Sunday, April 30, 2006

GUBRA : LAGI FILEM SESATKAN GENERASI KITA!

GUBRA ialah sebuah filem bancuhan beberapa kerat mesej iklan Hari Raya Petronas, lawak yang meraban merapek, pembelaan terhadap inter-faith commission, geng sister in Islam, Islam ala Islam Hadhari, dan penyelewengan ajaran Maulana Rumi yang ramai orang mahu percaya diri mereka memahami sebahagian aspek kesufian tetapi berada di dalam kurungan istidraj yang sesat lagi menyesatkan.

Sesungguhnya hak dan batil dalam filem ini dibaur-baurkan hingga kita akhirnya tahu bahawa inilah jenis Islam yang ditolak oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika ditawarkan oleh kafir musyrikin, Islam jenis inilah yang membawa Rasulullah berhijrah ke Madinah. Islam jenis inilah yang baginda telah menegaskan andai bulan dan matahari pun diletakkan di kiri kanan baginda, tidak ada apa yang dapat merubah baginda dari menolak Islam jenis ini. Islam jenis gubra.

Inilah sebuah filem untuk meraikan sekularisme dalam kehidupan rakyat Malaysia.
Kos pembikinan Gubra ialah RM 1 juta, jenis filem 35 mm berwarna dengan lokasi sekitar Ipoh di mana gubra kononnya bermakna gugup atau gelabah.
Menurut pengarah dan penulis filem ini, Yasmin Ahmad: Saya mahu paparkan tentang kisah dan sikap manusia yang biasanya selalu berada dalam keadaan gubra. Kerana gubra ramai di antara kita tidak reti untuk menghargai kasih sayang. Selain itu, mesej yang ingin saya sampaikan melalui Gubra ialah tentang kemaafan (Utusan Malaysia, 9 Ogos 2005).

Kos pembikinan Gubra ialah RM 1 juta, jenis filem 35 mm berwarna dengan lokasi sekitar Ipoh di mana gubra kononnya bermakna gugup atau gelabah Saya tidak memahami apa yang indah dan gelap atau lucunya Gubra. Saya tahu filem, mise en scene dan segalanya. Saya tak pandang semua itu. Sesekali saya malah berasa terhina dengan adengan-adengan filem ini. Lakonan sehebat mana sekalipun telah dimualkan dengan inti yang sungguh menyesak lagi menyesatkan ini. Kerja cahaya atau sinematografi yang handal sekalipun tak dapat menenggelamkan kelucahan dan kekeliruan yang diutarakan.

Saya tidak mahu memanjangkan isu Bilal Li memegang anjing sebelum melaungkan azan Subuh. Diskusinya boleh sahaja panjang memasuki sekian mazhab dan takrif najis mughalazah. Meski sesungguhnya tidak ada keperluan untuk Bilal memegang anjing (dan ya, semua orang dapat menangkap kiasan yang ingin dihantar. Saya juga tidak bodoh).

Tetapi juga, saya kira, tanpa apa alasan sekalipun filem yang dipenuhi dengan ciuman, pelukan, dakapan, elusan, gentelan, pautan, gomolan, belaian, pegangan, ramasan, picitan, urutan, hempukan, goyangan, dukungan, kucupan, rabaan, geleman dan yang seumpama dengannya, konon untuk menggambarkan kasih sayang ini adalah sebuah filem yang meremehkan malah menghina persoalan amar makruf nahi mungkar. Peluk sana cium sini seolah-olah tema kasih sayang ialah peluk cium sesuka hati tanpa batas dan garis panduan.

Ukurlah skala iman anda. Filem ini bukan sahaja mencabar budaya tetapi mencabar duduk letak syariat dengan mempersendakannya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Siapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran, hendaklah mengubahnya dengan tindakan, jika tak sanggup maka dengan teguran, jika dengan itu tak sanggup maka dengan hatinya, yang demikian itu selemah-lemahnya iman."

Hadis tersebut terang lagi bersuluh menjelaskan bahawa aspek amar makruf nahi mungkar merupakan hal yang wajib bagi setiap Muslim. Apatah pula berada di pihak seorang Bilal yang mewakili institusi keagamaan.
Amar makruf nahi mungkar adalah wajib berdasarkan banyaknya ketentuan hukum dalam kesepakatan para ulama, berdasarkan Alquran, hadis, ijma, dan akhlak yang mulia.
Lihat sahaja ayat 71 surat At-taubah, ayat 104 dan 110 surat Ali 'Imran, Allah jelasnya telah mensyariatkan amar makruf nahi mungkar. Justeru para ulama bersepakat tentang wajibnya amar makruf nahi mungkar, cuna ia berbeza dalam tingkatan wajibnya samada wajib 'ain dan wajib kifayah.

Ukurlah skala iman anda. Filem ini bukan sahaja mencabar budaya tetapi mencabar duduk letak syariat dengan mempersendakannya. Andai kata wajib 'ain, maka setiap Muslim harus melaksanakan amar makruf nahi mungkar, akan tetapi dengan wajib kifayah, jika ada segelintir melakukannya maka terpenuhlah kewajiban tersebut walau hanya dilakukan oleh sebagian umat Islam. Tetapi semuanya berdosa bila tidak ada seorang pun yang melakukannya. Dalam urusan kemasyarakatan, amar makruf nahi mungkar adalah satu hal yang digalakkan dan keperluan yang luar biasa signifikan supaya keseluruhan kehidupan dapat berjalan dengan baik.

Apakah yang makruf itu? Makruf adalah segala sesuatu yang dipandang baik oleh manusia dan diredhai oleh Allah SWT, samada ia perbuatan yang wajib maupun sunat, seperti mana ketaatan kepada Allah dan pengamalan perintah Allah. Sebagai contoh menegakkan solat, melakukan puasa, menolong orang yang kesusahan, memberikan derma atau melakukan kebajikan dan lain-lain lagi.

Pun ada bahagian yang sangat penting sebagai kembarnya iaitu hal yang mungkar itu perlu ditegah. Mungkar adalah setiap yang dipandang tidak baik oleh manusia dan tidak dibenarkan oleh Allah SWT. seperti maksiat, menyekutukan Allah, juga melakukan larangan Allah, seperti penzinaan (iya 8 kali, dalam Gubra lapan kali adalah angka ajaib untuk satu penzinaan berulang) makan rasuah, menipu rakyat, dan sebagainya.

Perlaksanaan amar makruf nahi mungkar harus dilaksanakan dengan apa jua cara, ini disesuaikan dengan banyak mana kuasa anda ada.Jika anda bapa dalam keluarga ya ahli keluarga yang melakukan mungkar harus ditegur dan digalakkan melakukan makruf. Jika pemerintah urusan makruf adalah sama pentingnya dengan pencegahan kemungkaran. Secara fitrah manusia tertarik dengan musuh abadinya iaitu iblis. Dan iblis akan bijak sekali memusing-musing kepala kita hingga kita akan mencari jalan sendiri untuk mengatakan ia benar.

Penegahan mungkar dilakukan dengan kekuatan fizik, juga dengan lidah yang sopan dan bijaksana, atau hanya dengan diam dalam penyesalan terjadinya kemungkaran, atau tidak terwujudnya hal yang makruf. Hal ini tidak terjadi dalam Gubra, Bilal sebagai satu entiti yang mewakili institusi keagamaan meredhai jiran-jirannya duduk dalam maksiat. Betul Bilal Li tak perlu memulau Temah atau Kiah tetapi Bilal Li juga tidak boleh meredhainya dengan ikhlas tanpa rasa sesal sedikit pun. Tidak pernah dalam filem ini, walau sekali ada gambaran pencegahan di dalam hati yang paling rendah tingkatannya dilakukan. Perhatikan dialog di hadapan rumah pelacuran yang wajar dicemuh ini:

Bilal Li: Assalamualaikum, awal balik pagi ini (nota pengarang: dari melacur). Temah : Esok pagi nak hantar Shahrin pergi sekolah. Ada pelanggan nak pun terpaksa tolak. Hai abang lambat pergi surau pagi ini? Hah rambut basah tu... Bilal Li: (Gubra) Ah mana ada... Temah: Kami balik dulu.

Pelaksanaan amar makruf nahi mungkar diberikan syarat:
(1) Bahawa jelas kemakrufan yang tidak dilaksanakan orang dan kemungkaran pula jelas dilakukan,
(2) Bahawa pendakwah sedar dengan diri dan jatidirinya sebagai orang yang alim dan sesuai dengan misi amar makruf nahi mungkar yang hendak ditunaikan,
(3) Pendakwah dengan itu tahu benar bahwa amar makruf nahi mungkar tersebut membawa manfaat, maslahat, serta tidak membawa madarat
(4) Amar makruf nahi mungkar ditegakkan dengan bijaksana, berterusan dan penuh kesabaran, serta
(5) Hal amar makruf nahi mungkar itu ditunaikan dengan ikhlas berorientasi pada keredhaan Allah SWT. Ini dilakukan demi mempertahankan keluhuran Islam dan menegakkan kalimah Allah.

Temah barangkali bernasib baik kerana mendapat hidayah dan kejutan Tuhan kerana disapa penyakit (kemungkinan HIV). Temah mencari Maz, belajar al-Quran, belajar solat dan menginsafi diri tetapi itu semua datang dari Temah. Dan ilham untuk bertaubat tentulah datang dari Allah. Manusia yang diberi hidayah seperti Temah tidak ramai, dia mencari hidayah datang. Tetapi di pihak Maz dan Bilal Li yang tahu agama, tidak ada secuit pun rasa kesal rasa mahu mendorong dan rasa nahi mungkar tersebut ditonjolkan sebelumnya. Tidak ada. Tidak, saya tak minta mereka mengherdik pelacur-pelacur yang baik itu. Mereka agaknya memang terpaksa melacur sebab tak pas SPM atau tak ada modal untuk berniaga nasi lemak bungkus. Iyalah, kita mahu percaya mereka melacur kerana tiada pilihan lain.
Tetapi sebagai sebuah naratif yang bermula dengan Bismillahhirahmanirrahim kita dikejutkan kerana Bilal Li dan isterinya bersikap tak apa dengan kerja maksiat jiran itu. Bukan sahaja tidak menegah tetapi meraikannya.Kita faham sisi kemanusiaan yang ingin disogokkan tetapi fahami pula sisi kemanusiaan yang Islam tawarkan. Ada rangka dan konsepnya. Kenapa merendahkan ayat Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang ini?

