rukun nikah dan syarat-syaratnyalah yang akan membezakan antara akad nikah yang menepati syarak dan akad nikah yang diharamkan oleh Islam. Rukun serta syarat nikah ini yang akan menjadi pembeza yang berterusan sehingga hari kiamat.

Sehubungan dengan itu, pihak Dar al-Ifta’ (Majlis Fatwa Mesir) berpandangan bahawa nikah misyar jika ia memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukun ini iaitu keredaan yang sempurna daripada pihak suami dan isteri, lafaz akad nikah yang mengandungi maksud perkahwinan yang berterusan, wali daripada pihak pengantin wanita, saksi-saksi yang memenuhi kriteria yang penuh sebagai seorang saksi yang sempurna dan peisytiharan perkahwinan tersebut dengan cara yang pelbagai maka perkahwinan tersebut adalah perkahwianan yang sah di sisi syara’ dengan kita tidak perlu memandang kepada apa sahaja jenis istilah yang diberikan terhadap nama perkahwinan itu selama mana perkahwinan itu tidak diterhadkan kepada tempoh tertentu atas sebab-sebab berikut:

1. Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan risalah Muhammad SAW ini sebagai penutup segala risalah dan Allah swt telah menurunkan al-Quran sebagai penunjuk kepada kesejahteraan seluruh umat sehingga waktu di mana Allah akan mewarisi bumi ini dan insan yang berada di dalamnya (hari kiamat). Oleh itu tidak ada satupun perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia melainkan manusia akan mendapati penyelesaiannya di dalam kitab kepada risalah Nabi Muhammad SAW (Al-Quran) Allah berfirman:

"Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini"
(Al An`am ayat 38)

Istilah Misyar terdapat hukum padanya jika kita meniliti secara terperinci di dalam sejarah-sejarah para ulama terdahulu dan sekarang. Sesiapa yang meneliti sejarah pengembaraan umat Islam terdahulu, dia akan mendapati bahawa terdapat di kalangan generasi terdahulu insan-insan yang mengembara keluar daripada tanah air demi menuntut ilmu atau berniaga. Jika mereka singgah di sesuatu negara di tengah perjalanan maka mereka akan menetap di situ dalam beberapa masa tertentu, lama atau sekejap seterusnya berkahwin dengan penduduk negeri tersebut dan mendapat zuriat kemudian menyambung kembali perjalanannya dengan meninggalkan isterinya sama ada dengan jalan talak atau sebagainya dalam keadaan isterinya rela dengan perkara tersebut.

2. Di sana hanya ada satu jalan sahaja tanpa ada jalan yang kedua yang membenarkan kepuasan seks dapat disalurkan. Jalan ini ialah perkahwinan yang menepati syarak. Oleh itu selain daripada perkahwinan yang sah di sisi syarak, maka ia adalah dilarang oleh syariat-syariat Allah dalam semua agama malahan syariat-syariat Allah Taala menganggap jalan selain perkahwinan adalah jalan-jalan yang mungkar. Al-Quran telah menerangkan perkara ini di dalam firman Allah Taala :

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas"
(Al-Mukminun ayat 5-7)

Syariat Islamiah telahpun menerangkan bahawa perkahwinan yang menepati Islam sahaja yang dapat mengumpulkan antara lelaki dan wanita dengan kalimat Allah di atas akad yang berterusan dan perjanjian yang kukuh. Oleh itu setiap kehendak yang jauh daripada perkahwinan yang menepati syarak adalah satu penderhakaan terhadap Allah dan satu pelampauan batas terhadap garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah.

3. Seseorang isteri itu mempunyai hak di sisi syariat untuk menggugurkan hak-hak mereka yang sepatutnya mereka perolehi seperti memohon nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk bersama dengan suami bagi isteri yang bermadu. Perkara ini secara jelas telah ditunjukkan oleh isteri Rasulullah saw iaitu Sayyidah Saudah yang secara rela telah memberikan hari yang sepatutnya Rasulullah saw bersama dengannya kepada Saiyyidah Aisyah r.a. Seandainya kerelaan ini tidak menepati syarak maka pasti Rasulullah akan tidak bersetuju dengan tindakan Sayyidah Saudah.

Oleh itu setiap syarat yang dibuat yang tidak menafikan tujuan asas dan maksud utama bagi perkahwinan, maka syarat tersebut adalah sah dan tidak akan sama sekali mencacatkan akad nikah atau membatalkannya.

Dar al-Ifta’ (Majlis Fatwa Mesir) tidaklah bermaksud melalui fatwa ini untuk menyuruh masyarakat memilih jalan perkahwinan sebegini. Namun begitu, pihak Dar al-Ifta’ hanya bertanggungjawab untuk bersungguh-sungguh menerangkan hukum-hukum syarak yang betul dengan bersumberkan sumber-sumber hukum daripada Al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah saw serta pendapat para ulama muktabar daripada mazhab terdahulu.


Pendapat daripada Fadilah al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi :


Perkahwinan Misyar adalah perkahwinan yang seperti kita selalu perhatikan. Cuma yang berbeza disini ialah istilah misyar yang digunakan. Sesuatu perkara itu bukanlah diambil hukumnya daripada nama dan ibaratnya tetapi dilihat kepada apakah yang terkandung didalam perkara tersebut. Terkadang manusia ada meletakkan nama yang lain daripada nama tersebut. Kita mengetahui bahawa terdapat dikalangan para suami yang berkahwin dengan isteri yang kedua tanpa memberitahu kepada isterinya yang pertama berhubung dengan perkahwinan tersebut. Perkahwinan seperti ini seolah-olah menyerupai nikah urfi walaupun bukanlah secara keseluruhannya. Terdapat juga sebahagian daripada para fuqaha’ yang berpendapat bahawa harus bagi si isteri untuk tidak menuntut hak kepada suami mereka seperti hak bermalam dirumah mereka.

Saya bukanlah dikalangan orang yang mencanangkan perkahwinan sebegini, dan saya juga bukanlah dikalangan orang yang menulis risalah untuk menyokong kearah perlaksanaan perkahwinan sebegini. Namun bukanlah saya mampu untuk mengharamkan sesuatu perkara yang telah dihalalkan oleh Allah swt. Bilamana ditanya kepada saya, apakah hukum perkahwinan sebegini? Saya pasti akan berkata saya tidaklah mengetahui akan perkahwinan sebegini. Tetapi cubalah kamu berikan gambaran secara jelas kepada saya berkenaan perkahwinan tersebut. Maka kata lelaki tersebut, Perkahwinan tersebut terdapat akad yang sah, terdapat saksi yang memenuhi syarat, terdapat juga didalam perkahwinan ini walimatulurus, dan pendek kata kesemua hukum yang ditetapkan syara’ memenuhi pekahwinan ini.

Bagaimana mungkin bagi seorang fakih yang mendengarkan permasalahan sebegini akan mengatakan perkahwinan sebegini adalah haram? Walaupun ianya mengundang ketidakpuasan hati dikalangan masyarakat. Terdapat perkara yang tidak disepakati oleh masyarakat tetapi ianya adalah harus bagi syara’. Contohnya ialah seperti perkahwinan antara seorang hamba dengan tuannya Perkara ini tentulah tidak mendapat persetujuan daripada masyarakat tetapi jika ianya sempurna syarat-syaratnya dan rukunnya maka tentulah saya akan mengatakan bahawa perkara adalah harus bagi syara’.

Contoh lain yang dapat saya berikan disini ialah perkahwinan seorang perempuan dengan seorang lelaki yang sudah tua seperti datuknya (hanya kerana lelaki itu kaya) tentulah akan mendapat tentangan daripada masyarakat. Adakah perkahwinan antara perempuan muda tersebut dengan lelaki tua itu haram? Jawabnya Tidak! Kita tidak pernah mengatakan perkara itu haram. Bahkan saya mengatakan perkara ini dibenci oleh masyarakat.Tetapi untuk mengatakan sesuatu perkara itu haram atau halal bukanlah satu perbuatan yang mudah. Mahu tidak mahu bagi si alim perlulah senantiasa takutkan Allah dan senantiasa berjaga-jaga didalam mengistinbatkan (mensabitkan) sesuatu hukum berkaitan dengan agamanya. Kita tidak mengatakan bahawa perkahwinan sebegini haram melainkan jika terdapatnya dalil-dalil yang menguatkan bahawa perkahwinan sebegini adalah haram!!


Pendapat daripada Fadhilah al-Syeikh Dr. Ali Jum’ah Al-Syafie
(Mufti Mesir Sekarang)


Syarat perkahwinan di dalam Islam adalah perlunya ada ijab dan qabul serta tidak bercanggah dengan larangan syara’ pada suami, isteri, wali, dan saksi. Apabila telah sempurna syarat-syarat dengan akad di antara lelaki dan wanita, maka sempurnalah pernikahan tersebut. Sebaliknya apabila tidak cukup syarat tersebut, maka pernikahan tersebut terbatal.

Orang Islam diminta untuk menunaikan syarat yang telah dipersetujuinya. Oleh itu seorang wanita dibenarkan untuk menggugurkan hak yang berhak diperolehinya dalam masalah kewajipan suami untuk bermalam dengan si isteri kerana Sayyidah Saudah Binti Zam`ah telah tidak mengambil hak bermalam bersama Rasulullah SAW dan memberikan hak tersebut kepada ‘Aisyah R.A. Wanita juga dibenarkan untuk memulangkan maharnya atau nafkah yang berhak diperolehinya kerana Allah SWT berfirman di dalam surah An-Nisa’ ayat 4 yang bermaksud :

"Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya"


Pendapat Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily
(Universiti Damsyiq, Syria)

Perkahwinan Misyar
adalah satu perkahwinan dimana seorang wanita tidak mengambil sebahagian daripada hak-haknya. Perkahwinan ini walaupun tidak menyampaikan hasrat dan maksud perkahwinan, namun perkahwinan ini harus tetapi makruh dan tidak sepatutnya diamalkan melainkan pada beberapa keadaan tertentu.

