Sunday, April 16, 2006

KU SEBUAH LAYANG-LAYANG

Hidup ini umpama layang-layang,
Asalnya berada rendah,
Di bawah ... tak di kenali,
Tak punyai apa-apa,

Kalaulah tidak kerana,
Angin...
Atau bukan kerana,
Tali yang mengikat,

Takkan ia melonjak,
naik sebegitu tinggi,
Takkan ia dikagumi,
Sebegitu sekali,

Bila berada di atas,
Kadang-kadang ia lupa,
Asalnya diri...
Darinya kertas dan tali,

Hinggalah datangnya,
Ributnya angin,
Panahnya petir,
Lebatnya hujan,

Akhirnya layang-layang yang,
Tampaknya hebat,
Tersungkur jatuh,
Menyembah bumi,
Baru ia sedar,
Hakikatnya diri

0 Comments:

Post a Comment

<< Home