Ya Islam memang luhur agamanya, mak cik bertudung labuh boleh menawarkan rendang ayam buat pesakit sebelah katilnya yang muak mengunyah daging babi seperti di dalam Gubra. Siapa nafikan? Ya Malaysia memang indah kerana kita dibina dengan berbagai warna, bangsa, bahasa, masakan dan lain-lain lagi. Tetapi memaksakan Islam memahami semua persoalan itu seumpama Islam sebuah agama yang tidak cukup adalah sesuatu yang salah. Islam yang harus difahami, dihayati dan diamalkan.Islam turun untuk kita, kita yang mesti fahamkan Islam bukan menceramahkan pula Islam yang mesti memahami kita.

Sungguh ini sebuah filem yang kacau dan sungguh kerana Yasmin serta pelbagai lagi manusia karyawan filem kita terperangkap oleh definisi Barat. Kononnya filem hanyalah gambar bergerak. Dan elemen-elemen kekaguman (untuk gubra) yang penuh kepalsuan ditawarkan juga seperti pesakit yang nampak punggungnya, atau Orked yang selamba meraba puting tetek Alan yang berbulu, atau watak Arif lakonan Adlin Aman Ramli menari dengan hanya memakai tuala hampir terlucut, atau pujian jururawat India bahawa alat kelakian Pak Atan sungguh utuh dan gemilang.Ini filem Malaysia, relaks, cool...itulah yang hebatnya, agaknya?

Tidak, filem lebih dari itu. Filem bukan cuma naratif, bukan cuma gambar yang bergerak. Filem adalah ar-Risalah seperti yang dinukilkan oleh Dr Abu Hassan dari Universiti Malaya dalam bukunya yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Filem haruslah kembali ke jati diri kita, kepada tradisi penceritaan yang berakar pada bangsa. Bukan caca marba tidak ketentuan bahasa.

Kasihan, dalam Gubra mereka mahu percaya mereka hidup dalam kebenaran tetapi orang yang berilmu melihat mereka dalam kebodohan. Seperti mana kumpulan Sisters In Islam terpekik setiap kali apabila timbul segala isu yang mereka rasa harus dimanfaatkan untuk kepentingan diri. Kita tahu mereka bahlol lagi jahil tetapi mereka rasa mereka maju, moden dan Tuhan memang memandang mereka mulia, oh ya dan mereka percaya bisikan iblis: Tuhan memandang semua orang sama.

Dan tepekkan satu kata-kata Maulana Rumi yang lari konteks setelah dikerat-kerat bait-bait terdahulunya yang lebih enam ribu itu iaitu lampu ada pelbagai tetapi cahayanya sama. Ya, gereja, masjid dan tokong ialah rumah ibadat yang sama. Tuhan satu. Tuhan sama sahaja.
Begitu? Bagaimana dengan konteks ayat Quran, untuk Kamu agama kamu untuk kami agama kami? Cuba buka tafsir terlebih dahulu dan fahami surah al-Kafirun. Inilah asas jati diri orang Islam yang telah diterap dan diturunkan awal sejak di Mekah lagi. Surah dengan 6 ayat ini adalah surah mengenai jati diri.Dan ya, boleh juga buka surah Taubah kerana ada juga jati diri orang munafik untuk kita lebih berwaspada dan hati-hati supaya tidak jadi seperti mereka.

Kalau tak reti agama jangan syarahkan agama dalam filem. Jangan rosakkan orang.
Gubra seperti tajuknya. Filem yang kacau, gugup dan ketidaktentuan hala seperti mana kefahaman dan diri pembikinnya. Dan memang ramai pengekor dan orang yang tak ketentuan jiwa menyokongnya.
Saya tidak hairan, bila pengarahnya ditanya wartawan tentang adengan Bilal memegang anjing, "Entah, tawakal sahajalah."
Ya konsep tawakalnya begitu.Tawakal gubra.

Allah memang pengasih dan penyayang. Tetapi Allah juga ada nama-nama lain, ada sifat-sifat lain yang Allah boleh sahaja menghukum, baran dan mengingatkan dengan keras. Allah memang Maha Pengampun tetapi Dia juga tidak memberi belas kasihan. Kerana itu ada neraka sebagai tempat diazabkan. Baca asmaul husna biar habis, faham Islam biar selesai, bukan satu bahagian sahaja. Amar makruf tetapi nahi mungkar diabaikan.

Justeru, kalian memang Gubra. Janganlah membaca Rumi untuk satu bait, kemudian mendabik dada, khatamlah dahulu Mathnawi dan Diwan, dan fahamilah hubungannya dengan Tabrizi baru boleh mengeluarkan hujah di dalam filem anda. Jangan cemari ajaran kesufian dengan pendirian sesat anda ini.
Hayy Allah !

Wallahu'Alam, moga kita dikurniakan Jalan Yang Lurus yang selalu kita minta dalam solat kita itu. Moga kita dilindungi oleh sebarang kesesatan yang nyata dan juga tidak nyata.

Friday, April 28, 2006

JENAZAH SELAMAT DIKEBUMIKAN DI SIWA

Siwa- Khamis 27 April, Allahyarham Jufni@Khairul Nizam yang meninggal dunia akibat mati lemas telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Siwa setelah mendapat persetujuan keluarga si mati. Siwa yang terletak lebih kurang 6 jam perjalanan daripada Kaherah, mencatat sejarah apabila ini menjadi kes pertama mahasiswa Malaysia yang ditanam di sana. Pengkebumian jenazah telah mendapat kerjasama hampir ratusan penduduk Islam di sana dengan kerjasa semua pihak termasuk Imam masjid berdekatan. Boleh jadi inilah kelebihan seorang HAFIZ!
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan bersama golongan Huffaz, Insya Allah!

Wednesday, April 26, 2006

BELASUNGKAWA...

Dalam kesibukan teman-teman membuat persiapan menghadapi peperiksaan, kita semua dikejutkan satu berita Sedih untuk semua sahabat-sahabat...
Seorang sahabat kita "Ust. Jafni Al-Hafiz" mahasiswa tahun akhir Kuliah Qur'an Tanta (M.A) telah kembali ke Rahmatullah pada 27 R.Awwal/25 April 2006 (Selasa) - kematiannya didapati berpunca daripada lemas semasa mandi di Siwa, sewaktu menemani anggota keluarganya dari Malaysia yang datang ke sini.
Al-Fadhil Ust. Hairul Nizam (Presiden PMRAM) sedang berada di Siwa sekarang untuk menguruskan jenazah Allahyarham. Jenazah dijangka akan dibawa pulang ke Kaherah untuk solat jenazah di dataran H.10 sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Malaysia H.10 pada Khamis (malam).
SEMUA MAHASISWA DIMINTA UNTUK SAMA-SAMA KE H.10 UNTUK SOLAT JENAZAH!
Sejambak Al-FATIHAH untuk Allahyarham, moga-moga rohnya ditempatkan bersama-sama roh para Huffaz...

Sunday, April 23, 2006

SeLaMaT BerKuNjUnG Ke IsTaNa MERAH...

Ermm... i ucapkan "Selamat Menjejakkan Kaki ke Istana Al-Humaira' "
camana...CUTE tak istana tuu???

WAJIB DIBACA! kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz-ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini)

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."
perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Saturday, April 22, 2006

KEPADA SEMUA TEMAN SEPERJUANGAN...

SATU Tamsilan TUHAN

Jadilah seumpama air sungai...
yang tetap mengalir TENANG
meskipun dihadang dengan
pelbagai kayu-kayan tumbang
atau bonggok-bonggok batuan
atau daunan yang berguguran
ke dalam sungai

Namun...
sungai tetap TENANG
tidak berputus asa
tega mengalir TENANG
terus menelusuri tebing dan denai
sesejuk mata kita
yang memandang

Alangkah indahnya
tamsilan tuhan buat kita
sebagai satu PENGAJARAN

daripada: Arkib AQIQ

Untuk seluruh Srikandi...

PUTRI SRIKANDIku

Buat Putri SrikandiKu...
Ku akui dirimu taklah sehebat Khadijah Radiaallahu Anha
Ku tahu dirimu taklah sepintar Aisyah Ummahatul Mu'minin
Ku sedar dirimu taklah seberani Khaulah Al-Azwar
Ku juga faham dirimu taklah setabah Asiah isteri Firaun
Ku juga terima dirimu taklah sewarak Rabia'tul Adawiah

Tapi...
Ku cukup yakin dan percaya
kau punyai tekad dan azam untuk
menjadi sehebat Ar-Ramaisa'
kau bercita-cita untuk
menjadi sebijak Az-Zubaidah
Kau berusaha untuk
menjadi seberani Nusaibah
Kau terus mendidik jiwamu
agar menjadi
setabah Fatimatul Zahra'
Kau taat pada Allah agar
dikenal seperti
Mutia'h wanita syurga

Putri Humaira'ku...
Usah resah, gundah atau bimbang
teruskan azam, tekad dan cita-citamu itu
Dinobat sebagai Putri Srikandi
Muslimah Mujahidah
Permatahati ayahbonda
jua suami tercinta
agar ia membawa kita ke syurga

Nukilan: aqiq_nilam Jun 2005

Friday, April 21, 2006

Suatu Kisah...kadang-kadang kita tak perasan bahawa mereka pun manusia seperti kita...