Telah berkata Prof Dr Wahbah Az-Zuhaily, pensyarah Syariah di Universiti Damsyiq, Syria. “Perkahwinan disyariatkan oleh Allah SWT untuk merealisasikan beberapa tujuan”. Di antaranya adalah :

1. Untuk menambah keturunan dan memelihara kelangsungan zuriat.

2. Adalah untuk mendatangkan kebahagiaan,

3. Memelihara diri daripada terjebak ke kancah maksiat dan zina

4. Mewujudkan kerjasama dan keserasian hidup antara lelaki dan wanita untuk kehidupan berumahtangga.

5. Perkahwinan juga adalah untuk mewujudkan kebahagiaan, dan ketenangan di antara suami dan isteri selain bertujuan untuk mendidik anak-anak dengan didikan yang sempurna.

Perkahwinan Misyar juga merealisasikan sebahagian daripada tujuan-tujuan perkahwinan walaupun tidak kesemuanya. Isteri tidak mengambil haknya di dalam nafkah, tempat tinggal, sekiranya suami mempunyai isteri lain. Tujuan yang jelas daripada pernikahan ini adalah untuk bersenang-senang (melunasi fitrah batin isteri) samada si suami jelas mengambil faedah daripada harta isteri manakala si isteri dapat menikmati kehidupan berumah-tangga. Pada hemat saya, hukum perkahwinan misyar ini adalah sah sekiranya cukup dan sempurna rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak iaitu kerelaan wali, saksi dan pemakluman kepada umum. Sekiranya tidak cukup salah satu daripada syarat-syarat ini maka tidak sah di sisi para fuqahak.

Tetapi, sebagai jaminan kepada isteri dan hak-haknya dalam jangka masa yang panjang, hendaklah isteri tersebut berwaspada dengan mendaftarkan perkahwinan tersebut kepada pendaftaran rasmi dengan pihak berkuasa atau yang bertanggungjawab. Hal ini kerana, sekiranya si suami meninggal dunia, dituntut daripada si isteri ‘iddah dan berhak terhadap warisan harta pusaka suami. Si isteri pula telah berubah fikiran dan menuntut haknya di dalam nafkah atau bahagian yang wajib daripada harta pusaka suami. Selagimana pernikahan ini tidak merealisasikan semua tujuan dan motif perkahwinan, kemanusiaan dan kemasyarakatan didalam keadaan yang sempurna dan optimum, maka saya memberikan peringatan dan tidak menggalakkan pernikahan ini dan menghukumkan ia sebagai makruh.

Sesungguhnya perkahwinan adalah bersendikan kepercayaan yang padu. Namun begitu, sekiranya sesuatu pasangan masih tetap ingin mendirikan rumah tangga mereka dengan perkahwinan jenis ini, maka diharuskan tetapi mereka berdua mesti menanggung kesan dan akibat daripada perkahwinan tersebut seperti salah seorang daripada keduanya tidak adil didalam menjaga hak-hak dan melaksanakan kewajipan khususnya di dalam hubungan suami isteri. Pada keadaan begini, ianya menjadi haram walaupun aqad perkahwinan tersebut sah.

*Artikel asal adalah dalam Bahasa Arab, sila rujuk dalam www.islam online.

P/S: Diharapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat tidak mudah melatah dengan segala persoalan berkaitan dengan hukum-hakam Islam, sebaliknya bertanyalah kepada pihak yang sepatutnya (para Alim Ulama’) bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar!
Al-Hamra' : Islam adalah penyelesaian kepada segala masalah,kenapa orang pilih yang HARAM juga???



Wednesday, May 24, 2006

HUKUM INSURANS NYAWA MENGIKUT ISLAM...?!

Insurans Menurut Perspektif Islam

Benarkah Insurans Haram Menurut Islam?


1. MUQADDIMAH

Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya.

Penulisan ini akan menyentuh aspek berikut :-

1. Pembahagian insuran.
2. Perbezaan Fatwa Ulama' mengenai hukum insuran
3. Mengapa insuran perniagaan difatwakan haram?
4. Apakah dalil para Ulama yg mengharuskannya & syarat utk menyertainya?
5. Alternatif Islam dalam hal Insuran.

Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah dibincangkan begitu panjang oleh para ulama' tertutamanya di kalangan ulama' Timur Tengah. Oleh kerana sistem Insuran ini suatu ciptaan yg dikira baru menurut zaman iaitu disekitar tahun 1666 m di London, system ini hanya menembusi dunia Islam arab hanya sekitar 1830 M.
Al-Mu'amalat al-Maliah al-Mu'asirah. Prof. Dr Othman Syabir, cet Dar an-Nafais, hlm 106.
Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yg dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn 'Abidin, wafat thn 1836 m @ 1252 H) Beliau merupakan fuqaha' ulung bermazhab Hanafi di Syam dan dianggap cendikiawan Islam pertama yg mengeluarkan fatwa berkenaan Insuran.
Hasyiah Ibn 'Abidin, Jilid 4, hlm 170

Bagi memudahkan perbinacngan ringkas ini, elok kiranya dijelaskan dua bentuk
asas Insuran, ia adalah :-

1. Insuran Bersifat Perniagaan @ Komersial (Takmin Tijari)
2. Insuran Kerjasama @ Masyarakat (Takmin Ta'awuni @ ijtima'ie)

Insuran Bersifat Perniagaan (Takmin Tijari) :


Ia adalah suatu kontrak perniagaan (business) drpd jenis Kontrak Pertukaran
Kewangan ('Uqud Mu'awadat Maliah). Ia mewajibkan syarikat Insuran membayar
jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku beberapa jenis
kemalangan @ musibah yg telah ditentukan di dlm kontrak (aqad) bersesuaian dgn kadar2 tertentu. Ia juga bergantung kpd jumlah caruman pencarum.
'Uqud at-Takmin, Dr. Jamal Hakim, Jld 1, hlm 33

Kontrak Insuran ini mengandungi item berikut :

1. Redha di kedua2 pihak ( iaitu syrkt Insuran dan Pencarum), Ia ibarat
kontrak yg mengandungi aspek ijab & qabul.

2. Pihak yg memberi insuran, iaitu pihak syarikat Insuran.

3. Pencarum, individu yg membayar jumlah tertentu dan yg membuat penjanjian
dgn syarikat Insuran.

4. Yang menerima manfaat, iaitu spt anak kpd individu atau isteri dan lain2.

5. Kebahayaan @ musibah, Iaitu jenis2 musibah @ kemalangan yg diandaikan yg
ditentukan di dlm kontrak, spt kecurian, kebakaran, kecederaan, kematian dan
lain2.

Bentuk Insuran ini spt :-
Insurans Terhdap Musibah Menimpa Tubuh, Insuran Nyawa, Insuran Harta dan pecahannya (kereta, motor, rumah dan lain2) , Insuran Kemalangan Jalanraya, Insuran Kerja dan lain2.

Saya menganggap, pembaca tentu telah memahami perkara ini secara praktikal di Malaysia, ia adalah sesuatu yg telah diketahui umum dalam dunia kehidupan di Malaysia.

Insuran Bersifat Kerjasama @ Kemasyarakatan (Ta'awuni):

Ia adalah suatu kontrak berbentuk derma @ sumbangan drpd sesuatu Badan
Pengurusan Insuran Kerjasama kpd para pencarumnya atas dasar saling bantu
membantu mengurangkan bebanan musibah yg ditanggung pencarum (ahli masyarakat).

Ia tidak bertujuan mengumpul dan mencari keuntungan daripada simpanan wang
pencarum. Ia juga bukan suatu jenis perniagaan..
Qarar Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Sedunia) bertarikh 1978 M, dinaqal drpd Dr. Uthman Syabir, hlm 131.

Demikian dua bentuk insuran yang asas. Bentuk yang pertama tidak disepakati
sepenuhnya tentang hukumnya bgmnpun Majoriti ulama' mengharamkannya, manakala jenis yg kedua disepakati sebulat suara tentang keharusannya di dalam Islam.

2. ULAMA' DAN HUKUM INSURAN JENIS PERTAMA

Sebagai pembuka tirai perbincangan, terlebih dahulu penulis ingin menyebut
bahawa Kesatuan Ulama' Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh 'Alami) telah pun bersidang
memperbincangkan hukum Insuran Bersifat Perniagaan ini. Keputusannya, jumhur @ majoriti dari mereka sepakat terhadap PENGHARAMAN insuran ini.