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala. Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya. Mereka tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan apa yang diperintahkan”
[al-Tahrim 66 : 6]

Kadang-kadang saya rasa tersinggung apabila permintaan saya tidak dihargai. Saya bukan meminta kelebihan. Apa yang saya pohonkan ialah pada beberapa kotak kosong di dalam diari bulanan saya, ia adalah masa saya untuk isteri dan anak-anak.
”Bolehlah ustaz, janganlah macam itu. Anak hari-hari boleh jumpa. Kami sudah tiada masa lain yang sesuai untuk menjemput ustaz. Harap ustaz dapat pertimbangkan permintaan kami”, kata seorang pemanggil yang menelefon saya.

Dialog seperti ini meletakkan saya pada situasi yang menjadikan saya serba salah. Mengapakah masa seorang ustaz untuk anak-anaknya tidak dianggap penting? Bukankah itu sesi beliau menunaikan kewajipan nafkah kasih sayang, didikan dan perhatiannya kepada anak-anak. Semasa saya kecil, saya tinggal di sebuah kawasan perumahan dan seawal usia 10 tahun, saya pernah membuat kesimpulan bahawa budak-budak jahat pada masa itu, sama ada anak ustaz, tak pun anak polis!

Alangkah prejudisnya saya semasa itu. Saya tidak faham bagaimana saya boleh beranggapan sedemikian rupa. Mungkin kerana geram saya apabila basikal yang ayah belikan, dibengkokkan oleh si Samseng Kampung Dusun, anak seorang ustaz. Tetapi hari ini hati saya menjadi gundah semula. Terutamanya selepas menerima maklum balas seperti dialog di atas.

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itulah peribahasa Melayu yang amat menusuk perasaan saya. Ketika saya menaip artikel ini, Saiful Islam dan Naurah sedang tidur nyenyak di depan saya. Memandang mereka telah meretak hibakan hati saya.

“Maafkan Abi, wahai anak-anakku, Abi berdosa mengabaikan kalian”, saya sukar menahan hati dari bersedih.
Saya masih ingat, semasa saya di Ireland, usaha saya mendidik dan membesarkan Saiful Islam, ternyata amat mudah. Malah saya setiap hari memanjatkan syukur kepada Allah kerana Saiful Islam amat mudah untuk diurus. Dengan tugas saya sebagai Imam, saya tidak keberatan untuk membawa anak sulung saya ke masjid, saya baringkan di kepala sejadah dan matanya berkelip-kelip melihat saya menyampaikan khutbah Jumaat.

Semasa itu, untuk saya menegurnya ketika dia melakukan kesalahan, caranya amat mudah. Saya tunding jari, tanpa perlu membuka bicara, Saiful Islam sudah menghamburkan air mata takutkan ‘kemarahan’ saya. Tidak dinafikan, ketika itu mungkin usia anak saya baru setahun dua. Memang tidak susah menjaganya. Tetapi apabila saya fikirkan, hari ini saya tetap saya yang sama. Anak bertambah, usia mereka juga bertambah, tetapi mereka tetap berayahkan ayah yang sama. Tetapi kenapa hari ini, fikiran saya selalu kusut memikirkan mereka?

Ya, suasana di Ireland amat saya rindui. Saya duduk di negara Kuffar, tetapi usaha mendidik anak memang mudah dan menggembirakan. Saya tidak menyesal menjadi ‘suri rumah’ selama beberapa tahun. Saya bertugas secara sambilan di beberapa masjid, menyambung pengajian Master secara distance learning dengan The Open University, UK, dan sambil itu saya menjaga soal makan minum, hal ehwal rumah tangga, dan Saiful Islam membesar di depan mata.

Itu lebih baik, daripada saya bekerja sebagai kasyer di pasar raya, kemudian semua gaji dibayar kepada nursery yang mencecah harga ratusan Euro sebulan. Masakan tidak, semua nanny memegang Ijazah Early Childhood Learning malah mahir pula dengan rawatan kecemasan Paedriatrik dan first aid.

Namun saya gembira membesarkan anak dengan tangan saya sendiri. Isteri saya sibuk bekerja di wad kecemasan hospital, shifnya tidak tentu siang malam. Maka saya mengambil alih tugas di rumah. Setiap pagi saya mandikan anak, menyalin bajunya, menggoreng kentang atau pasta kosong untuk sarapan. Saya bermain bersamanya seketika, kemudian ke dapur memasak untuk makan tengah hari. Saiful Islam tidur semula sekitar jam 11 dan saya naik ke bilik ulangkaji untuk membuat assignment. Zohor kekadang di masjid, jika cuaca baik. Tengah hari saya qailulah seketika, solat Asar dan kemudian membawa Saiful Islam ke hospital untuk mengambil isteri saya dari tempat kerjanya, pulang bersama sambil menghirup udara petang yang segar. Ketika di Naas, kadang-kadang kami melencong ke belakang hospital bersama roti keras yang saya bawa dari rumah, untuk memberi burung undan di tasik, makan petang bersama kami. Saya mencampak roti ke tasik, Saiful Islam dan Umminya turut sama.

Jika isteri saya oncall, saya akan ke hospital menghantar nasi dan lauk, khususnya semasa isteri saya mengandung anak kedua kami, Naurah Sabihah. Suasana ketika itu memang nyaman, fikiran saya tenang dan prolifik, kegiatan kemasyarakatan banyak dan saya sanggup mengayuh mountain bike selama 2 jam untuk memberi kuliah Tafsir Surah Yasin kepada adik-adik yang tinggal di South Circular Road, Dublin.

Itulah suasana saya membesarkan anak ketika di Ireland. Memang hati kami sunyi tidak mendengar laungan azan dari menara masjid bertahun lamanya. Namun derita melihat laungan azan tidak diendahkan di Malaysia, lebih menghiris rasa.
Hari ini saya sudah pulang ke Malaysia. Cabaran membesarkan anak-anak semakin meruncing.
Semasa di Ireland, saya pernah berbual dengan isteri sambil merenung daun-daun perang gugur di petang musim luruh.

“Abang rasa, kita hanya boleh tinggal di Ireland sampai usia anak kita mencecah umur tadika. Apabila dia perlu bersekolah, kita harus pulang ke Malaysia”, saya meluahkan pandangan tentang perancangan masa depan kami.
Isteri saya mengangguk tanda setuju.

Saya berfikiran begitu kerana saya khuatir dengan Aqidah anak saya. Tentu sahaja saya patut risau. Semasa bertugas sebagai Pengetua dan guru di Belfast Islamic School, saya ada banyak pengalaman yang menakutkan. Selain kisah di Belfast Zoo dan cerita evaluation test anak-anak murid kami, saya juga tidak lupa kepada suatu insiden di sebuah pasar raya di Lisburn Road, Belfast. Seorang anak muda bekerja sebagai kasyer di situ dan tag namanya tertulis “OMER”. Wajahnya ada iras Irish dan ada sedikit iras Asia. Apabila ditanya sama ada beliau Muslim atau tidak, beliau termenung seketika dan berkata, “my father is a Moslem!”

Aduh, adakah krisis identiti itu yang mahu saya risikokan kepada anak-anak dengan menyekolahkan mereka di Ireland? Tentu sekali tidak.
Tetapi selepas pulang ke Malaysia, pandangan saya berubah sama sekali. Kadang-kadang saya menangis sambil merenung jauh dari tingkap rumah kami, “apakah selamat anakku membesar di Malaysia?”

Ya, semasa di Ireland, saya kira amat mudah untuk saya gariskan batas-batas Iman dan Kufur kepada anak-anak.
“Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang Islam!”, saya boleh menyebut begitu kepada Saiful Islam dan Naurah.
Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh berbicara dengan mudah bahawa yang jahat itu bukan Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam yang satu. Garis hitam putih amat jelas.

Tetapi bagaimana di Malaysia? Spencer, Ah Meng, Ravin, Shahril, semuanya lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza. Grey area melebar luas. Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi kelakuannya tidak mencerminkan agama di kad pengenalannya. Habis, mudahkah saya menerangkan semua ini kepada anak-anak? Saya tabik kepada rakan yang sanggup menyekolahkan anak-anak di SRJK(C), walau pun terpaksa berulang ke sekolah menghantar bekal makanan sendiri. Semuanya kerana mereka mahu anak-anak membesar di dalam suatu suasana yang garis hitam dan putihnya jelas. Mampukah saya begitu? Entahlah...
Lebih menyedihkan, sabar saya tidak seperti sabar saya semasa di Ireland. Hari ini apabila anak-anak buat semak, ada kalanya macam mudah benar untuk darah saya tersirap. Terutamanya apabila saya pulang ke rumah selepas dua jam meredah lautan kereta. Syukurlah saya banyak berusaha membaca dan belajar tentang topik-topik yang membina sikap pro aktif. Saya cuba menapis setiap insiden, agar saya memberikan respond yang tepat dan bukannya marah berbalas marah, geram berbalas geram, degil berbalas cubit dan sebagainya.

Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah keluarga Stephen Covey. Profesyennya sama seperti saya. Kami selalu out station untuk memberikan training. Jadual kami ketat. Tetapi Stephen Covey, mempunyai 9 anak dan dia tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting berkaitan dengan anak-anaknya. Bukan suatu yang mudah untuk seorang American membesarkan 9 anak. Saya yang dua ini pun sudah pening kepala.

Sebab itu jugalah saya tidak suka memarahi anak-anak dengan tengking dan leteran. Lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya tidak percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik default menegur kesalahan anak. Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di sepanjang usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari nanti. Ingat, anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa. Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak-anak adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka.

Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan pendekatan harian saya. Saya lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba memahamkan mereka kenapa satu-satu perbuatan itu betul atau salah. Jika Saiful Islam naik angin, saya akan tangkap dia dan mandikan agar ‘sejuk’, kemudian saya ke bawanya ke bilik dan kami berdialog.