Secara perincian, masih terdpt sebilangan ulama' besar yg berpandangan
sebaliknya. Ringkasan pecahan kumpulan ulama' ini adalah seperti berikut :-

1. Kumpulan Yg Mengharamkan Insuran Bersifat Perniagaan & Jenis-jenisnya.
Mereka terdiri daripada ulama' berikut :-

a. As-Syeikh Al-Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836 M)
b. As-Syeikh Al-Imam Muhd Abu Zuhrah (Meninggal tahun 1972
Prof.Syari'ahUniv. Kaherah, dianggap ulama' terulung dlm Ilmu Fiqh)
c. As-Syeikh Al-Imam Muhd 'Abduh (menurut qawl yg lebih shohih)
d. As-Syeikh Muhd Bukhait al-Mut'ie (Bekas Mufti Mesir, meninggal 1935 M )
e. As-Syeikh Al-Allamah Ahmad Ibrahim al-Husayni (Fuqaha' terulung Mesir &
dianggap mujaddid Fiqh Mesir)
f. As-Syeikh Najm al-Din al-Wa'iz (Bekas Mufti Iraq)
g. As-Syeikh Muhd al-Ahmadi al-Zawahiri (Bekas Syeikh al-Azhar)
h. As-Syeikh Salim Matar al-Bisyri (Bekas Syeikh al-Azhar)
i. As-Syeikh Hasunah an-Nawawi (Bekas Syeikh al-Azhar)
j. As-Syeikh Abd Rahman Mahmud Qara'ah (Bekas Mufti Mesir)
k. As-Syeikh Prof. Dr Yusoff al-Qaradhawi (Ulama' dan Da'ie terkemuka di dunia
Islam hari ini, Prof. Syarih di Univ. Qatar)
l. Prof. Dr. Muhd Ali Salus (Prof. Fiqh di Univ. Qatar)
m.Prof. Dr. Muhd Othman Syabir (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Qatar)
n. As-Syeikh Prof. Dr Muhd Baltaji (Prof di Univ Kaherah kini, di anggap
Fuhaqa' teralim di ketika ini)
o. As-Syeikh Dr. Abdullah al-Qalqili (Bekas Mufti Jordan)
p. Prof. Dr Muhd Sulaiman Asyqar (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Ulama' terkenal
di Jordan kini)
q. Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli (Prof. Di Univ. Damshiq Syria, Ulama' terkenal
di dunia)

2. Kumpulan Yg Mengharuskan Insuran Dgn Meletakkan Syarat2 Tertentu. Mereka adalah :

a. As-Syeikh Abdullah Siyam (Ulama Takhassus Fiqh dalam tahun 1932 M)
b. As-Syeikh Prof. Abd Wahab Al-Khallaf (Prof. Syariah di Univ. Kaherah, wafat
thn 50 an)
c. As-Syeikh Prof. Dr. Yusoff Musa (Prof. Syariah di Univ. Kaherah)
d. As-Syeikh Prof. Dr. Mustafa az-Zarqa'(Prof. Syariah di Univ. Jordan &
Ulama' terulung sezaman dgn Abu Zuhrah)
e. As-Syeikh Prof. Dr. Muhd 'Uqlah al-Ibrahim (Prof. Syariah Univ. Al-Yarmouk
& ulama' terkenal di Jordan kini)

3. Kumpulan Yg Mengharuskan Insuran Kecuali Insuran Nyawa.

Mereka adalah :

a. As-Syeikh Prof. Muhd Ahmad as-Sanhuri (ulama' terkemuka di tahun 50 an)

b. As-Syeikh Prof. Dr Ali Khafif (ulama' Mesir yg terkemuka di bidang fiqh
mu'amalat)

Demikianlah pecahan kumpulan ulama' terkemuka di dunia Islam yg terzahir
pandangan mereka melalui kitab2 mereka dan nadwah2 Islam di seluruh dunia.
Mengikut jumlah, kumpulan ulama yg mengharamkan insuran jenis perniagaan adalah majoriti.

Kajian dan perbincangan mereka adalah panjang dan boleh mencecah ratusan
halaman. Justeru penulis tidaklah berhasrat untuk memperbicarakan dalil2
kedua-dua kumpulan tersebut. Cukup sekadar mengemukakan asas hujjah mengapa ia di anggap haram oleh majority ulama' & apakah dalil asas ulama' yg
mengharuskannya.

3. SEBAB INSURAN BERSIFAT PERNIAGAAN MENJADI HARAM ?

Ia adalah satu perbincangan 'ilmiah & sebenarnya memerlukan 'basic knowledge'
tertentu yg agak luas untuk memahaminya dgn sempurna, bgmnpun penulis akan cuba memudahkan dalil2 ini demi memberikan kefahaman semaksimum mungkin di kalangan org awam. Selebihnya perlulah pembaca melakukan kajian dan rujukan kpd Ulama Takhassus(pakar) Fiqh di Universiti-universiti bg penjelasan dgn lebih terperinci.

Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dlm bab ini, pembaca mestilah mempunyai ilmu asas berikut :-

- Pembahagian kpd Aqad Mu'awadat (Pertukaran) & Tabarru'ah (Derma @ Sumbangan)
- Riba & pembahagiannya
- Syarat jual beli dalam Islam.
- Jual beli Gharar dan pecahannya.
- Serba sedikit tentang Qias (Perbandingan Hukum).
Begitulah serba sedikti ilmu asas yg diperlukan bagi melahirkan kefahaman jitu
dlm masalah ini.

Menurut kumpulan pertama, Insuran bersifat perniagaan adalah haram kerana :-

1. Terdapat Unsur Riba
Al-Mu'amalah al-Maliah, Dr Uthman Syabir, Dar al-Nafais, cet ke 4, hlm 118 ; Fiqh al-Islami wa adillatuhu, Dr. Wahbah Az-Zuhayli, Jld 5, hlm 3423

Riba jelas wujud, apabila syarikat insuran membayar jumlah tertentu kpd si
pencarum yg terkena musibah. Ia dianggap riba kerana wang (dari pencarum)
berbalas wang (dari syarikat) dgn jumlah yg berbeza, padahal wang merupakan item riba (usurious items) sbgmn 6 item yg disebutkan Nabi di dlm hadithnya. Nabi SAW telah mensyaratkan dgn jelas dan terang, apabila bermu'amalah di antara dua item riba yg sama jenis (cth di sini wang RM dgn wang RM), mestilah dgn syarat:

a. Sama timbangan (mathalan bi mathalin ? jika melibatkan timbangan spt beras, gandum, garam dan lain2)

b. Sama Nilai (mathalan bi mathalin)

c. Diserahkan di ketika mu'amalah di lakukan. (yadan diyadin)
Syarat ini bersumber dari hadith :

Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn emas kecuali bersamaan nilaian dan
timbangannya, jgn kamu melebihkan salah satu darinya di atas yg
lain.." ( Al-Bukhari & Muslim)

Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn pulangan emas, perak dgn pulangan
perak kecuali (mestilah ia) dlm timbangan yg sama, nilaian yg sama..

Maka setiap perbezaan timbangan atau nilai (dlm item ribawi) di anggap
Riba al-Fadl yg diharamkan (Tahrim wasail). Apabila pencarum mendapat
pulangan wang dgn jumlah berbeza maka berlakulah Riba al-Fadl ini.
Iaitu:
TIDAK ADA KESAMAAN NILAI DLM URUSNIAGA DUA ITEM RIBA!

Manakala pembayaran bertangguh dlm 2 brgn ribawi adalah Riba
An-Nasi'ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dlm
al-Quran.

Dalam hal insuran sudah tentulah berlaku penangguhan, iaitu apabila
pencarum terkena musibah barulah akan dibayar jumlah tertentu. Inilah
dinamakan Riba An-Nasiah. Prof. Dr Muhd Baltaji, menjelaskan bhw
kontrak insuran ini sama sekali tidak boleh lari dari Riba An-Nasiah
ini. Beliau juga menegaskan bhw mana2 hujah utk lari dari anggapan
riba ini adalah suatu helah yg tidak sah menurut pandangan syarak .
'Uqud at-Takmin, hlm 111
Justeru Insuran mempunyai kedua2 jenis Riba lalu ia digelar Riba An-Nasa'

- Perlu disedari bhw insuran biasa yg byk terdpt di Malaysia hari ini adalah
bersifat perniagaan (Takmin Tijari) yg mana, syarikat insuran mengganggap usaha mereka adalah sbg satu perniagaan yg bertujuan mencari keuntungan. Justeru, secara jelas kontrak yang dipersetujui oleh pencarum dan syarikat adalah termasuk katergori Aqud Mu'awadah Maliah (Kontrak Pertukaran Harta) dgn cara Perniagaan. Semua kontrak yg terlibat dgn item ribawi mestilah menjaga 3 syarat yg disebutkan dia atas tadi. Jika tidak ia akan jatuh ke hukum Riba yg diharamkan.

- Walapun adakalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan dari
carumannya bahkan hanya utk merasa lebih selamat terhdp keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dsbgnya, tetapi ia tetap dianggap riba. Zahir urusniaga insuran tadi cukup untuk mengkategorikan ia sbg riba, walaupun maksudnya tidak selari dgn riba yg sebenarnya (iaitu mencari untung). Berapa byk kes yg telah ditemui, terdpt individu yg sengaja menghilangkan kereta utk meraih wang insuran, pembunuhan ahli keluarga utk mendpt wang insuran bernilai jutaan RM dan lain2.

- Riba juga boleh berlaku dgn sgt jelas apabila wang caruman tersebut
diperniagakan oleh syarikat insuran di dalam syarikat lain dgn kadar faedah
tetap yg diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah), atau mana2 syrkt yg bermu'amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang
caruman tadi hasil simpanan wang tadi. Malah lebih teruk kiranya, syrkt insuran
meletakkan wang itu di dlm syrkt yg melakukan urusniaga haram spt arak, judi dan lain2.

2. Terdapat unsur ketidaktentuan (gharar)
Rujuk Al-Mu'amalat al-Maliah al-Mu'asirah, Dr Ali Ahmad Salus, Maktabah al-Falah, cet kedua, hlm 380 ; lihat juga 'Uqud at-Takmin, Dr Muhd Baltaji, Dar al-Urubah, Kuwait,

Nabi SAW bersabda dalam hadith yg shohih bhw Baginda "Melarang drpd
urusniaga yg mengandugi gharar" (Riwayat Muslim).
Muslim, Kitab al-Buyu' ; Malik dlm al-Muwatta' ; Ahmad dari Ibn Umar dlm al-Musnad ;
Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar Al-'Asqolani, Jld 5, hlm 260

Ia berlaku apabila, kedua2 pihak (pencarum & syarikat) saling tidak
mengetahui apa yg akan berlaku, bilakah musibah akan menimpa?, minggu depan, tahun depan ? dsbg.. Ia adalah satu kontrak yang dibuat berlandaskan andaian (ihtimal) semata2.

Sekiranya A mencarum RM 1000 hari ini, tiba2 berlaku kehilangan keretanya
esok, maka mungkin jumlah insuran yg akan diperolehinya berlipat kali ganda
berdasarkan pakej insuran syarikat tertentu. Bukankah ini membebankan
syarikat, dgn itu ketidak adilan berlaku terhdp syrkt. Begitu juga, kiranya
pencarum mencarum sehingga suatu jumlah RM 100,000 sedangkan kereta tidak
pernah ditimpa musibah selama 30 tahun. Sudah tentu pencarum akan tertanya2
bgmn wangnya? Adakah akan hangus begitu shj ? malah kiranya ditimpa musibah, kemungkinan jumlah yg diperolehi ¼ dari carumannya. Bukankah pencarum pula yg tertindas?.

Ini lah yg disebut ketidak tentuan (gharar) yang dilarang di dlm Islam,
Kehebatan system Islam dlm urusniaga amat mengambil berat hal ini, agar
kedua2 pihak tidak dizalimi atau terzalim. Kerana itu Islam mensyaratkan
beberapa syarat sah urusniaga Jual Beli, tanpanya jual beli dan kontrak
menjadi rosak, antara syaratnya .
Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, Al-Imam An-Nawawi, cet Dar Ihya' at-Turath al-Arabi, Jld 9, hlm 210 ; Qabasun Fi Fiqh al-Mu'amalat, Prof. Dr Abd Fatah Idris, hlm 29 ; Al-Fiqh al-Islami, Dr Wahbay az-Zuhayli, 5/3325 :-

a. Timbangan yg maklum (diketahui jelas?kiranya jenis yg ditimbang)

b. Barang & harga yg jelas dan dimaklumi (tidak boleh harga yg dijahili ketika
beli)

c. Penjualan barangan tidak dihadkan kpd tempoh tertentu masa yg jelas.

d. Mempunyai tempoh tangguh yg dimaklumi (samada tempoh serah barang mahupun harga), iaitu kiranya melibatkan urusniaga jualan tangguh.

e. Redha kedua2 pihak dgn urusniaga yg dijalankan.

f. Sama Nilai & timbangan serta penyerahan di dlm majlis yg sama tanpa tangguh dalam urusniaga item ribawi.
Menurut Islam, gharar ini merosakkan Aqad.
Baltaji, hlm 68.
Demikian Islam menjaga kepentingan manusia dlm aspek ini. Al-Imam An-Nawawi menyatakan, larangan gharar dlm urusniaga Islam mempunyai peranan yg begitu hebat dlm menjamin keadilan. Cth Jual beli gharar ini adalah membeli atau menjual anak lembu yg masih dlm keadaan janin dlm perut ibunya, Menjual burung yg terbang di udara. .

Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim, Lihat Bab Buyu' dlm semua cetakan.

Ia menjadi gharar krn tidak dpt dipastikan sempurnakah janin yg akan
dilahirkan, dpt kah ditangkap burung itu. Maka kiranya dibayar harga, tiba2
brgan tidak sempurna, lalu pembeli tidak puas hati, hingga terjadi
permusuhan & pergaduhan. Islam melarang gharar demi mengelak kejadian spt
ini. Bgmnpun, Islam memaafkan gharar yg sedikit yg tidak dpt dielakkan serta
yg diyakini tidak menjejaskan urusniaga..
Ibid, Jilid 4/ hlm 5-6 ; Rujuk juga Fath al-Bari, 5/260 dan As-Syarh al-Shoghir 3/95
Byk lagi dlm aspek lain menunjukkan toleransi urusniaga Islam yg sukar utk diperkatakan di dalam penulisan yg ringkas terfokus ini. Jika kedua2 pihak saling meredhai dan menjamin tiada pertelingakahan akan berlaku, kontrak tadi secara zatnya tetap termasuk dlm rangkuman bay' al-gharar yg diharamkan. Walaupun nisbah peratusan atau kadar bayaran telah ditentukan agar pencarum maklum, ia tetap juga tidak tahu, bilakah musibah akan berlaku. Justeru tetap ada gharar di situ. .
Rujuk perbincangan yg lanjut & menarik dlm 'Uqud at-takmin, Dr. Muhd Baltaji, hlm 76-93

3. Terdapat unsur Perjudian.

Judi jelas diharamkan oleh Allah SWT di dlm al-Quran tanpa syak lagi.
Insuran mengandungi unsur ini krn ia berkait dgn nasib samada berlaku musibah
atau tidak berlaku. Adakala apabila musibah berlaku, pencarum mendapat
pulangan lumayan & dikira untung, mungkin juga sebaliknya. Inilah unsur judi
yang dimaksudkan. Demikian menurut As-Syeikh Bakhit al-Mut'ie dlm risalahnya
hlm 14, juga ulama' lain. Pencarum pula ketika mencarum mengharapkan dgn
carumannya yg sedikit, ia boleh mendapat sejumlah wang yg lumayan kiranya
berlaku musibah. Ini juga suatu perjudian.
Ahkam Mu'amalat Mu'asirah, Dr. Ali Salus, hlm 380

Bgmnpun Prof. Mustafa Zarqa' menolak insur ini terdpt di dalam Insuran dgn
katanya :
"Sesungguhnya judi adalah suatu permainan yg bergantung kpd nasib
dan ia bertentangan dgn akhlak kemanusiaan..Di mana letaknya anggapan insuran bersifat judi sedangkan ia adlh suatu system yg tegak di atas dasar bantu mengurangkan bebanan manusia lain ketika ditimpa musibah.."
Usbu' al-Fiqh al-Islami, hlm 398 ; juga artikel Syeikh Ali Khafif, hlm 17

Syeikh Muhd Abu Zuhrah menolak hujjah ini krn terdpt pada insuran unsur
'mukhatarah' (nasib dan musibah dan bahaya). Dr Muhd Baltaji menambah, bhw
inilah sebab utama ia dianggap judi yg diharamkan, aspek samada ia boleh
membawa permusuhan atau tidak bukanlah sebab utama 'Uqud at-Takmin, hlm 98. Malah jelas bhw insuran adalah suatu kontrak yg dibuat terhdp satu perkara yg tidak pasti dari kedua2 pihak. (kedua pihak tidak tahu jumlah yg diperolehi
dan apa pula yg akan dibayar)

Apa yg disebut oleh Syeikh Zarqa' hanyalah suatu pandangan yg tidak dpt lari
dr hakikat bhw unsur judi wujud dlm insuran & Dasar Bantu yg disebutkan
adalah tidak tepat krn syrkt inusran ditubuhkan atas dasar perniagaan yg
ingin untung bukan dasar bantu membantu. Ia berbeza dgn insuran ta'awuni yg
dihalalkan Islam (akan disebutkan selepas ini). Demikianlah hujjah utama kumpulan ulama' yg mengharamkan Insuran Jenis Perniagaan.


4. RINGKASAN DALIL KUMPULAN YG MENGHARUSKAN


Kumpulan yg mengharuskan Insuran ini berhujjah dgn dalil2 Qias (Perbandingan
Hukum) Secara umum, mrk menggunakan dalil qias dalam hujah mereka, iaitu dgn mengqiaskan kpd beberapa system yg zahirnya kelihatan spt system insuran, yang mana sistem2 ini diterima di dalam Islam. Mrk meng'qias'kan insuran dgn system berikut :

a. 'Aqd al-Hirasah (Kontrak Pengawal Keselamatan)

b. Jaminan Keamanan Laluan (Dhoman Khatar at-Toriq) ? suatu aqad yg diterima pakai oleh ulama' Mazhab Hanafi.

c. Maslahat (kepentingan tertentu)

d. Al-Wadi'ah bi ajr (Penerimaan bayaran balik bila barangan amanah rosak)

e. Sistem Pencen @ Persaraan ( Nizom at-Taqa'ud)

f. Dharurat atau krn hajat yg bersgtan ( Hajiat)
Dan beberapa yg lain.

Penulis tidaklah ingin mengulas lanjut dalil2 ini krn ia memerlukan ilmu asas
utk memahaminya dan agak rumit utk diulas dlm ruangan yang terhad. Cuma penulis hanya ingin mengulas hujah dharurat shj.

Kumpulan yg mengharuskan mengatakan bhw penggunaan insuran adalah suatu dharurat kini, tidak dpt lagi darinya dalam konteks ekonomi dunia Moden hari ini. Kaedah Dharurat telah diterima di dalam Islam sehingga terdpt kaedah2 di dalam Fiqh seperti :

Mafhum : Dharurat mampu mengharuskan perkara yg diharamkan.

Mafhum : Kesukaran yg bersangatan membawa kpd kemudahan (rukhsoh)

Mafhum : Apabila disempitkan sesuatu perkara maka yg menyalahi bertambah luas.

Kumpulan ini berhujah bhw, Insuran jenis perniagaan ini telah begitu tersebar
meluas di dalam masyarakat hari ini, sehingga hampir2 menjadi sebahagian drpd kehidupan masyarakat. Melarikan diri dari system in adalah sesuatu yg amat
menyukarkan, dgn demikian jadilah Insuran sbg satu keperluan yg mencecah tahap dharurat .