Biar pun soalan anak-anak bertali arus dan kekadang berpusing ke belakang, saya sentiasa setia melayan. Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau sengal badan, semuanya diketepikan dan saya mesti mendengar isi bualan yang ingin dikongsi oleh Saiful Islam dan kini Naurah juga. Biar pun isunya hanya soal kad Grandsazer dan Kamen Rider. Itulah wasilah saya mendengar dan menunjukkan kasih kepada anak-anak.

Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak tergamak untuk memarahi anak saya, ialah kerana saya rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka. Malah kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak aqil baligh ini kepada saya dan ibu mereka, tidak terbanding dengan dosa saya dan isteri terhadap mereka.

Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang solehah dan sebahagian cita-cita saya, agar akhlak mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-anak suatu hari ini. Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang melakukan perkara yang sama. Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka.

Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak? Turunkah baik saya kepada anak-anak? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana orang sebenar yang membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika atau pembantu rumah Indonesia. Alhamdulillah jika yang Indonesia itu orangnya baik, bersolat dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana dengan yang berpembantu rumah seorang penyembah berhala dari Myanmar, Thailand atau Filipina.

Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?

Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana? Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA.
Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?

Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.
Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita. Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih diberi.

Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah mad’u pertama saya.
Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.

Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.
Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?
Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!

Dipetik daripada: DiarySeorangMujahid


FENOMENA BERBILANG (TAADUD) JAMAAH

Dibolehkan Taadud namun BERSYARAT :

Syeikh Mustafha Masyhur: Adapun kewajipan dan pendirian kami tentang jemaah-jemaah (selain Ikhwan Muslimin) ialah apa yang diperluaskan oleh Agama Islam daripada sifat kasih sayang, mawaddah, nasihat-menasihati, bantu-membantu diatas dasar kebajikan dan mengelak perselisihan dan pertelingkahan serta berusaha untuk bersatu.

Syeikh Said Hawwa: Kami menyedari bahawa berbilang-bilang pertubuhan mungkin boleh ditubuhkan dan boleh ada dalam satu Negara. Pertubuhan - pertubuhan ini mungkin Parti politik semata – mata , mungkin pertubuhan kebajikan, pertubuhan ilmuan dan tarbiah yang dihimpunkan diatas sifat Islamiah.

Dr Solah Shawi: Sesungguhnya taadud yang diterima dilapangan Amal Islami ialah taadud takhassus dan tanawwu’ bukannya taadud tudhod wa tanaqud. Adapun taadud yg memecahkan wala umat Islam,melaknati sesama manusia merupakan wabak dan kecelakaan yg mengubah waqie kepada tersebar fitnah dan membuka jalan kepada pandangan untuk mula beruzlah.

Dr Yusof Qaradhawi: Tiada halangan taadud jemaah yg beramal untuk Islam, selagimana terdapat keuzuran untuk mewujudkan sebuah kesatuan disebabkan kelainan matlamat, manhaj, fahaman dan thiqah kepada setengah yg lain berdasarkan kepada taadud takhassus dan tanawwu’ dan bukan taadud tudhod dan tanaqud.Semuanya wajib berdiri dalam satu sof pada setiap perkara yg mengembalikan ketuanan Islam, Aqidah Islamiah dan keizzahan umat Islam.

Taadud yang TIDAK dibolehkan :

Syeikh Fathi Yakan: Lapangan Islam telah menyaksikan kelahiran harakah – harakah ,tanzim - tanzim diatas ruang lingkup yg luas. Meskipun sesetengah berpendapat dan mengira taddud jemaah sebagai fenomena sihat, saya menganggap taadud sebagai fenomena berpenyakit dan bahaya serta diperingatkan dengan akibat - akibat yang maha dahsyat yg tidak diketahui penghujungnya melainkan Allah.

Syeikh Husin Muhsin Ali Jabir: Saya bersetuju bahawa taadud jemaah pada umat Islam adalah suatu yg batil dan wajib dihapuskan.Sesungguhnya kewajipan pada keyakinan saya bahawa wajib dicurahkan segala tenaga umat Islam didalam satu bahtera dan satu hala tuju sahaja.

Syeikh Mustafa Masyhur, Dr solah Shawi, Dr Yusof Qaradhawi, Said Hawwa: ( Tidak dibenarkan sama sekali taadud seandainya jemaah yg baru ditubuhkan tersebut: tidak mengikuti ketetapan Syarak dan timbul pecah belah serta dendam kesumat juga ditubuh atas dasar tak puas hati antara satu sama lain )

Pendapat yang RAJIH :

Tidak boleh taadud jemaah. Adapun Ulamak yg benarkan taadud dengan BERSYARAT sebenarnya meraikan suasana dan kenyataan taadud yg terjadi di Negara - negara umat Islam. Rasulullah saw sebenarnya secara jelas telah menyatukan umat Islam dalam satu jemaah sahaja dan bukannya berbilang jemaah. Walaupun Ulamak - ulamak ada menyatakan boleh , tetapi SYARAT - SYARAT yg disebutkan perlu difahami dengan jelas agar tidak dipergunakan sebagai alasan bagi mewujudkan jemaah yang baru pula didorong oleh rasa tidak puas hati terhadap Jamaah Islam yang sebelumnya. Kehendak ulamak tersebut adalah tidak boleh taadud bila SYARAT yg digariskan tidak terlaksana.
KLASIFIKASI JAMAAH .

Jamaah adalah umum . Di sana ada Jamaah yang tidak menepati sifat Harakah Islamiyyah atau Jamaah yang bergerak dan berjuang menyebarkan agama Allah, mendidik ummah dan memimpin mereka serta berjuang dalam skop Islam yang Syumul kearah mendaulatkan syariat Allah swt dan mengembalikan Khilafah Islamiyyah di muka bumi ini .
Sebaliknya Jamaah ini hanyalah mengambil satu juzuk yang kecil daripada amal islami seperti Jamaah Kebajikan yang hanya mengurus soal kebajikan anak – anak yatim , khairat kematian dan seumpamanya .

Ada pula Jamaah yang hanya mengambil aspek mengajak masyarakat berbuat baik tanpa melihat kepentingan perlaksanaan undang – undang syariat serta tidak juga melihat kepentingan bertindak menentang kemungkaran . Mungkin dengan alasan kalau semua orang sudah menjadi baik , maka secara automatiknya mungkar akan hilang .

Ada pula Jamaah yang hanya berlegar di ruang hawa dingin dengan pembentangan kertas kerja – kertas kerja Ilmiah di bilik seminar dan simposium . Membincangkan permasaalahan Islam penuh teoritik tanpa terjun ke medan berhadapan dengan permasaalahan ummah yang sebenar dan bergelumang pula dengan segala konflik yang dihadapi oleh ummah .

Ada Jamaah yang terhenti di atas majlis – majlis ibadah seperti wirid zikir , selawat dan berqasidah serta solat nawafil yang banyak tanpa mengambil kira penyakit barah yang dialami oleh masyarakat dan ancaman moral serta aqidah yang melingkari daerah mereka .

Ada Jamaah yang mungkin telah melakukan pelbagai aktiviti amal islami , tetapi mereka akur dan tunduk kepada pemerintah yang enggan melaksanakan syariat Allah swt. dan melakukan maksiat serta menaja mungkar yang meleka dan melalaikan ummah dengan alasan , ruang untuk mereka melakukan amal islami masih terbuka , sementara pihak yang lain masing – masing ada tanggungjawab masing – masing untuk menjaga akhlak dan aqidah .
Begitulah pelbagai warna Jamaah yang wujud .

Dipetik daripada : Artikel At-Tantawy




Sajak terbaru...

Hidup...umpama CAMAR

Hidup ini umpama camar-camar
yang beterbangan...

Keluar daripada sarang
bersendirian...

mencari-cari arah...
kemanakah hendak dituju...?

Soal rezeki tidak dibimbangi?
hanya Allah tempat BERTAWAKKAL

Menuju suatu tempat...
mencari tempat asalnya diri.

HUKUM MELAKONKAN WATAK NABI ( di dalam Filem / Teater )

USAHA MEMFILEMKAN WATAK-WATAK NABI :

Usahasama antara Tehran dan Amerika untuk menerbitkan filem yang mengesahkan RasuluLlah saw dan kehidupan baginda. Kontrak yang bernilai 6 juta dolar itu ditandatangani pada 25 ogos 1973. Dewan tertinggi syiah Lebanon telah memberikan persetujuan mereka dengan usahasama itu.
Terdahulu dari itu sebuah filem mengesahkan kehidupan Nabi Isa yang bertajuk " The King of King" telah di terbitkan oleh kerajaan Denmark. Filem yang melakunkan watak Nabi Isa itu diselitkan dengan adegan-adegan sex pemegang watak Nabi Isa dengan Maria Magdelena. Filem tersebut ditayangkan di Tokyo pada November 1965.
1968 sebuah filem yang menampilkan watak Nabi Adam di tayangkan di pawagam Jakarta.
Bantahan :
Ratusan Ulama Indonesia melahirkan bantahan terhadap usahama Tehran dan Washington itu.
Paus Paulus VI dan ummat Islam diseluruh dunia Islam mengecam Filem yang diterbitkan oleh Denmark
1968 bantahan besar ummat Islam dijakarta membantah penayangan filem "Nabi Adam".
PANDANGAN ISLAM MENGENAINYA :

Melakunkan watak Nabi-Nabi, lebih-lebih lagi Watak peribadi RasuluLlah saw bermakna :
a) Memalsukan dan berbohong terhadap RasuluLlah saw :
Siapa pun yang melakunkan watak RasuluLlah saw. pastinya tidak akan sama dengan hakikat sebenar fizikal, watak dan penampilan suci Baginda RasuluLlah saw .