Imam as-Syatibi mentakrifnya sbg : Suatu perkara yg mesti dilakukan,
tanpanya kehidupan tidak akan dpt berjalan, malah kehancuran pasti berlaku
samada di dunia dan di akhirat.
Lihat al-Muwafaqat, jld 2, hlm 20
atau paling kurang jatuh ke tahap 'hajiat' . Takrifan Imam As-Syatibi : Perkara yg menjadi keperluan manusia, tanpanya kehidupan dpt berjalan tetapi dalam keadaan sukar dan kesempitan.
Lihat al-Muwafaqat. .
Dgn itu Dr. Ibrahim At-Tohawi menyatakan ia sbg keperluan yang mesti dalam kehidupan hari ini.
Al-'Iqtisod al-Islami, Dr. Ibrahim At-Tahowi, jilid 1, hlm 441 ; Juga 'Usbu' al-Fiqh al-Islami, hlm 476

Kumpulan pertama menolak hujjah Dharurat & Hajiat ini. Ini adalah kerana sesuatu hanya boleh dianggap Dharurat apabila :-

a. Tanpanya, benar2 masyarakat akan menuju kehancuran dan kerosakan dan kelam kabut. Manakala Insuran tidaklah sampai ke tahap ini, berapa ramai masyrkt yg masih boleh hiudp tanpa sebarang insuran, tegasnya kehidupan masih normal cuma beberapa maslaah & kesukaran mungkin berlaku. Justeru, pihak pertama berpandangan keperluan Insuran tidak sampai ke tahap dharurat malah hanya hajiat shj.

b. Insuran bersifat perniagaan hanya boleh diiktiraf sbg Dharurat & Hajiat,
hanya jika tiada langsung alternatif system Insuran berbentuk Islam yang
diiktiraf Islam. Maka dalam hal ini, terdpt di dalam Islam system Insuran Islam
yg dinamakan Takmin Ta'awuni atau Ijtima'ie (akan disebut slps ini). Ia adalah
harus dan sepatutnya mengambil tempat insuran jenis perniagaan yg hari ini.
Lalu, Hujah Dharurat mahupun Hajiat tidak terpakai di sini.

Kesimpulannya di sini, hujjah kumpulan kedua yg terakhir ini juga tertolak,
malah Qias tidak mampu bertentang dgn nas yang jelas. Nas jelas menyatakan unsur Riba, judi yang menjadi asas pengharaman terdapat di dlm system Insuran yg bersifat perniagaan. Malah hukm pada asal yg ingin dijadikan qias pun tidak
sebegitu kuat. Justeru, kumpulan kedua menganggap semua qias yg cuba digunakan oleh kumpulan Kedua ini adalah Qias ma'al Fariq (Perbandingan hukum yg tidak sah krn terdpt perbezaan antara Hukum Asal & Furu').

5. PENDAPAT YG TERPILIH MENURUT PENGAMATAN PENULIS.

Perlu diingat bhw beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan para ulama' terulung di seluruh dunia di beberapa kali diadakan, Kontrak Insuran juga telah diperbincangkan oleh mereka. Antara muktamar yg telah dilaksana :

1. Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali Pertama tahun 1976 M di Mekah. Peserta hampir 200 para ulama, Prof Syariah dan tokoh2 ekonomi. Insuran adalah salah satu topik perbincangan mrk. Keputusan mrk adalah :
INSURAN JENIS PERNIAGAAN ADALAH HARAM. Sebab utamanya adalah Riba & Gharar.

2. Majlis Kesatuan Ulama' Besar bermesyuarat pada tahun 1977 M, di Arab Saudi.
Keputusan : Insuran jenis Perniagaan adalah Haram.

3. Majma' al-Fiqh al-Islami al-'Alami (Kesatuan Ulama Fiqh Dunia) bersidang
pada tahun 1979 M di Mekah al-Mukarramah, Keputusan Majoriti: Insuran Jenis
Perniagaan HARAM samada ke atas Barangan Perniagaan , Nyawa dan lain2 drpd jenis harta.

4. Majma' al-Fiqh al-Islami sekali lagi bersidang pada 28 Disember 1985 di
Jeddah, juga memutuskan sekali lagi pengharaman Insuran Jenis Perniagaan.

Majma' Fiqh juga secara ijma' mengharuskan insuran jenis kerjasama
(ta'awuni) dan mencadangkan ia sbg alternatif insuran perniagaan dan
diseru seluruh umat Islam menggiatkannya di negara masing2..
Al-Mu'amalat al-Maliah al-Mua'asirah, Dr. Othman Syabir, hlm 129 ; juga Al-Fiqh
al-Islami, Dr Wahbah Az-Zuhayli, 5/3423

Justeru, pendapat jumhur kelihatan terlebih kuat daripada pandangan kumpulan
kecil fuqaha'. Amat sukar untuk mendapat kewajaran bagi individu biasa bg
menfatwakan sebaliknya setelah diulas sebegitu terperinci oleh Para Ulama'
terkemuka di dunia, Para ahli ekonomi biasa dan Prof2 Syariah di Universiti
terkemuka Islam.

Penulis tidaklah mampu untuk menentukan mana2 syarikat Insuran yg terdpt di
Malaysia yg dikelaskan Insuran Bersifat Perniagaan yg difatwakan haram dan mana pula insuran jenis ta'awuni @ ijtima'ie yg difatwakan secara ijma' tentang
keharusannya. Ini adalah krn penulis tidak mempunyai gambaran lengkap mengenai proses perlaksanaan syarikat2 insuran di Malaysia serta keberadaan di Jordan menghalang pengkajian praktikal di Malaysia. Apapun menurut hemat penulis, nsuran Ta'awuni telah pun banyak wujud di Malaysia dan boleh menjadi tumpuan para pembaca sekalian.

Bagi mereka yg masih ingin mengambil pendapat yg mengharuskan, perlulah
mengetahui beberapa syarat yg diletakkan, krn ia tidaklah diharuskan secara
mutlaq. Antara syarat :

1. Memastikan niat sbg pencarum adalah utk mendapat bantuan, tanggungan dan sedikit ketenangan kiranya berlaku sbrg musibah terhdp harta dan lain2 agar
dapat menghindarinya sbg alat perniagaan. Juga dgn harapan, pencarum tidak
terlibat dalam unsur judi.


2. Memastikan semampu mungkin, bhw Syrkt Insuran yg dipilih bermu'amalah
secara Islamik, tiada pelaburan dlm inudstri yg diharamkan, serta mempunyai asas utama takaful (skim Bantu membantu) secara zahirnya. Manakala, target perniagaan dan untung yg disasarkan oleh syrkt tidaklah kelihatan secara zahir. Dalam hal ini mungkin
Syarikat Takaful Malaysia atau Insuran yg dinajurakan oleh Bank-bank berasaskan sistem Islam kelihatan lebih Islamik dan zahirnya menjurus ke arah bantu membantu. Wallahu 'a'lam

3. Memastikan bhw wang insuran yg diperolehi drpd Badan @ Syrkt Insuran itu
sbg satu bentuk Hadiah, Derma atau Sumbangan bukannya hasil jual beli wang dgn wang. Dgn harapan ia terlepas drpd Riba. Jika tidak ia tetap Riba. Semoga Allah mengampunnya.

4. Kiranya syrkt Insuran menawarkan pulangan dari musibah yg menimpa bukan
dari wang, spt kereta yg hilang diganti kereta @ apa jua yg bukannya berupa
wang, maka ketika itu mungkin unsur Riba lenyap. Kerana ia bukan lagi 2 item
Ribawi. Wallahu a'lam.

Demikianlah beberapa perkara penting yg perlu diambil perhatian, bgmnpun
penulis lebih suka mengingatkan pembaca sekalian,
AGAR MENJAUHI INSURAN INI KERANA IA TERSGT JELAS SAMADA HARAM ATAU PALING KURANG DI TAHAP SYUBHAT!!!

Sabda Baginda SAW :

Mafhum : Brgsp yg menghindar diri dari perkara syubhat, maka telah terselamat agamanya dan maruahnya ( Riwayat Al-Bukhari bab Kitab al-Iman ; Muslim, bab Buyu' ; At-Tirmizi dan an-Nasaie)

Mafhum : Tinggalkan apa yg kamu ragu kepada yg tidak kamu ragui ( Hadith Hasan Shohih menurut At-Tirmizi ; An-Nasaie ; Abu Daud dan Ahmad)

Imam An-Nawawi as-Syafie (Imam Mujtahid : w 676 H) menghurai satu hadith,
menyatakan berkenaan kaedah mengenal dosa menurut rasa hati dlm melakukan
amalan syubhat.

Mafhum : (Cukup membuat seseorg terjebak ke dosa) apabila gundah hatinya dan
ragu, hatinya tidak lapang dlm membuatnya, timbul dlm hati perasaan syak
serta bimbang terjebak ke dosa
(Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim 5/419)

Saidina Umar al-Khattab ra berkata :
Manhaj 'Umar Ibn Al-Khattab Fi Tasyri', Dr. Muhd Baltaji, Dar al-Fikr al-'Arabi, hlm 319 :

Mafhum : Wahai Manusia, tinggalkan dan jauhi amalan Riba dan perkara yg diragui (halalnya)

6. INSURAN YG DIHARUSKAN DI DALAM ISLAM

1. Insuran Kerjasama Kemasyarakatan ( Ta'awuni @ Ijtima'ie)
Iaitu suatu jenis insuran termasuk dalam jenis kontrak sumbangan ikhlas
('uqud tabbaru'at) yang diikat untuk mencapai matlamat bantu membantu di
antara individu masyarakat yg menghadapi musibah dan demi mengurangkan
bebanan yg ditanggung.