عن البراء يقول : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أحسن الناس وجها وأحسنهم خلقا ليس بالطويل البائن ولا بالقصير[1]
Daripada AL Barra’ berkata : Adalah Rasulullah saw. Sebaik – baik rupa wajah manusia dan sebaik – baik akhlak / kejadian manusia . Tidak terlalu tinggi dan tidak pula rendah .
Hadis Riwayat Bukhari. Lihat sohih Bukhari Jilid 2 halaman 148.
Penampilan yang tidak sama dengan Baginda bermakna pembohongan dan pendustaan. Pendustaan terhadap sebahagian daripada tingkah laku RasuluLlah saw adalah dosa yang sangat terkutuk.

2)
Dari Al Mughirah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw. Bersabda: Sesungguhnya pendustaan ke atas diri ku tidakl sama sebagaimana pendustaan ke atas seorang yang lain . Barangsiapa yang telah berdusta terhadapku secara sengaja , maka hendaklah ia menyediakan tempat tinggalnya dari api neraka.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim . Lihat Lu’ Lu’ wal Marjan Juz. 1 halaman 1

من كذب علىَ فليتبوأ مقعده من النار[3]
Barangsiapa yang telah berdusta terhadap diriku maka hendaklah ia menyediakan tempat tinggalnya dari api neraka .
Hadis Riwayat Bukhari , Muslim , Nisa’ , Ibnu Majah dan Abu Daud. Lihat Faidhul Qadir Juzu’ 4 Halaman 214.
b). Memperolok-olok dan Mempermainkan –mainkan Nabi saw.
Dan ( Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli neraka dengan firmanNya : ahli neraka menyeru ahli syurga ( dengan berkata ) : “ Limpahkanlah kami sedikit dari air atau dari rezeki ( makanan ) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu “ . Mereka ( ahli syurga ) menjawab : “ sesungguhnya Allah telah haramkan kedua – duanya atas orang – orang kafir . Iaitu orang – orang yang menjadikan perkara - perkara agama. Sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan dan orang – orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia .
Surah Al A’raaf Ayat : 50 – 51

Katakanlah ( wahai Muhammad ) “ Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang – orang yang rugi serugi – ruginya amal – amal perbuatannya ? Iaitu orang – orang yang telah sia – sia amal usahanya dalam kehidupan ini , sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan . Merekalah orang – orang yang ingkar akan ayat – ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya , oleh itu gugurlah amal – amal mereka , maka akibatnya kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka pada hari kiamat kelak . Mereka yang bersifat demikian , balasannya neraka jahanam disebabkan mereka kufur ingkar dan mereka pula menjadikan ayat – ayatKu dan rasul – rasulKu sebagai ejek – ejekan .
Surah Al Kahfi : Ayat 103 – 106
Dan apabila orang – orang kafir itu melihatmu , mereka hanyalah menjadikan perkara yang engkau sampaikan itu sebagai ejek – ejekan sahaja , sambil berkata sesame sendiri : “ inikah dia orangnya yang mencaci tuhan – tuhan kamu ? Mereka berkata demikian sedang mereka sendiri kufur ingkar kepada Al Quran yang mengandungi peringatan Allah swt yang melimpah – limpah rahmatnya .
Surah AL Anbiya’ : 36
Dan apabila mereka melihatmu wahai Muhammad , mereka hanyalah menjadikanmu ejek – ejekan sambil mereka berkata : Inikah orangnya yang diutuskan oleh Allah sebagai rasulNya .
Surah Furqan . Ayat : 41
Dan jika engkau bertanya kepada mereka tentang ejek – ejekan itu , tentulah mereka akan menjawab : Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain – main . Katakanlah : Patutkah nama Allah dan ayat – ayatNya serta RasulNya kamu memperolok – olok dan mengejeknya .
Surah At taubah : 65
c). Melakunkan watak RasuluLlah saw adalah kerja yang lebih jahat daripada syaitan.

عن أنس رضى الله عنه قال قال النبي (صلى) من رانى فى المنام فقد رانى فان الشيطان لا يتخيل بى [8]
Dari Anas rha. Telah berkata : Telah bersabda Nabi saw. : Barangsiapa yang melihat ku dalam tidurnya ( mimpi ) maka sesungguhnya ia telah melihatku kerana sesungguhnya Syaithan tidak boleh menyerupaiku .
Riwayat Bukhari dalam Sohihnya jilid 4 halaman 149
Melakonkan watak Nabi saw.
Melakonkan watak Nabi adalah perkara baru yang tidak berlaku pada zaman salaf. Namun bagi ulama` muasirin tidak ada khilaf dalam mengharamkan melakonkan watak Nabi. Malah pengharaman ini boleh dikatogerikan sebagai ijma` sukuti.
Asas pengharaman ini adalah berdasarkan prinsip dar ul mafassid muqaddamun `ala jalbi al-masolih. Begitu juga Allah swt menjaga nabi dan rasul (`ismah) daripada dijelmakan oleh syaitan ini juga menandakan larangan manusia daripada melakonkannya.
Selain itu para ulama menyatakan haram perkara tersebut kerana:
Mengukir,melukis atau melakonkan sudah tentu tidak tepat seperti yang sebenar maka ini diklaskan sebagai berdusta terhadap nabi dan rasul.
Mengukir,melukis atau melakonkan sudah tentu tidak tepat seperti yang sebenar atau semakin rendah sifatnya ini diklaskan sebagai izaa yang diharamkan sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ahzab:57
Sesungguhnya orang-orang Yang melakukan perkara Yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa Yang menghina.
Mereka ( rasul – rasul ) adalah Qudwah, jika melakonkan yang tidak tepat ini menyesat para pengikutnya sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ahzab:21
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
Apa pun keadaan mengukir, melukis atau melakonkan watak nabi dan rasul adalah hukumnya haram.
Kesimpulan dan Penegasan semula .
Berlakon atau dalam bahasa arab (at-tamthil) membawa makna (al-musyabahah) iaitu menyerupai. Seseorang pelakon akan berusaha sedaya upaya meniru untuk menyerupai watak orang yang dilakonkan melalui percakapan, perbuatan dan tindak lakunya .

Dalam lakonan,sudah tentu pelakon yang meniru watak tersebut tidak akan mampu menyerupai watak sebenar orang yang dilakonkan tersebut.Hal ini menyatakan bahawa pelakon tersebut sebenarnya telah bertindak tidak adil pada hak orang yang dilakonkan apabila meniru gaya dan watak tidak sama dengan yang sebenarnya.Tidak adil pada hak seseorang yang lain ini adalah zalim ( kerana dianggap telah menyakiti (iza’) hak peribadinya ) dan zalim ini membawa kepada haram sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Ahzab:58.

Dan orang-orang Yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki Yang beriman dan orang-orang perempuan Yang beriman Dengan perkataan atau perbuatan Yang tidak tepat Dengan sesuatu kesalahan Yang dilakukannya, maka Sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa Yang amat nyata.

Para Ulamak telah membuat ketetapan bahawa tidak boleh sama sekali untuk melakonkan watak As-Syahkssiah al-muhtaramah (insan yang mempunyai kehormatan tinggi ) sebagaimanalah para Nabi dan Rasul. Para Nabi dan Rasul ini diharamkan sama sekali untuk dijadikan bahan lakonan manusia sepertimana juga melakarkan rupa bentuk mereka.

Hal ini kerana:-

1. Lakonan sebagaimana yang diketahui, tidak akan menyerupai watak asal, apatah lagi insan yang dilakonkan tersebut ialah Para Nabi dan Rasul atau Nabi akhir zaman Rasulullah saw. Dengan lakonan watak sebagai Rasulullah ini sebenarnya merupakan satu penipuan dalam bentuk perbuatan keatas perilaku Baginda saw.Rasulullah telah mengingatkan perkara ini dalam sabdanya :

من كذب على متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
2. Lakonan yang tidak menyerupai watak asal Nabi saw ini adalah merupakan iza’ (menyakiti peribadi Baginda). Setiap perlakuan yang menyebabkan iza’ kepada batang tubuh Rasulullah ini adalah haram sebagaimana dalam ayat surah Ahzab :57

3. Nabi Muhammad saw adalah ikutan Qudwah kepada seluruh umatnya sebagaimana dalam surah Ahzab:21.

Lakonan watak Nabi tidak lain tidak bukan merupakan jalan ke arah memesongkan akhlak dan peribadi sebenar Nabi terhadap umatnya. Ini kerana tidak ada manusia yang boleh meniru watak sebenar ( bukan sifat ) Baginda dalam percakapan mahupun perbuatannya.

Sesungguhnya Baginda saw telah menyatakan bahawa syaitan tidak akan mampu untuk menyerupai Baginda sebagaimana dalam hadis :

من رانى فى المنام فقد رانى فان الشيطان لا يتخيل بي

Maka begitulah juga manusia tidak akan mampu menyerupai Baginda dalam meniru wataknya kerana perbezaan taraf dan kelebihan yang dianugerahkan kepada Nabi tidak dianugerahkan kepada manusia lain.

Rasulullah saw adalah insan yang dipelihara khusus oleh Allah swt (maksum). Dengan kemaksuman ini, maka baginda terjaga/terpelihara dari melakukan kesilapan dosa dalam menyebarkan wahyu dan dalam tindakan ketika mana berdakwah. Akan tetapi sebagai manusia biasa dalam mentadbir kehidupan, Rasulullah juga tidak terlepas dari kesalahan-kesalahan kecil ( yang tidak berbentuk dosa ) seperti manusia lain.

Kemaksuman ini sebenarnya yang memelihara hak-hak Nabi dari dicemari oleh anasir-anasir yang tidak sesuai dengan perwatakan Baginda saw. Melakonkan watak Nabi ini,merupakan salah satu ciri yang memasukkan anasir-anasir yang tidak sepatutnya ke atas peribadi Baginda. Ini adalah haram.
Oleh yang demikian,daripada penjelasan diatas dapat disimpulkan bahawa berlakon watak Rasulullah saw dalam apa jua filem adalah HARAM.

Pusat Fatwa Kebangsaan Mesir telah mengeluarkan fatwa ini pada bulan Ogos tahun 1980 dalam menyanggah segala bentuk teater / filem yang menayangkan peribadi Rasulullah saw. Bahkan dinyatakan juga pengharaman ini dalam lakonan terhadap ahli bait, ummahaatul mukminin dan juga para Sahabat Baginda. Hal ini dinyatakan dalam ungkapan fatwa tersebut:

إن الأنبياء والرسل أعز وأكرم من أن يمثله الانسان أو يتمثل به الشيطان. إن عصمة الله لأنبيائه ورسله من أن يتمثل بهم شيطان مانعة من أن يمثل شخصياتهم إنسان, ويمتد ذلك إلى أصولهم وفروعهم وزوجاتهم وصحابة الرسول عليه الصلاة والسلام

Selain itu, Fatwa lain lagi yang mengharamkan lakonan watak Nabi sebagaimana dlm Fatawa Islamiah-Syeikh Husainin Makhluf [10], fatwa yang dikeluarkan oleh Lajnah Fatwa Al-Azhar [11], fatwa Majma’ Buhus Islamiah [12] yang antara lain menyatakan kaedah ( dar’ul mafasid muqaddam ala jalbil masoolih ) bilamana lakonan tadi telah menyebabkan banyak mafasid terhadap hak Nabi dan juga silap faham umatnya terhadap perilaku Baginda saw melebihi dari maslahah industri perfileman yang kononnya menayangkan filem Nabi untuk tujuan menceritakan kembali silsilah kehidupan murni mereka. Maka hukum lakonan tetap juga haram walau dengan tujuan yang baik .

Lakonan filem atau teater pastinya pula akan terdedah kepada pengkritik filem atau teater , juga terdedah kepada kritikan umum untuk menilai kualiti lakonan atau persembahan seorang pelakon . Jika watak yang dilakonkan itu adalah watak Nabi saw. sementara ia terdedah kepada kritikan umum , maka ia merosakkan keperibadian Nabi saw. sebagai Rasul yang maksum . ( bebas dari dosa apalagi kritikan . )

Melakonkan watak nabi seperti Nabi Yusuf as. sebagai contoh , persoalannya siapakah yang akan menjadi pelakonnya yang boleh memaparkan kecantikan Nabi Yusuf as. , kehebatan iman dan taqwanya serta tinggi dan luhurnya syakhsiyyah baginda . Siapa pelakonnya ? Demikian juga untuk melakokan watak nabi saw. Siapa pelakonnya yang boleh menjelmakan akhlak Nabi yang tinggi , setinggi Al Quranul Karim , siapa pula yang boleh mewatakkan perwatakan Nabi yang begitu indah lagi suci dari segala dosa dan kealpaan . Siapakah pelakon itu ?

PENUTUP

Hujjah yang mengatakan boleh kita melakonkan watak nabi saw. sering mengambil contoh dari perbuatan Saidina Othman bin Affan rha. ketika beliau melakukan semula aksi Nabi saw mengambil wudhu’ untuk memberi pelajaran kepada yang bertanya mengenai wudhu’ nabi saw . Ulasan kepada hujjah ini ialah :

Aksi Saidina Othman bin Affan rha. sewaktu mengajar para sahabat cara mengambil wudhu’ yang betul adalah berasaskan apa yang dilihat oleh Saidina Othman dengan mata kepala beliau sendiri terhadap apa yang dilakukan oleh Nabi saw. Ianya tidak mungkin boleh disamakan dengan keadaan kita untuk mengaksikan semula perlakuan Nabi saw. sebab tiada siapa dikalangan kita dapat melihat perlakuan Nabi saw. secara tepat .

Adapun aksi yang berbentuk ibadah ( seperti wudhu’ , solat dll ) , yang wajib atau sunat dilakukan oleh ummat islam di atas perintah Nas Quraani ( wahyu ) mahu pun Nas An Nabawi ( hadith ) , itu bukan bersifat lakonan atau melakonkan watak nabi saw. sebaliknya itu adalah suatu yang mesti dilakukan secara menurut / mengikut dengan patuh ( taabi’ / muqtadi ) berasaskan apa yang diwahyukan ataupun apa yang diajar oleh Lisan dan Perbuatan baginda saw.

Nabi saw. mengajar melalui hadith baginda , maka kita melaksanakan apa yang diajar oleh baginda saw . , itu tidak boleh disifatkan sebagai satu lakonan .

Lakonan watak , aksi dan kehidupan Nabi saw. dalam bentuk perlakuan kita yang dirujuk sebagai perbuatan Nabi saw. itulah yang dimaksudkan sebagai HARAM oleh para ulama’ .

Berbeza dengan perbuatan ibadah yang kita lakukan , ianya merujuk kepada apa yang diajar oleh Nabi saw. kepada kita melalui hadith baginda. Bukan kita melakonkan semula perbuatan Nabi saw.