Dalil Keharusannya :
Bersumber dari beberapa buah Hadith Nabi SAW. Antaranya :

Mafhum Hadith : " Sesungguhnya al-'Asy'ariyyun apabila bertolak ke medan peperangan, berkuranglah bekalan makanan keluarga mrk di Madinah, maka dikumpulkan apa yg terdpt dr kalangan mrk dalam satu tempat, kemudian dibahagikan antara mereka, mrk drpd kami, dan kami drpd mereka"
(Riwayat al-Bukhari & Muslim, Rujuk Fath al-Bari 6/55)

Inilah bentuk kerjasama, tolong menolong mengurangkan bebanan musibah yg
menjadi asas Insuran ta'awuni.

Mengapa ia Harus dan apakah bezanya dgn Insuran Jenis Perniagaan?

a. Adalah ia tidak bertujuan mengaut keuntungan.

b. Ia tidak berbentuk perniagaan, malah hanya berbentuk sumbangan derma kpd
individu malang melalui proses dan seliaan organiasasi dan pengurusan yang
tertentu.

c. Ia tidak dikira 'uqud mu'awadah maliah (kontrak jual beli @ perniagaan)
tetapi hanyalah 'uqud Tabarru'aat ( kontrak derma dan sumbangan) Justeru, dgn
berbezanya pengkelasan kontrak ini, semua jenis riba, gharar, perjudian yg wujud pada Insuran jenis pertama tadi terhapus. Kerana ia bukan lagi jual beli yg terikat dgn syarat2nya. Kontrak tabaru'aat tiada syarat seperti syarat jual beli
walaupun di antara 2 brgan (komoditi) Ribawi.

Bentuknya :

Individu mendermakan sejumlah wang kpd sesuatu Yayasan atau Badan Kebajikan atau mana-mana Kesatuan dikhaskan untuk membantu anggota Badan tersebut yang ditimpa musibah.

Beberapa perkara yg perlu dijaga dalam pengasasan Badan Pengurus Insuran
ta'awuni:
Al-Mu'amalat Al-Maliah, Dr Uthman Syabir, hlm 129

1. Mempunyai Pengasas/ Pengurus serta modal awal selain wang darpd pencarum, samada didapati drpd kerajaan, Derma drpd Yayasan, Syarikat Islam dan lain2. Modal ini berbeza drpd modal Syrkt Insuran Asas Perniagaan.

2. Badan ini mempunyai cawangannya di setiap Bandar.

3. Badan ini mempunyai pembahagian insuarn yg ditawarkan, spt bhg insuran
ta'awun kesihatan, bhg bantuan ketidakmampuan tertentu samada anggota tubuh, kenderaan, harta perniagaan dan lain2.

4. Mempunyai pembahagian kumpulan sasaran spt Pelajar, Profesional, Peniaga
dan lain2.

5. Mestilah badan ini mempunyai fleksibility dalam pengurusan dan menjauhi
rigid dlm kaedah pengurusan.

6. Terdapat anggota majis tertinggi berkelayakan tinggi yg bertanggung jawab
dlm menyelia Pengurusan Badan ini samad drpd lantikan Kerajaan atau dari
kalangan penderma dan pencarum. Ini penting demi memastikan kejayaan pengurusan dan matlamat.

7. Kiranya musibah yg menimpa ahli melebihi jumlah tabungan, tambahan perlulah ditanggung oleh kerajaan atau peserta / pencarum.

8. Matlamat Badan ini hanyalah membantu atas dasar kebaikan di antara
pencarum / peserta / ahli tanpa bertujuan mendapat keuntungan.

9. Terdapat had jumlah awal yg perlu dibayar oleh pencarum.Asas ini sama
seperti system yg terpakai dlm insuran perniaagaan. Dan kaedah pembayara juga
menggunakan asas nisbah dan kadar tertentu hasil kajian tersendiri dari mrk yg
pakar. Cuma kadar pulangan @ lebihan kpd individu yg ditimpa musibah adalah hak bersama para pencarum & diberikan atas dasar derma, manakala dlm Insuran Jenis Perniagaan ia adalah hak Syarikat.

10. Setiap pencarum mempunyai hak dalam hal pengurusan Badan Amanah, serta hak dlm menjaganya.

11. Badan yang memegang amanah ini, diharuskan utk melaburkan wang caruman terkumpul ke dlm institusi Kewangan yg jelas Halal dan berniaga cara Halal demi kebaikan pencarum, eloknya mendpt restu pencarum. Tiada halangan juga bg pihak pengasas atau pengurus mengambil kadar tertentu dari keuntungan pelaburan atas dasar elaun mengurus.

12. Mestilah Badan ini mempunyai Unit Penasihat Syari'e demi meastikan sentiasa berjalan di atas landasan syara'.

Demikianlah beberapa aspek yg perlu dilihat demi menjayakan insuran
ta'awuni ini. Banyak lagi aspek teori yg praktikal dan realistic yg
perlu dilihat, sesiapa yg berminat utk membacanya bolehlah merujuk kitab
Al-Mu'amalah al-Maliah al-Mu'asirah karangan Prof. Dr Othman Syabir. Hlm
130 dan selanjutnya
.

2. Insuran yg disediakan oleh Kerajaan untuk Rakyat.

Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli mencatatkan ia sbg harus .
Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuhu, Dr Wahbah, 5/3422,
Ia ibarat suatu insuran yang diwajibkan oleh pihak kerajaan kpd para rakyat, yang mana kerajaan bertindak sbg sebuah Badan yang mengurus (bukannya syrkt Insuran Perniagaan tertentu),

Ini kerana ia hanyalah ibarat membayar cukai kpd kerajaan, dan krn kerajaan
adlh bertanggungjawab dlm memastikan rakyatnya dibantu di dlm keadaan
kesusahan. Bgmnpun, perlulah dipastikan sejauh mana perlaksanaan nya selari
dgn kehendak syarak. Kiranya bertentang dgn syarak tetapi semua kakitangan
kerajaan dipaksa dan diwajibkan menyertainya, dosa adalah ditanggung oleh
pemimpin yg bertanggung jawab.


KESIMPULAN

1. Isu ini adalah isu yg terdpt perbezaan fatwa di kalangan ulama', ia masih
dianggap perkara ijtihadi. Terpulang kpd penilaian, ilmu dan iman masing2 untuk
menentukan pendirian, bagi kumpulan orang awam, jln selamat adalah menuruti
pandangan MAJORITI ULAMA'
dan tidak bersendirian menentukan pendirian tanpa
mengetahui hakikat isu ini pd pandangan Islam.

2. Semua jenis Insuran Bersifat Perniagaan adalah haram menurut pandangan
Majoriti ulama' semasa terutama Insuran Nyawa.

3. Alternatif kpd keperluan system insuran adalah Insuran Kerjasama
Kemasyarakatan (ta'awuni) yg tidak didasari oleh sifat mencari keuntungan maddi. Artikel ini terbuka kpd sebarang pertanyaan dan komentar membina. Segala yg benar dari Allah SWT, dan yg tersilap dr kelemahan diri dan gangguan Syaitan yang mengganggu. Wallahu 'a'lam.

Sekian.
Disediakan Oleh :
Ust. Zaharuddin B. Abd Rahman
M.A Jabatan Fiqh & Usul Fiqh,
Universiti al-Yarmouk, Jordan
zaharuddin@yahoo.com

Wassalam

Monday, May 22, 2006

Tahukah kita Sejarah Palestin??!

Sejarah Palestin

1-Sejarah silam

Palestin adalah tempat yg bermakna utk umat Islam kerana kat situlah pusat kenabian.. ramai nabi nabi yg diturunkan di situ, atau paling kurangpun berkait dgn palestin. org yahudi claim palestin, antara alasannya, mereka adalah penduduk asal di situ. namun, mengikut kajian sejarah, penduduk asal di situ adalah kaum Arab yg diberi nama Kanan (Kan-An) yg menetap pada 2500 s.m.

Sejarah kenabian di palestin bermula dgn nabi Ibrahim. kita semua ingat bagaimana nabi Ismail ditinggalkan kat Mekah, dan asalnya mata air zam zam. Nabi Ibrahim bukanlah bangsa Israel. slps Ibrahim, ada nabi Ishak yg kekal di palestin dan nabi Ismail pula di Mekah.

Bani Israel adalah keturunan dari nabi Yaakub, termasuklah anak anaknya, cucu cicit... (Israel : org yg berjalan malam) . nabi Yaakub menetap di Palestin. anak nabi Yaakub ada sorang nama Yahuza.. di situlah asalnya nama Yahudi. kita tahu cerita bagiamana anak nabi Yaakub, nabi Yusof dikhianat oleh abg dia, ditinggalkan kat pdg pasir dan kemudian diselamatkan dan dibawa ke Mesir. selepas nabi Yusof jadi pemerintah kat Mesir, beliau jemput nabi Yaakub dan keluarga dia pindah ke Mesir. Pusat kenabian skrg berpindah ke Mesir, sehinggalah kepada zaman nabi Musa dan firaun.

Nabi Musa lepas melarikan diri dari Firaun melalui laut merah tu membawa rakyatnya (bani israel) kembali ke palestin. namun org yahudi tak nak masuk palestin (degilnya..) sebab masa tu ada org lain perintah palestin. jadi, Allah sesatkan diorang selama 40 tahun. pada waktu tu, Nabi Musa dan Harun wafat. Nabi Yusa' (dikenali sbg Joshua) adalah nabi yg memimpin Yahudi masuk baliik ke Palestin slps itu (1190 s.m.)

Dlm Quran ada disebutkan kisah nabi Daud dan tentera Raja Talut. raja Talut memberi takhta kpd nabi Daud sbg raja di palestin, dan start dari sini, bermulalah kerajaan yahudi di palestin. Nabi Daud tukat nama bandar pemerinatahn kat situ, asalnya Madinatussalam kpd jerusalem (Hebrew) - 995 s.m.