Dipetik daripada artikel : Ust.Nasaruddin Hassan






Bahaya Islam Liberal


Oleh Abu Hamzah Agus Hasan Bashari
dipetik dari - Forsitek online Al-Bayaan

Pendahuluan

Islam adalah dien al-haq yang diwahyukan oleh Allah ta'ala kepada Rasul-Nya yang terakhir Muhammad :
"Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi." (QS. 48: 28)
Sebagai rahmat bagi semesta alam
"Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." (QS 21:107)
Dan sebagai satu-satunya agama yang diridhai oleh Allah ta'ala:
"Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam." (QS 3:19)
Islam adalah agama yang utuh yang mempunyai akar, dimensi, sumber dan pokok-pokok ajarannya sendiri. Siapa yang konsisten dengannya maka ia termasuk Al-Jama'ah atau Firqah Najiyah (kelompok yang selamat) dan yang keluar atau menyimpang darinya maka ia termasuk firqah-firqah yang halikah (kelompok yang binasa).
Diantara firqah halikah adalah firqah Liberaliyah. Liberaliyah adalah sebuah paham yang berkembang di Barat dan memiliki asumsi, teori dan pandangan hidup yang berbeda. Dalam tesisnya yang berjudul “Pemikiran Politik Barat” Ahmad Suhelani, MA menjelaskan prinsip-prinsip pemikiran ini. Pertama, prinsip kebebasan individual. Kedua, prinsip kontrak sosial. Ketiga, prinsip masyarakat pasar bebas. Keempat, meyakini eksistansi Pluralitas Sosio - Kultural dan Politik Masyarakat. (Gado-Gado Islam Liberal; Sabili no 15 Thn IX/81).
Islam dan Liberal adalah dua istilah yang antagonis, saling berhadap-hadapan tidak mungkin bisa bertemu. Namun demikian ada sekelompok orang di Indonesia yang rela menamakan dirinya dengan Jaringan Islam Liberal (JIL). Suatu penamaan yang “pas” dengan orang-orangnya atau pikiran-pikiran dan agendanya. Islam adalah pengakuan bahwa apa yang mereka suarakan adalah haqq tetapi pada hakikatnya suara mereka itu adalab bathil karena liberal tidak sesuai dengan Islam yang diwahyukan dan yang disampaikan oleh Rasul Muhammad , akan tetapi yang mereka suarakan adalah bid'ah yang ditawarkan oleh orang-­orang yang ingkar kepada Muhammad Rasulullah .
Maka dalam makalah ini akan kita uraikan sanad (asal usul) firqah liberal (kelompok Islam Liberal atau Kelompok kajian utan kayu), visi, misi agenda dan bahaya mereka.
Sanad (asal-usul) Firqah Liberal
Islam liberal menurut Charless Kurzman muncul sekitar abad ke-18 dikala kerajaan Turki Utsmani Dinasti Shafawi dan Dinasti Mughal tengah berada digerbang keruntuhan. Pada saat itu tampillah para ulama untuk mengadakan gerakan permurnian, kembali kepada al-Qur'an dan sunnah. Pada saat ini muncullah cikal bakal paham liberal awal melalui Syah Waliyullah (India, 1703-1762), menurutnya Islam harus mengikuti adat lokal suatu tempat sesuai dengan kebutuhan pcnduduknya. Hal ini juga terjadi dikalangan Syi'ah. Ada Muhammad Bihbihani (Iran, 1790) mulai berani mendobrak pintu ijtihad dan membukanya lebar-lebar.
Ide ini terus bergulir. Rifa'ah Rafi' al-Tahtawi (Mesir, 1801-1873) memasukkan unsur-unsur Eropa dalam pendidikan Islam. Shihabuddin Marjani (Rusia, 1818-1889) dan Ahmad Makhdun (Bukhara, 1827-1897) memasukkan mata pelajaran sekuler kedalam kurikulum pendidikan Islam. (Charless Kurzman: xx-xxiii)
Di India muncul Sir Sayyid Ahmad Khan (1817-18%) yang membujuk kaum muslimin agar mengambil kebijakan bekerja sama dengan penjajah Inggris. Pada tahun 1877 ia membuka suatu kolese yang kemudian menjadi Universitas Aligarh (1920). Sementara Amir Ali (1879-1928) melalui buku The Spirit of Islam berusaha mewujudkan seluruh nilai liberal yang dipuja di Inggris pada masa Ratu Victoria. Amir Ali memandang bahwa Nabi Muhammad adalah Pelopor Agung Rasionalisme. (William Montgomery Waft: 132).
Di Mesir muncullah M. Abduh (1849-1905) yang banyak mengadopsi pemikiran mu'tazilah berusaha menafsirkan Islam dengan cara yang bebas dari pengaruh salaf. Lalu muncul Qasim Amin (1865-1908) kaki tangan Eropa dan pelopor emansipasi wanita, penulis buku Tahrir al-Mar'ah. Lalu muncul Ali Abd. Raziq (1888-1966). Lalu yang mendobrak sistem khilafah, menurutnya Islam tidak memiliki dimensi politik karena Muhammad hanyalah pemimpin agama. Lalu diteruskan oleh Muhammad Khalafullah (1926-1997) yang mengatatan bahwa yang dikehendaki oleh al-Qur'an hanyalah sistem demokrasi tidak yang lain. (Charless: xxi,l8).
Di Al-Jazair muncul Muhammad Arkoun (lahir 1928) yang menetap di Perancis, ia menggagas tafsir al-quran model baru yang didasarkan pada berbagai disiplin Barat seperti dalam lapangan semiotika (ilmu tentang fenomena tanda), antropologi, filsafat dan linguistik. Intinya Ia ingin menelaah Islam berdasarkan ilmu­-ilmu pengetahuan Barat modern. Dan ingin mempersatukan keanekaragaman pemikiran Islam dengan keanekaragaman pemikiran diluar Islam. (Mu'adz, Muhammad Arkoun Anggitan tentang cara-cara tafsir al-Qur'an, Jurnal Salam vol.3 No. 1/2000 hal 100-111; Abd. Rahman al-Zunaidi: 180; Willian M Watt: 143).
Di Pakistan muncul Fazlur Rahman (lahir 1919) yang menetap di Amerika dan menjadi guru besar di Universitas Chicago. Ia menggagas tafsir konstekstual, satu-satunya model tafsir yang adil dan terbaik menurutnya. Ia mengatakan al-Qur'an itu mengandung dua aspek: legal spesifik dan ideal moral, yang dituju oleh al-Qur'an adalah ideal moralnya karena itu ia yang lebih pantas untuk diterapkan. (Fazhul Rahman: 21; William M. Watt: 142-143).
Di Indonesia muncul Nurcholis Madjid (murid dari Fazlur Rahman di Chicago) yang memelopori gerakan firqah liberal bersama dengan Djohan Efendi, Ahmad Wahid dan Abdurrahman Wachid. (Adiyan Husaini dalam makalah Islam Liberal dan misinya menukil dari Greg Barton, Sabili no. 15: 88). Nurcholis Madjid telah memulai gagasan pembaruannya sejak tahun l970-an. Pada saat itu ia telah menyuarakan pluralisme agama dengan menyatakan: “Rasanya toleransi agama hanya akan tumbuh diatas dasar paham kenisbian (relativisme) bentuk-bentuk formal agama ini dan pengakuan bersama akan kemutlakan suatu nilai yang universal, yang mengarah kepada setiap manusia, yang kiranya merupakan inti setiap agama” (Nurcholis Madjid: 239)
Lalu sekarang muncullah apa yang disebut JIL (Jaringan Islam Liberal) yang mengusung ide-ide Nurcholis Madjid dan para pemikir-pemikir lain yang cocok dengan pikirannya.
Demikian sanad Islam Liberal menurut Hamilton Gibb, William Montgomery Watt, Chanless Kurzman dan lain-lain. Akan tetapi kalau kita urut maka pokok pikiran mereka sebenarnya lebih tua dari itu. Paham mereka yang rasionalis dalam beragama kembali pada guru besar kesesatan yaitu Iblis Ia'natullah ‘alaih. (Ali Ibn Abi aI-'Izz: 395) karena itu JIL bisa diplesetkan dengan “Jalan Iblis Laknat”. Sedang paham sekuleris dalam bermasyarakat dan bernegara berakhir sanadnya pada masyarakat Eropa yang mendobrak tokoh-tokoh gereja yang melahirkan moto Render Unto The Caesar what The Caesar's and to the God what the God's (Serahkan apa yang menjadi hak Kaisar kepada kaisar dan apa yang menjadi hak Tuhan kepada Tuhan). (Muhammad Imarah: 45) Karena itu ada yang mengatakan: “Cak Nur Cuma meminjam pendekatan Kristen yang membidani lahirnya peradaban barat”
Sedangkan paham pluralisme yang mereka agungkan bersambung sanadnya kepada lbn Arabi (468-543 H) yang merekomendasikan keimanan Fir'aun dan mengunggulkannya atas nabi Musa 'alaihis salam (Muhammad Fahd Syaqfah: 229-230)
Misi Firqah Liberal
Misi Firqah Liberal adalah untuk menghadang (tepatnya: rnenghancurkan) gerakan islam fundamentalis (www.islamlib.com). mereka menulis: “sudah tentu, jika tidak ada upaya-upaya untuk mencegah dominannya pandangan keagamaan yang militan itu, boleh jadi, dalam waktu yang panjang, pandangan-pandangan kelompok keagamaan yang militan ini bisa menjadi dominan. Hal ini jika benar terjadi, akan mempunyai akibat buruk buat usaha memantapkan demokratisasi di Indonesia. Sebab pandangan keagamaan yang militan biasanya menimbulkan ketegangan antar kelompok­-kelompok agama yang ada. Sebut saja antara islam dan Kristen. Pandangan-pandangan kegamaan yang terbuka (inklusif) plural, dan humanis adalah salah satu nilai-nilai pokok yang mendasari suatu kehidupan yang demokratis.”
Yang dimaksud dengan Islam Fundamentalis yang menjadi lawan firqah liberal adalah orang yang memiliki lima ciri-ciri; yaitu:
mereka yang digerakkan oleh kebencian yang mendalam terhadap Barat,
mereka yang bertekad mengembalikan peradaban Islam masa lalu dengan membangkitkan kembali masa lalu itu
mereka yang bertujuan menerapkan syariat Islam
mereka yang mempropagandakan bahwa islam adalah agama dan negara,
mereka menjadikan masa lalu itu sebagai penuntun (petunjuk) untuk masa depan.
Demikian yang dilontarkan mantan Presiden Amerika Serikat, Richard Nixon (Muhammad Imarah : 75)

Agenda dan Gagasan Firqah Liberal

Dalam tulisan berjudul “Empat Agenda islam Yang Membebaskan; Luthfi Asy­Syaukani, salah seorang penggagas JIL yang juga dosen di Universitas Paramadina Mulya memperkenalkan empat agenda Islam Liberal.
Pertama, agenda politik. Menurutnya urusan negara adalah murni urusan dunia, sistem kerajaan dan parlementer (demokrasi) sama saja.
Kedua, mengangkat kehidupan antara agama. Menurutnya perlu pencarian teologi pluralisme mengingat semakin majemuknya kehidupan bermasyarakat di negeri-negeri Islam.
Ketiga, emansipasi wanita dan
Keempat kebebasan berpendapat (secara mutlak).
Sementara dari sumber lain kita dapatkan empat agenda mereka adalah (1) pentingnya konstekstualisasi ijtihad (2) komitmen terhadap rasionalitas dan pembaruan (3) penerimaan terhadap pluralisme sosial dan pluralisme agama-agama (4) permisahan agama dari partai politik dan adanya posisi non-sektarian negara(lihat Greg Bertan, Gagasan Islam Liberal di Indonesia, Pustaka Antara Paramadina 1999: XXI)
Bahaya Firqah Liberal
Mereka tidak menyuarakan Islam yang diridhai oleh Allah , tetapi menyuarakan pemikiran-pemikiran yang diridhai oleh Iblis, Barat dan pan Thaghut lainnya.

Mereka lebih menyukai atribut-atribut fasik dari pada gelar-gelar keimanan karena itu mereka benci kepada kata-kata jihad, sunnah, salaf dan lain-lainnya dan mereka rela menyebut Islamnya dengan Islam Liberal. Allah berfirman:
"Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman". (QS. Al-Hujurat 11)

Mereka beriman kepada sebagian kandungan al-Qur'an dan meragukan kemudian menolak sebagian yang lain, supaya penolakan mereka terkesan sopan dan ilmiyah mereka menciptakan “jalan baru” dalam menafsiri al-Qur'an. Mereka menyebutnya dengan Tafsir Kontekstual, Tafsir Hermeneutik, Tafsir Kritis dan Tafsir Liberal
Sebagai contoh, Musthofa Mahmud dalam kitabnya al-Tafsir al-Ashri 1i al­Qur'an menafsiri ayat ( -Faq tho 'u aidiyahumaa- ) dengan “maka putuslah usaha mencuri mereka dengan memberi santunan dan mencukupi kebutuhannya.” (Syeikh Mansyhur Hasan Salman, di Surabaya, Senin 4 Muharram 1423).
Dan tafsir seperti ini juga diikuti juga di Indonesia. Maka pantaslah mengapa rasulullah bersabda:
"Yang paling saya khawatirkan atas adaalah orang munafik yang pandai bicara. Dia membantah dengan Al-Qur'an."
Orang-orang yang seperti inilah yang merusak agama ini. Mereka mengklaim diri mereka sebagai pembaharu Islam padahal merekalah perusak Islam, mereka mengajak kepada kepada Al-Qur'an padahal merekalah yang mencampakkan Al-Qur'an. Mengapa demikian ? Karena mereka bodoh terhadap sunnah. (Lihat Ahmad Thn Umar al-Mahmashani: 388-389)

Mereka menolak paradigma keilmuwan dan syarat-syarat ijtihad yang ada dalam Islam, karena mereka merasa rendah berhadapan dengan budaya barat, maka mereka melihat Islam dengan hati dan otak orang Barat.

Mereka tidak mengikuti jalan yang ditempuh oleh Nabi , para sahabatnya dan seluruh orang-orang mukmin. Bagi mereka pemahaman yang hanya mengandalkan pada ketentuan teks-teks normatif agama serta pada bentuk-bentuk Formalisme Sejarah Islam paling awal adalah kurang memadai dan agama ini akan menjadi agama yang ahistoris dan eksklusif (Syamsul Arifin; Menakar Otentitas Islam LiberaL .Jawa Pos 1-2-2002). Mereka lupa bahwa sikap seperti inilah yang diancam oleh Allah:
"Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya. dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu'min, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia kedalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruknya tempat kembali." (QS. An-Nisaa' 115).

Mereka tidak memiliki ulama dan tidak percaya kepada ilmu ulama. Mereka lebih percaya kepada nafsunya sendiri, sebab mereka mengaku sebagai “pembaharu” bahkan “super pembaharu” yaitu neo modernis. Allah berfirman:
Dan bila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi," mereka menjawab, "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar. Apabila dikatakan kepada mereka, "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman," mereka menjawab, "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang bodoh itu telah beriman." Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.(QS. Al-Baqarah 11-13).

Kesamaan cita-cita mereka dengan cita-cita Amerika, yaitu menjadikan Turki sebagai model bagi seluruh negara Islam. Prof. Dr. John L. Esposito menegaskan bahwa Amerika tidak akan rela sebelum seluruh negara-negara Islam tampil seperti Turki.

Mereka memecah belah umat Islam karena gagasan mereka adalah bid'ah dan setiap bid'ah pasti memecah belah.

Mereka memiliki basis pendidikan yang banyak melahirkan pemikir-pemikir liberal, memiliki media yang cukup dan jaringan internasional dan dana yang cukup.

Mereka tidak memiliki manhaj yang jelas sehingga gagasannya terkesan “asbun” dan asal “comot” Lihat saja buku Charless Kurzman, Rasyid Ridha yang salafi (revivalis) itupun dimasukkan kedalam kelompok liberal, begitu pula Muhammad Nashir (tokoh Masyumi) dan Yusuf Qardhawi (tokoh Ihwan al-Muslimin). Bahayanya adalah mereka tidak bisa diam, padahal diam mereka adalab emas, memang begitu berat jihad menahan lisan. Tidak akan mampu melakukannya kecuali seorang yang mukmin.
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia mengucapkan yang baik atau hendaklah ia diam." (HR. Bukhari dan Muslim)
(Lihat Husain al-Uwaisyah: 9 dan seterusnya).
Ahlul batil selain menghimpun kekuatan untuk memusuhi ahlul haq. Allah ta'ala berfirman:
"Adapun orang-orang yang kafir, sebagian mereka pelindung bagisebagian yang lain. JIka kamu (hai para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, niscaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerusakan yang besar." (QS. Al-Anfaal 73).
Sementara itu Ustadz Hartono Ahmad Jaiz menyebut mereka berbahaya sebab mereka itu “sederhana” tidak memiliki landasan keilmuwan yang kuat dan tidak memiliki aqidah yang mapan. (lihat Bahaya Islam Liberal: 40, 64-65)

Maraji':As Sunnah 04/VI/1423/2002
dipetik dari:
Forsitek online Al-Bayaan
http://forsitek.brawijaya.ac.id/?do=detail&cat=jilfla&id=art-bahaya_islamliberal


Thursday, April 20, 2006

SIAPAKAH KEKASIH YANG TERCINTA ITU?


Tiadalah hawa nafsu kecuali selalu memperturutkan apa yang dibiasakan oleh yang bersangkutan. Jika diperturutkan kemahuannya, ia akan ketagihan dan jika tidak, ia tidak menuntut.
Apakah engkau telah melihat dirimu sendiri dan bertanya seberapa besar engkau mencintai Rasulullah s.a.w? Apakah engkau menyedari bahawa bukti cinta tersebut adalah melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w dan meninggalkan apa yang telah dilarangnya?
Perhatikanlah kembali perasaan anda dan arahkanlah perasaan anda mula-mula ditujukan kepada Allah s.w.t kemudiannya kepada manusia (Nabi Muhammad s.a.w) yang telah menyelamatkan kita dari kesesatan. Ingatlah selalu bila anda menginginkan kedudukan yang tinggi di syurga suatu hadith daripada Rasulullah s.a.w:
"Seseorang itu akan dihimpunkan bersama dengan orang yang dicintainya" (Hadith riwayat Al-Bukhari)
Di antara bukti dan tanda pertama yang membuktikan cinta seseorang kepada Rasulullah s.a.w adalah dengan melakukan segala yang diperintahkan olehnya. Jadi, bagaimana sesorang menganggap dirinya telah mencintai Rasulullah s.a.w, sementara dia sendiri melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan oleh Baginda, tidak mengikuti sunnahnya dan tidak pula mentaati petunjuk yang dibawanya.
(dipetik dari buku Janganlah Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia oleh Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni)









Graduan: Matlamat Hidup dan Kerjaya

Matlamat Siswazah dan Graduan Matlamat adalah destinasi hidup. Ia ditentukan oleh kepercayaan yang dipegang oleh seseorang. Seorang siswazah yang berfahaman sosialis, jika beliau mahu berpatisipasi di dalam kelompok sosialnya, akan melihat segala kepincangan yang berlaku dari kaca mata sosialisma. Manakala siswazah yang menganut demokrasi, akan mencari jalan penyelesaian kepada kegawatan masyarakatnya dari sudut prinsip demokrasi yang dipercayainya sebagai jalan keluar.
Bagi graduan muslim, alam siswazah semestinya sudah cukup untuk menjelaskan kepada kita tentang matlamat yang seharusnya menjadi destinasi perjuangan. Segulung ijazah yang terhasil adalah bekalan untuk mengejar matlamat yang semestinya bukan direka cipta sendiri atau oleh sesiapa, melainkan telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam suatu sistem yang bernama ‘Ad-Din’.
Firman Allah SWT:“Adalah tidak wajar umat Islam itu keluar semua sekali ke medan peperangan. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang yang memperdalam pengetahuan mereka tentang agama, supaya dengan itu mereka akan memberikan peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya kaum mereka itu beringat-ingat (dapat menjaga diri)” (At-Taubah 9 : 122)
Intisari ayat ini:
Kelangsungan wujudnya golongan yang bertafaqquh di dalam ilmu agama adalah fardhu yang sama pentingnya dengan kelangsungan barisan mujahidin. Mujahidin mempertahankan agama, dan ahli tafaqquh menghasilkan mujahidin.
Matlamat bertafaqquh fi ad-dien pula adalah menyampaikan peringatan (inzar) kepada kaum masing-masing (dalam konteks ayat di atas, iaitu kepada mujahidin yang kembali ke masyarakat selepas perang). Inzar itu sendiri mendukung makna yang besar, bukan setakat menyampaikan ilmu bahkan menunaikan hak amar makruf dan nahi munkar.
Matlamat inzar itu sendiri pula adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang hukum dan peraturan Allah SWT, memelihara batas-batas Allah; atau dalam erti kata yang lain, terus menerus menegakkan Islam sebagai manhaj hidup.
Oleh yang demikian, jelas kepada kita apakah sebenarnya peranan, matlamat dan ‘kerjaya’ yang menanti graduan seperti kita.
Sebagai peringatan, ‘kerjaya’ lulusan tafaqquh fi ad-dien bukanlah sebagaimana kerjaya menurut takrifan umum. Ia bukan bidang yang dipilih, bergaji, mempunyai cuti tahunan dan cuti sakit. Ia adalah amanah Allah, tanggungjawab Kalimah Syahadah yang tersimpul di dalam satu kalimah yang mudah – ibadah!
KerjayaBahan fikir yang sentiasa merunsingkan seorang graduan ialah tentang pekerjaan. Keberhasilan sebuah pekerjaan yang baik adalah sama penting dengan kejayaan mendirikan rumah tangga. Dua topik ini merupakan capaian terdekat yang biasa diusahakan oleh seorang graduan. Bagi menentu dan menyesuaikan pekerjaan (kerjaya) dengan amal Islami, apakah faktor yang mesti dipertimbangkan?
Masyarakat Tempatan – seorang graduan sepatutnya sudah memahami atau sekurang-kurangnya bersedia untuk memahami permasalahan yang wujud di dalam masyarakat tempat ia kembali. Kemampuan untuk memahami hal ini, dan seterusnya menentukan keperluan yang dihajati oleh mereka, membolehkan kita membuat keputusan yang tepat. Kes contoh: Anda adalah satu-satunya lulusan bidang agama di dalam masyarakat tempatan berkenaan dan mereka memberikan sepenuh harapan agar anda mengisi kekosongan ‘tugas’ yang ada. Faktor ini sepatutnya dimasukkan sama di dalam perancangan lokasi kerja kita, supaya tidak berjauhan dari masyarakat berkenaan.
Kemahiran Berdakwah – Bagi seorang graduan yang mempunyai kemampuan bercakap, beliau mempunyai medan partisipasi yang lebih luas. Manakala yang lebih mahir pada aspek yang lain seperti kecekapan mengurus dan mentadbir atau mungkin menulis, maka skil di bidang berkenaan mesti dimaksimumkan penggunaannya. Seorang graduan wajib mempunyai sekurang-kurangnya satu kemahiran sebagai wasilah partisipasi.
Latar Belakang Keluarga – Keluarga yang menyokong dan menyertai amal Islami adalah peluang besar kepada seorang graduan untuk meneruskan sumbangannya. Walau bagaimanapun, perbezaan fikrah dan kefahaman sama ada antara Islam dan sekularisma, mahu pun perbezaan jemaah, mestilah ditangani dengan hikmah.
Kemampuan Ilmu – Ia merupakan faktor yang sepatutnya telah diselesaikan sebelum seorang siswazah bergelar graduan. Seorang graduan yang gagal menguasai ilmu akan berhadapan dengan dilema semasa meneruskan amal Islami di medan post-graduation. Penentuan kerjaya dan penglibatan di dalam amal Islami banyak dipengaruhi oleh hal ini.
Oleh yang demikian, seorang graduan lulusan agama sebenarnya bebas untuk menentukan apakah kerjaya yang ingin diceburi sebagai wasilah sumber pendapatan hidup sebagaimana warganegara yang lain. Akan tetapi ia mestilah tidak bercanggah atau mengabaikan matlamat besar 9:122 (At-Taubah 9 : 122) dan seterusnya memelihara faktor-faktor pertimbangan yang telah dihuraikan di atas.
Arkib Artikel