Nabi Daud digantikan oleh nabi Sulaiman, dan pada ketika inilah zaman kegemilangan Yahudi sebab kita tahu betapa besarnya kerajaan nabi sulaiman (menguasai jin dsb) dan mereka percaya nabi sulaiman ada bina temple (nama: Haikal temple) kat Jerusalem.

Slps nabi sulaiman wafat, Plaestin terbahagi kpd 2, pertama ialah kingdom of Israel, yg ditewaskan oleh Parsi kemudiannya. satu lagi ialah Kingdom of Yahudi yg tewas kat Nebuchadnezar. Yahudi dihalau ke Iraq dan tak dibenarkan masuk lagi. (500-an s.m.)

Pemerinatahan bertukar tangan dari Parsi ke Alexander The Great ke Rom (63 s.m.) sehinggalah Umar Al-Khatab ambil Palestin pada tahun 638 m. jaid kita boleh lihat, yahudi cuma menjadi kerajaan kat Palestin cuma 4 kurun saja.. dari nabi daud hingga sblm nebuchadnezzar (1104 s.m. - 586 s.m) smeentara umat islam perinath slps umar selama 12 kurun.

Sejarah Moden:

Napoleon Bonaparte adalah org yg bertanggungjawab membawa kembali jews ke Palestin pada 20 April 1799... iaitu seramai 5000 org. Tujuannya adalah utk mengkucar kacirkan kerajaan Uthaminiyyah. selepas WW1(perang dunia 1), Yahudi di Palestin cuma 55,000 (8.4%), selebihnya adalah Arabs.

sejarah moden Palestin pula terbahagi kpd 5 fasa:

Fasa 1: 1880 - 1917

Pada tahun 1897, ditubuhkan World Zionis Organization (pertubuhan yahudi sedunia) dan congress pertama diadakan di Swiss pda 27-29 Ogos 1897. British dikempen supaya menyokong pertubuhan tersebut. Sebelum WW1 (1914-1918), kerajaan Uthamniyyah melarang org yahudi beli tanah di Palestin tapi larangan tersebut ditarik balik selepas itu.

Semasa WW1, British tlh buat perjanjian dgn 3 pihak. perjanjian dgn France dan Russia ttg pembahagian kawasan kemenangan (kalau mereka menang), perjanjian dgn Raja Hussin supaya tolong lemahkan kerajaan uthmaniyyah melalui semangat nasionalisme (kalau berjaya, bagi palestin) dan terakhir dgn Zionis yg ketika itu menguasai Amerika. tujuannya adalah agar dapat melobi Amerika menyertai pasukan British dalam perang dan sbg balsaan, akan diberikan Palestin kpd mereka. Ini dinamakan 'Belfa' declaration.

Fasa 2: 1917-1948

Semenanjung Palestin dikenali sbg trans Jordan ketika itu. pada tahun 1924, kerajaan uthmaniyyah tumbang (pertama kali dalam sejarah umat islam tak ada sistem khalifah). Liga Bangsa-Bangsa (belum ada PBB) disuruh menerima 'Belfa declaration' anatar British ngan Yahudi. pada 24 Julai 1922, declaration tu diterima dan yahudi masuk palestin semakin ramai. High commisioner British di palestin adalah org yahudi. tekanan spt cukai tanah yg tinggi dikenakan kpd org penduduk palestin supaya mereka jual tanah mereka. pda waktu ini, Jihad Palestin mual ditubuhkan.

Bermula tahun 1929, umat islam di sana mula bertempur dgn pihak British. fatwa haram menjual tanah kpd yahudi dikeluarkan tahun 1935. sepanajang tahun 1929-1939, banyak pertempuran berlaku tetapi gagal. British keluarkan kertas putih yg menyatakan kerajan palestin akan ditubuhkan pada 10 tahun lagi (which is 1949), yg diperintah oleh Arab dan yahudi.

Tahun 1944, cuma ada 75000 org yahudi di palestin dan British berjanji bahawa tak akan ada lagi org yahudi yg akan masuk ke paletsin kecuali dgn izin org arab kat situ. Org arab suka hati sebab kerajaan nanti mestilah akan dapat dikuasai.

Slps WW2, tahun 1947, British membincangkan isu palestin di PBB. resolusi 181 PBB menyatakan yg PBB bercadang bahagikan Palestin kpd 2, 55% daripada kawasan diberi kpd yahudi (yg cuma 33% drp population) dan selebihnya kpd Arab. Walaupun ternyata pembahgian tak ikut logic, yahudi masih tak puas hati dan inginkan lebih banyak penguasaan. ikhwanul Muslimin mula masuk berperang di palestin ketika ini. Pda 14 mei 1948, Israel diisytiharkan sbg negara dan Arab diusir beramai ramai.

Fasa 3: 1949 - 1967

Yahudi meluaskan penguasaan, berjaya menguasai seluruh Palestin, semenanjung sinai dan Golan. mereka merancang nak menubuhkan Israel Kubra (the great Israel) yg meliputi kawasan ni termasuk iraq dan madinah krn mereka pernah menetao di sana. Yaser Arafat menubuhkan Al-Fatah, satu gerakan revolusi utk menentang Yahudi pada tahun 1957. PLO ditubuhkan pada tahun 1974 dan dianggap mewakili org palestin.

Fasa 4: 1967 - 1987

PBB mengeluarkan resolusi 3236 pada tahun 1975 yg menyatakan hak org Palestin menubuhkan negara di Palestin. tahun 1967-1970, perang berlaku antara kawasan East palestin dgn israel, dan israel kalah teruk. perang tu dinamakan 'Peperangan Karamah'. Tahun 1987, PLO yg diketuai oleh yaser arafat tukat cara, daripada arm struggle kpd negotiation.

Camp David (yg selalu kita dgr tu..) adalah perjanjian anatar Mesir dan Israel pada tahun 1978. israel bersetuju withdraw dari Palestin, dgn syarat Israel diiktiraf. waktu tu, semangat org arab JATUH teruk. tahun 1987, HAMAS ditubuhkan (skrg, HAMAS berada dalam list terrorism). Hamas ditakuti oleh org yahudi kerana penyertaannya adalah dari golongan pelajar dan profesional.

Fasa 5: 1987 - 2000

Perang teluk menyebabkan bantuan negara negara Arab kpd pejuang di palestin dihentikan. maka perjuangan di pelstin tak ada support dari segi kewangan terutamanya.

Tahun 1993, ada perjanjian damai OSLO di mana PLO (yaser Arafat) diberi peluang memerintah Gaza dan Jericho. Adakah ni petanda yg bagus? bagi org Yahudi, mereka tidak memerlukan tempat tersebut krn bagi mereka, tempat tempat tersbut adalah celaka. Arafat pula cuma mentadbir 5 perkara iaitu kesihatan, pendidikan, specail affair (perkahwinan dsb), cukai dan pelancongan. urusan lain diuruskan oleh israel.
Kerajaan Arafat tak boleh ada senjata kecuali polis supaya dapat perangi keganasan. HAMAS jadi serba salah sebab nak serang israel, tapi takut berlawan ngan org Islam sendiri. satu perumpamaan, kita ada sebuah rumah yg cantik. lepas tu org dtg, masuk rumah kita dan usir kita keluar. lepas tu buat perjanjian dgn kita, OK, kita boleh duduk tapi kat kawasan sampah jer. dan kalau ada org nak ceroboh rumah, kita kena tangkap org tu.

Pada 18 Mei 1994, Palestenian Authority (bukan government) ditubuhkan. kerajaan baru ni diiktiraf oleh certain countries tapi tak diiktiraf oleh negara negara spt US, UK. semasa pentadbiran Clinton dulu, 4 kementerian diketuai oleh Yahudi... antaranya Finance, Luar Negara (Albright), Defence. drp 11 org senat, 7 org adalah Yahudi. Director of CIA skrg adalah Yahudi.

Fasa 6: 2000 - sekarang

Pada 28/9/2000, sharon bercadang utk menziarahi Al-Aqsa. maka berlakulah Intifadah yg ke-2. Ini membawa sinar baru dalam perjuangan menentang yahudi. Dulu, penentangan adalah atas dasar semangat kebangsaan Arab, skrg atas nama agama. kalau dulu 25 org yahudi mati, barulah 1 palestin meninggal.. skrg, 3 org palestin sama dgn 1 yahudi.

Al-Quds :-

Di dalam Al-Quds terdapat Masjid Al-Aqsa, Dome of Rock, masjid Umar dan gereja Kiamat. org kristian percaya yg nabi Isa dikebumikan di gereja kiamat ni. pemegang kunci bagi gereja kiamat ni adalah org islam daripda keluarga Nusaibah (hingga ke hari ini). terdapat 4 tembok keliling kota ni. satu tembok dibina oleh kaum Kan-An (puak pertama), nabi Sulaiman, Raja herdos dan satu lagi Kerajaan Uthmaniyyah. terdapat 8 pintu utk masuki kota ni.

Semasa Israk dan Mikraj, rasulullah mengikat Buroq di salah satu tembok tersebut. kalau kita tgk dalam TV, Yahudi ada upacara dia kat satu tembok ni.. itulah tembok yg dimaksudkan. di bawah tembok tersebut, org Yahudi gali lubang beralasan nak cari haikal sulaiman dulu....

Jadi, apa peranan kita sbg umat Islam? Kita kena sedar yg perjanjian terbukti tidak membuahkan sbrg hasil. yahudi berkali kali langgar perjanjian dan tak buat apa yg dijanjikan. yg pertama sekali dalah dgn doa kita utk Palestin, beri sumbangan skdr termampu, boikot barangan yg terlibat dgn Israel dan last sekali, menggabungkan diri kita dalam kelompok gerakan Islam bagi mengembalikan semula Tanah Al-Quds harta milik orang Islam seluruh dunia!
Al-Hamra' : Bumi Palestin bumi orang Islam seluruhnya,setiap inci dan saat apa yg berlaku di sana menjadi tanggungjawab kita semua!!!

Saturday, May 20, 2006

RINTIHAN DARI AL-QUDS

HAMAS : PESANAN BUAT UMAT ISLAM DI MALAYSIA

FATWA DR YUSUF QARDHAWI : WAJIB MEMBANTU PERJUANGAN UMAT ISLAM PALESTIN

(Ini adalah pesanan Dr Khalil Al Haya yang mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 -17 Mei 2006 untuk siri kempen)
"Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS".

Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia.

Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.

Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya.
Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kami telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan. Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia.
Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini? Jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???

Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah . Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahan itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin.
Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia. Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencapai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini semua? Ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.

Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia,
Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan.
Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

Umat Islam di Malaysia sekelian!

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.
Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kai tidak akan memaafkannya.

Umat Islam di Malaysia!

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu. Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.
Kami juga ingin melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.

Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami. Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...

Allahu Akbar!!!

Saudaramu
KHALIL ISMAIL AL HAYA
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
Kuala Lumpur

Friday, May 19, 2006

Buat Para Pejuang Semua...Selamat Berimtihan!!!

NILAI SEBUAH KEJAYAAN...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah Rabbul Izzati yang maha segalanya, terus mengurus dan mengatur alam maya ini mengikut jelujur SunnatuLlah yang telah disusun aturnya.Selawat dan salam buat kekasih sejati junjungan mulia Nabi Muhammad 'role model' suri tauladan kepada seluruh khalayak Muttaqin di persada taman mukmin ini.
Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian,
Apa khabar semua? Didoakan agar semuanya berada dalam keadaan ceria dan senantiasa dilimpahi hidayah dan ria'yah daripada Allah SWT hendaknya.Insya Allah. Semoga kedatangan warkah ringkas ini tidak merusuhkan keadaan sahabat-sahabat yang barangkali bahang imtihan yang telah semakin meruap tatkala ini. Momentumnya terasa begitu dekat dengan kita semua.
Para pejuang ilmu Allah sekalian,
Ana percaya dan yakin segala usaha dan isti'dad seoptimum mungkin yang telah sahabat-sahabat lakukan bisa menghasilbuahkan natijah yang terbaik buat kita semua. Kekerapan ke kuliah, menyalin nota-nota, bermuzakarah bersama teman-teman, menghadiri kelas-kelas tambahan dan segala usaha yang telah teman-teman semua lakukan tersebut sebagai mabda' awal kepada sebuah kejayaan !!!
Lainlah jika hal-hal tadi tidak kita sempurnakan dek kelalaian diri sendiri atau kurang caknanya kita dalam proses pembelajaran dan pengajaran di bumi Kinanah ini.
Sahabat Sof pejuang agama Allah sekalian,
Percaya atau tidak, komposisi kita sekarang seumpama nafsi-nafsi yang tersusun dalam satu sof yang rapi lagi ampuh melangkah bersama-sama munuju ke medan juang yang tak pasti noktah penghujungnya. Realitinya, bila disebut 'Medan Juang' tentunya akal waras kita akan mentasawwurkan 2 natijah berada di hadapan kita, yang semestinya diakui oleh seluruh khalayak manusia bagi sesuatu 'perjuangan atau pertempuran', iaitu sama ada kemenangan dan kejayaan atau keduanya adalah sebaliknya.
Teman-teman yang dikasihi Fillah sekalian,
Bukan soal menang (berjaya) atau kalah yang perlu kita rusuhkan dalam memacu perit perjuangan ini, tetapi sebaliknya adalah sejauh mana partisipasi kita dalam mendepani 'globe' imtihan dan test tersebut. Maka dari dhomir yang paling halus lagi dalam, demi menginsafi kekurangan dan naifnya diri, marilah kita sama-sama "Ijlis Bina Wa Nufakkir Saah" bermuhasabah bersama segala isti'dad yang telah kita persiap dan 'asah' sebelum terjun ke medan ikhtibar sebenar nanti.
Beberapa persolan perlu dihujumi kepada akal-jasad sendiri :
Adakah kita tergolong dalam khalayak yang LAYAK untuk dimahkotakan kejayaan dan kemenangan? Sudah wujudkan dalam citradiri ciri-ciri dan sifat-sifat golongan AL-FALAH yang akan dikurnia nikmat nusrah daripada Allah SWT?
JIKA KITA TIDAK PUNYAI SIFAT-SIFAT INSAN AL-FALAH MANA MUNGKIN DOA KITA DIKABULKANNYA !!!
Maka jangan cuba untuk berangan-angan atau 'bermimpi di siang hari !!!'
Wahai teman yang bijak bistari,
Ketahuilah, bukanlah kejayaan itu seratusperatus dinilai kepada 'Jayyid Jiddan' atau 'Imtiyaz' yang kita rangkul dalam imtihan nanti, tetapi lebih dari itu: Imtiyaznya kita dalam menterjemahkan segala intipati kandungan kitab dan muhadharah yang kita hadhomi daripada doktor-doktor dan mashayeikh dalam penghidupan dan akhlak kita seharian itulah cermin segalanya.
Nilai kejayaan itu terlalu tinggi di sisi Allah SWT jika nak dibandingkan dengan sekeping kertas IJAZAH yang tertulis imtiyaz atau jayyid jiddan di mata manusia!
Apatah lagi jika sekadar makbul !!! Apa yang ikrah lagi dharuri ialah kesediaan dan komitmen kita untuk ditarbiah di bumi 'Tarbiah Nabi-nabi' ini, sebagai langkahan awal untuk kita terus indhimam dalam sof perjuangan dakwah Islam di tanah air nanti.
Pejuang-pejuang sekalian,
Berpaksikan paras fikir yang dipandu keimanan jitu, jelas dihadapan kita terbentang sebuah 'worldview' medan perjuangan yang maha hebat iaitu ' Imtihan Kehidupan'. Justeru, melalui KEINSAFAN DIRI marilah kita TAJDID kembali NAWAITU dan dhomir kita di sini. Berhamasah dan persoalkan kedudukan diri berada di bawah bumbung Al-Azhar yang tersohor ini.
Mulakan nuktah bidayah yang terbaik sebelum kita tersasar ke medan sebenar nanti !!!
Seterusnya dianugerahi hidayah kejayaan di sisi Ilahi. Insya Allah ! Tuntasnya, marilah kita ilmamkan sungguh-sungguh segala ilmu yang kita perolehi di wadi khazanah pusaka anbiya' ini sebagai bekal menghadapi imtihan dan ikhtibar sebenar bila kembali ke masyarakat mad'u nanti. Manfaatkan sepenuhnya masa yang masih tersisa buat kita.
Bukankah:
"Masa itu sebahagian daripada rawatan"
Akhi wa Ukhti Fillah,
"Berbahagialah Pemuda dan Pemudi yang selamat dari arus kepemudaannya"
Menjelang imtihan ini, tunaikanlah segala hak yang terbahu di atas kamu. Hak Allah sebagai hambanya, hak rasul sebagai umatnya, hak Quran sebagai pembaca dan pengamal isi kandungannya, hak ahli bait dan juga hak teman-teman kita, tidak lupa hak ummat islam seluruhnya mendoakan kesejahteraan mereka.
Hiasilah 'routine' harian kita dengan BERTAQARRUB kepada Allah, 'settle'kan segala amalan wajib, tambahi dengan ibadat sunat, bersedekah walau sedikit, berpuasa dan jangan sesekali tinggalkan munajat malam, Qiam berdiri,rukuk dan sujud dengan penuh kusyuk lagi khudu' dinihari mengadu segalanya kepada yang MAHA SEGALA-GALANYA.
Tanggungjawab dan amanah ilmu kita lebih besar dan mencabar di dunia luar sana !!!Berusahalah dengan segala daya memperolehi natijah yang terbaik dalam imtihan nanti buat hadiah istimewa buat bonda tercinta dan islam tercinta. cuma, jangan pula melupai 'imtihan sebenar' di kemudian hari nanti!
Para tentera Allah sekalian,
Ingatlah ! Tidak akan melangkah kaki ini di Mahshar nanti, kecuali setelah dihisab 1001 perkara, tidak terkecuali amanah ilmu yang kita bahui semua !!!Jangan 'kelabu mata' dengan secetek ilmu yang kita miliki sehingga sanggup menggadainya dengan harga semurahnya, cuma hanya ingin memenuhi tembolak nafsu rakus mengejar hampas dunia meterialisma yang sementara lagi hina !
AWAS teman-teman !!!
"Bukankah Allah lebih besar dan utama dari diri kita sendiri!"
"Sebarluaskan ilmuNYA ini sesuai dengan ketinggianNya"
"Dakwahnya lebih berharga dari apa yang kita miliki"
Ikwanul ahibba' wa akhawatul aizza',
Selamat menempa kejayaan dalam imtihan yang bakal ditempuhi nanti. Kejayaan sebenar ialah kejayaan kita mentadabburkan segala ilmu di dada dalam citra peribadi. bagi yang 'belum berjaya' "FASOBRUN JAMIL" !!!"menghargai kebaikan lebih mulia dan utama dari menilai keburukan"Akhirnya, buat para pejuang semua, hayatilah rangkap akhir ini ;
"Anak laki-laki (para pejuang) tak boleh dihirau panjang...
Hidupnya buat berjuang...
Kalau perahu telah dikayuhnya ke tengah...
Dia tak boleh surut pulang...
Meski bagaimana besar gelombang...
Biarkan kemudinya patah...
Biarkan layarnya robek...
itu lebih mulia daripada berbalik pulang"
(PAK HAMKA)
Al-Hamra': Selamat menuju ke medan Juang!
Wassalam.